Ads

Faizal Tahir, Noryn Aziz, Stacy, Big Stage RFE, ALPHA, Barisan Pelakon Kudrat 1968, WOLONG & Astro Shaw; Terbang Bersatu Di Astro Showcase 30!

Sempena ulang tahun ke-30, Astro bakal menghidupkan suasana Kuala Lumpur menerusi Astro Showcase 30, sebuah perayaan gergasi yang menghimpunkan barisan penghibur terkemuka, bakat baharu paling hangat serta nama-nama besar industri hiburan tanah air dalam satu acara yang penuh warna dan kemeriahan.

Lebih daripada sekadar sambutan ulang tahun, Astro Showcase 30 merupakan penghargaan istimewa buat jutaan rakyat Malaysia yang telah bersama-sama mewarnai perjalanan Astro selama tiga dekad sebagai peneraju hiburan negara.

Bertempat di Pintu Masuk Utama Pavilion Kuala Lumpur pada 23 Ogos, acara ini bakal menjadi destinasi wajib buat peminat hiburan dengan pelbagai aktiviti interaktif, penampilan eksklusif selebriti dan persembahan yang dijangka mencipta momen paling epik tahun ini.

Berlangsung dari jam 4 petang hingga 10 malam, pengunjung akan disajikan dengan gabungan muzik, tarian, drama dan filem yang meraikan legasi 30 tahun Astro dalam menghubungkan rakyat Malaysia melalui kisah dan hiburanyang dekat di hati.

Pentas Dipenuhi Bintang, Fandom Bersedia Menggegarkan Pavilion KL

Kemuncak acara sudah pastinya penampilan barisan selebriti popular seperti Faizal Tahir, Noryn Aziz, Stacy Anam, Azeva, ALPHA dan Cik B, selain pelbagai lagi nama sensasi yang sedang mencuri perhatian peminat ketika ini.

Ads

Peminat drama dan filem pula bakal berpeluang menyaksikan kemunculan istimewa barisan pelakon serta personaliti terkenal yang sinonim dengan karya-karya kegemaran rakyat Malaysia.

Barisan selebriti popular seperti Sherry Alhadad, Fasha Sandha, Johan As’ari, Daniel Cheang, Munabella, Badron Mustaffa, Hakimi Nordin dan Ezzanie Jasny turut bersedia menggegarkan Astro Showcase 30, bersama lebih ramai lagi nama sensasi yang bakal diumumkan.

Turut mencuri tumpuan adalah kemunculan istimewa barisan pelakon dan bintang dari naskhah Astro Shaw yang hangat diperkatakan ramai termasuk WOLONG: The Mastermind, Kudrat 1968, Visham, High Council dan Terbang, membawa peminat lebih dekat dengan karya kegemaran mereka.

Faizal Tahir, Noryn Aziz, Stacy, Big Stage RFE, ALPHA, Barisan Pelakon Kudrat 1968, WOLONG & Astro Shaw; Terbang Bersatu Di Astro Showcase 30!

Ads

Kemeriahan diteruskan dengan kehadiran peserta Talk To My Manager, para finalis Big Stage Rocketfuel serta barisan bakat baharu yang sedang mencipta fenomena dan menjadi sebutan dalam dunia hiburan tempatan.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan, orang ramai digalakkan hadir dalam busana berinspirasikan warisan Malaysia seperti kebaya, kain sarung atau elemen budaya tempatan, diserikan dengan sentuhan magenta ikonik sebagai simbol sambutan 30 tahun Astro.

Daripada persembahan bertenaga dan penampilan eksklusif selebriti, hinggalah aktiviti interaktif serta sesi bersama bintang kegemaran, Astro Showcase 30 menjanjikan sebuah pengalaman hiburan penuh warna yang wajib disaksikan.

Ads

Tandakan kalendar anda dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada sambutan 30 tahun Astro yang penuh warna, nostalgia dan kejutan.

Anda mungkin berminat dengan

Hadir ke Pavilion Kuala Lumpur pada 23 Ogos ini dan raikan semangat Malaysia dengan menggayakan busana warisan tempatan yang diserlahkan dengan sentuhan magenta, simbol kemeriahan Astro Showcase 30.

Tawaran Eksklusif

• Bermula dari 15 Ogos sehingga 16 September, semua pelanggan Astro bakal menikmati akses kepada semua saluran Astro. Pelanggan juga boleh menikmati dua saluran tambahan istimewa iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120).

• Bukan itu sahaja, pelanggan Astro juga bakal menerima akses kepada Astro X3 yang baharu dilancarkan di semua peranti TV pintar, membolehkan mereka untuk strim terus menerusi aplikasi Astro tanpa perlu menggunakan dekoder.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

A. Aida Ulas & Perbetulkan Isu Gurau Letak Hantaran Azeva RM10...

Penerbit Datuk A. Aida tampil menjelaskan kenyataan berhubung wang hantaran bernilai RM10 juta buat mereka yang berhajat mahu memperisterikan anak keduanya, penyanyi dan hos Azeva Natassha.