Ads

Salina Saibi Mohon Doa & Ulas Penampilan Berhijab, Pasang Niat Taja Umrah Setiap Tahun – “Insya-Allah Doakan Saya.”

Pelakon dan usahawan, Salina Saibi memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya selepas tampil lebih kerap mengenakan hijab sejak pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Syawal lalu.

Menurut Salina, 44, keputusan untuk berhijab hadir daripada dirinya sendiri dan bukan atas desakan atau paksaan mana-mana pihak, termasuk suami.

“Insya-Allah… Doakan saya (terus istiqamah). Sebab saya sendiri pun iman lemah, ada turun naik. Sebab setiap kali saya pakai tudung, ada saja syaitan yang menghasut. ‘Syaitan’ yang ada dalam diri sendiri.

“Perasaan itu berbolak balik. Kita dulu bagaimana, bukanlah baik sangat pun. Doakan ia berterusan, insya-Allah.

“Sebab setiap kali nak keluar rumah, memang akan cari tudung. Alhamdulillah saya perkara yang positif untuk diri sendiri.

“Malah saya buat keputusan ini pun bukan kerana orang lain. Suami pun tidak memaksa, cuma bila lihat penampilan saya yang seperti ini, dia senyum. Saya buat (bertudung) kerana saya, kerana Allah.

Ads

“Bagi saya kalau boleh berbuat baik untuk diri sendiri, buatlah. Jangan asyik fikirkan orang lain, hal kita ini yang lebih penting.

“Tapi saya tak berani nak berkongsi lebih lanjut, sebab kita tak tahu apa yang jadi pada akan datang. Tapi insya-Allah saya cuba kuatkan semangat,” katanya.

Salina berkata demikian ketika ditemui pada Weekend Fete Al Aqsa Carpets di Al Aqsa Carpets, Shah Alam, pada Sabtu.

Salina Saibi Mohon Doa & Ulas Penampilan Berhijab, Pasang Niat Taja Umrah Setiap Tahun - “Insya-Allah Doakan Saya.” Salina Saibi Mohon Doa & Ulas Penampilan Berhijab, Pasang Niat Taja Umrah Setiap Tahun - “Insya-Allah Doakan Saya.” Salina Saibi Mohon Doa & Ulas Penampilan Berhijab, Pasang Niat Taja Umrah Setiap Tahun - “Insya-Allah Doakan Saya.”

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/dazrin-kamarudin-tegur-jangan-ambil-mudah-soal-lesen-permit-status-selebriti-bukan-tiket-kebal-tak-ada-istilah-boleh-langgar-semua-benda/

Salina yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu juga memaklumkan, dia akan menyelesaikan baki penggambaran musim terdahulu Gerak Khas, yang menyaksikannya membawa watak Asisten Superintenden Polis (ASP) Salina selama lebih dua dekad.

Kemudian, dia akan berbincang dengan penerbit, Datuk Yusof Haslam dan pihak produksi untuk musim seterusnya susulan penampilan terbaharunya itu.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Pasang Niat Taja Umrah Setiap Tahun

Dalam pada itu, Salina turut berkongsi hasrat murninya untuk menaja individu menunaikan ibadah umrah hasil rezeki perniagaan yang diusahakan.

“Sekarang memang kerap beli tudung secara dalam talian, dekat 50 helai. Rasa semangat dan rasa itu, doa yang menggerakkan.

“Malah saya juga sudah pasangkan niat sekiranya ada rezeki, setiap tahun mahu jejakkan kaki ke Tanah Suci dan taja seorang untuk sama-sama turut serta.

“Saya doa moga Allah SWT makbulkan niat. Cuma saya akan dahulukan keluarga terlebih dahulu dan kemudian mana-mana individu yang bersesuaian. Insya-Allah,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dazrin Kamarudin Tegur Jangan Ambil Mudah Soal Lesen & Permit, Status...

Pelakon dan usahawan, Dazrin Kamarudin berpendapat status sebagai selebriti bukanlah tiket untuk mengabaikan undang-undang, lebih-lebih lagi apabila menganjurkan sesebuah acara. Menurut Dazrin, 38, setiap urusan...