Ads

Nenek Meninggal Dunia Menjelang Final, Ranisha Tahan Sebak Demi Persembahan Terbaik – “Berita Pemergian 12 Ogos Lalu, Minggu Ini Sangat Berat.”

Penyanyi Ranisha meluahkan rasa syukur apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Big Stage Rocketfuel, meskipun berdepan detik sukar selepas kehilangan nenek tercinta pada 12 Ogos lalu.

Menurut Ranisha, kejayaan tersebut merupakan rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT, selain berkat doa serta sokongan kedua-dua ibu bapanya yang hadir memberikan semangat pada malam kemuncak.

Nenek Meninggal Dunia Menjelang Final, Ranisha Tahan Sebak Demi Persembahan Terbaik - “Berita Pemergian 12 Ogos Lalu, Minggu Ini Sangat Berat.” Nenek Meninggal Dunia Menjelang Final, Ranisha Tahan Sebak Demi Persembahan Terbaik - “Berita Pemergian 12 Ogos Lalu, Minggu Ini Sangat Berat.”

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana ini rezeki yang sudah tertulis daripada Allah SWT. Kejayaan ini juga merupakan berkat doa dariapda kedua ibu bapa saya.

“Pada malam ini, mereka dapat hadir menyaksikan persembahan saya di pentas akhir. Saya sangat gembira. Saya juga ingin berterima kasih kepada kelab peminat saya yang tak henti-henti menyokong.

“Saya sebenarnya saya tak sangka pun akan dapat nombor tiga. Sebelum masuk ke program ini, saya selalu terfikir, ada ke orang nak dengar nyanyian saya?

“Bila masuk ke progam ini, sejak minggu pertama sehingga akhir, saya gembira kerana bila setiap kali saya buat persembahan, saya nampak peminat saya. Rupanya ada yang menantikan persembahan saya,” katanya kepada MH.

Anak kelahiran Labuan itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Big Stage Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.

Ads

Hormati Keputusan Juri, Mahu Terus Bina Nama

Walaupun ramai meramalkan dirinya bergelar juara, Ranisha tetap menghormati keputusan barisan juri dan menganggap sistem pemarkahan yang digunakan pada pentas akhir dijalankan secara profesional.

Nenek Meninggal Dunia Menjelang Final, Ranisha Tahan Sebak Demi Persembahan Terbaik - “Berita Pemergian 12 Ogos Lalu, Minggu Ini Sangat Berat.”

“Pada saya, penjurian dan sistem pemarkahan pada pentas akhir ini telah dilakukan secara profesional. Betul apa kata juri, kita juga kena buat persembahan yang mampu menarik perhatian penonton di luar sana.

“Ketika ini, saya masih lagi belajar dan orang baru nak mengenali saya. Insya-Allah saya akan terus bekerja kuat untuk bina pendengar saya sendiri,” kongsinya lagi.

Kehilangan Nenek, Ujian Terbesar

Mengulas mengenai pemergian neneknya, Ranisha mengakui minggu terakhir pertandingan itu menjadi tempoh mencabar apabila dia terpaksa mengawal emosi sambil membuat persiapan untuk persembahan akhir.

Ads

Nenek Meninggal Dunia Menjelang Final, Ranisha Tahan Sebak Demi Persembahan Terbaik - “Berita Pemergian 12 Ogos Lalu, Minggu Ini Sangat Berat.”

“Saya dikejutkan dengan berita pemergian nenek saya pada 12 Ogos lalu. Minggu ini sangat berat buat saya untuk melakukan persembahan dan mengawal emosi.

“Ketika rehearsal, saya memang tidak dapat mengawal emosi sebab saya sangat sayang arwah nenek saya. Saya dapat mengawal emosi malam ini kerana kedua ibu bapa saya ada di sini.

“Sebelum saya menyanyi, mereka kata, tak mengapalah. Sedih boleh tapi kena kawal emosi. Mereka ada untuk sokong saya. Mereka minta saya menyanyi dengan ikhlas,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ranisha turut mengakui kehilangan insan tersayang bukanlah perkara baharu sepanjang perjalanan seninya.

Ads

Malah, pengalaman tersebut mengajarnya untuk terus tabah walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga demi mengejar impian.

Anda mungkin berminat dengan

Nenek Meninggal Dunia Menjelang Final, Ranisha Tahan Sebak Demi Persembahan Terbaik - “Berita Pemergian 12 Ogos Lalu, Minggu Ini Sangat Berat.”

“Sepanjang berada di dalam industri ini, saya banyak kehilangan orang yang saya sayang. Bila berjauhan dengan keluarga, banyak perkara yang perlu kita korbankan terutamanya masa.

“Ada satu ketika, bila saya belajar di Korea dan memang tak boleh nak pulang, datuk saudara saya pula meninggal. Mereka semua menyokong saya dari kecil.

“Jika saya muncul di tv, mereka sangat teruja dan bangga. Mereka akan selalu hantar mesej di Whatsapp untuk luah rasa bangga. Kehilangan seseorang pada waktu begini, memang sangat mencabar.

“Saya kena kuatkan diri. Saya tahu keluarga yang lain akan ada di belakang saya,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Azeva Ikut Jejak Hussain ‘Back-to-Back’ Dalam Program Realiti! Dari Drama Terbitan...

Meski dilanda kontorversi sejurus memperkenalkan koleksi tudung terkininya di pusat acara hiburan Zouk, Kuala Lumpur semalam, Tudung Turban...