Ads

Akim Ahmad Rindu Air Tangan Ibu, Sudah 8 Tahun Pergi Menghadap Illahi – “Dulu Ada Lauk Tak Suka, Bila Teringat & Nak Makan, Tiada Yang Boleh Buat.”

Akim Ahmad
Akim Ahmad

Penyanyi dan komposer Akim Ahmad mengenang kembali kenangan bersama Allahyarham ibunya, Aminah Bahari yang telah meninggal dunia pada 2018.

Menurutnya, kerinduan terhadap arwah semakin terasa, lebih-lebih lagi bila teringat akan pelbagai hidangan yang pernah disediakan sepanjang hayatnya.

Akim Ahmad Rindu Air Tangan Ibu, Sudah 8 Tahun Pergi Menghadap Illahi - “Dulu Ada Lauk Tak Suka, Bila Teringat & Nak Makan, Tiada Yang Boleh Buat.”

Kongsi Akim lagi, ada makanan yang dahulu kurang digemarinya, namun kini ia menjadi sesuatu yang sangat dirindui kerana tiada lagi air tangan arwah yang mampu menggantikannya.

Akim Ahmad Rindu Air Tangan Ibu, Sudah 8 Tahun Pergi Menghadap Illahi - “Dulu Ada Lauk Tak Suka, Bila Teringat & Nak Makan, Tiada Yang Boleh Buat.”

“Lapan tahun ibu sudah tiada. Macam-macam makanan ibu masak dahulu. Ada lauk yang saya tak suka bila ibu masak tapi sekarang, bila teringat dan nak makan, tiada yang boleh buat.

“Al-Fatihah untuk Aminah Bahari,” tulisnya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/saya-pun-takdelah-berkeras-nak-dia-mintak-maaf-hanyalah-miss-communication-akim-ahmad-anggap-isu-dengan-model-vietnam-selesai/

Akim Ahmad Rindu Air Tangan Ibu, Sudah 8 Tahun Pergi Menghadap Illahi - “Dulu Ada Lauk Tak Suka, Bila Teringat & Nak Makan, Tiada Yang Boleh Buat.”

Akim Rindukan Hidangan Ringkas

Akim berkata, antara masakan arwah ibunya yang paling dirindui adalah hidangan ringkas yang cukup dekat dengan kenangan zaman kecilnya.

Ads

Akim Ahmad Rindu Air Tangan Ibu, Sudah 8 Tahun Pergi Menghadap Illahi - “Dulu Ada Lauk Tak Suka, Bila Teringat & Nak Makan, Tiada Yang Boleh Buat.”

“Antaranya, bihun goreng kosong, ada kuah taucho. Singgang ibu, ikan sepat masin masak lemak nenas, jemput-jemput, cekodok bilis ibu pun padu.

“Ketupat bawang lagi. Banyak jugak kalau nak ingat balik,” kongsinya lagi.

Ads

Akim turut mendedahkan, selepas pemergian arwah ibunya, dia pernah berusaha mencari semula makanan yang mempunyai rasa seakan-akan air tangan arwah.

Anda mungkin berminat dengan

Namun, usaha tersebut pada awalnya membuatkan dia kerap mencuba pelbagai makanan sehingga berat badannya bertambah, namun kini dia lebih sederhana dalam soal pemakanan.

Akim Ahmad Rindu Air Tangan Ibu, Sudah 8 Tahun Pergi Menghadap Illahi - “Dulu Ada Lauk Tak Suka, Bila Teringat & Nak Makan, Tiada Yang Boleh Buat.”

“Saya masa awal ibu tiada, puas mencari merata juga, sampai gemuk. Sekarang makan sudah tak kisah. Apa pun okay. Janji hidup,” akhirinya.

Sekadar informasi, ibu kepada Akim telah menghembuskan nafas yang terakhir pada tanggal 5 Mei 2018.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Sokong Pandangan Namron, Erma Fatima Ulas Hanya Yang Tertentu Layak ‘Diva’...

Pengarah dan penerbit Erma Fatima tampil menyatakan sokongan terhadap pandangan pelakon Namron yang sebelum ini membangkitkan isu pelakon baharu meminta bayaran tinggi sehingga mencecah RM100,000 bagi sebuah naskhah filem.