Ads

“Bukan Sekadar Lagu, Ini Kisah Hidup,” – T-Rex Luah Jiwa Dalam ‘Anak Borneo’, Karya Paling Peribadi Pernah Dihasilkan Selepas 25 Tahun

Selepas mencuri perhatian menerusi beberapa karya terdahulu tahun ini termasuk EP, Tahun Baru Cina Rock in the Horse Year dan lagu Hari Raya Memori Hari Raya, T-Rex kini kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Anak Borneo.

Lagu tersebut telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital berserta video muzik rasminya.

Dikenali sebagai bekas vokalis kumpulan Kamikaze menerusi lagu popular seperti Luhur dan Tawa Dalam Tangisan, T-Rex terus memperlihatkan kematangan dalam perjalanan seninya dengan meneroka sisi muzik yang lebih dekat dengan dirinya.

Anak Borneo disifatkan sebagai antara karya yang paling istimewa sepanjang lebih 25 tahun penglibatannya dalam industri muzik.

Lagu ini mengangkat kisah asal-usul, budaya, kenangan serta kerinduan terhadap tanah kelahiran yang sentiasa terpahat dalam dirinya.

Dilahirkan di Kuching, Sarawak, T-Rex memiliki darah campuran Cina dan pribumi tempatan.

Hubungan erat dengan budaya serta warisan Borneo menjadi sumber inspirasi utama dalam penghasilan karya tersebut, sekali gus menjadikan Anak Borneo sebuah karya yang sangat peribadi dan penuh makna.

“Lagu ini adalah karya yang sangat dekat dengan hati saya. Selepas 25 tahun dalam muzik, akhirnya saya dapat menghasilkan karya yang benar-benar menggambarkan siapa diri saya.

Ads

“Dari mana saya datang, dan apa yang saya rasa tentang Borneo. Ini lebih daripada sebuah lagu. Kiranya ini sebahagian daripada perjalanan hidup saya,” katanya.

Malah, Anak Borneo sekali lagi menemukan T-Rex dengan penerbit muzik Melissa Ng selepas beberapa kerjasama terdahulu.

Menerusi Anak Borneo, kedua-duanya meneruskan keserasian kreatif yang telah lama terjalin.

Dalam proses penerbitannya pula, Melissa Ng mengetengahkan susunan muzik moden yang halus dengan lapisan emosi serta sentuhan sinematik yang mendalam.

Pendekatan tersebut berjaya menggabungkan semangat Borneo ke dalam sebuah karya kontemporari yang kuat dari sudut emosi dan penceritaan.

Ads

“Bukan Sekadar Lagu, Ini Kisah Hidup,” – T-Rex Luah Jiwa Dalam ‘Anak Borneo’, Karya Paling Peribadi Pernah Dihasilkan Selepas 25 Tahun “Bukan Sekadar Lagu, Ini Kisah Hidup,” – T-Rex Luah Jiwa Dalam ‘Anak Borneo’, Karya Paling Peribadi Pernah Dihasilkan Selepas 25 Tahun

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/t-rex-kembali-menyala-suara-rock-yang-tidak-pernah-padam-ia-tentang-bangkit-semula/

MV Angkat Keindahan Alam & Budaya

Video muzik rasmi Anak Borneo menjalani penggambaran di beberapa lokasi alam semula jadi sekitar Selangor, memanfaatkan keindahan landskap tempatan bagi menghasilkan visual yang sarat dengan emosi, budaya dan semangat Borneo secara sinematik.

Ads

Penggambaran turut menampilkan individu yang mengenakan busana etnik tradisional sebagai simbol kepelbagaian budaya serta warisan masyarakat pribumi, sekali gus memperkukuhkan identiti visual dan jiwa karya tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Konsep kreatif video muzik ini turut digarap bersama Melissa Ng yang memainkan peranan penting dalam membentuk keseluruhan mood dan penceritaan visual.

Melalui sentuhan kreatif serta perancangan yang teliti, beliau berjaya menghasilkan konsep penggambaran yang unik dan menonjol, sekali gus menterjemahkan emosi lagu Anak Borneo dengan lebih mendalam di layar.

MV ini turut menggabungkan keindahan alam semula jadi, elemen budaya dan penceritaan yang menyentuh hati, membawa penonton menyelami semangat Borneo serta merasai suasana kampung halaman yang menjadi nadi utama karya tersebut.

Bukan sekadar menyajikan visual yang memukau, video muzik ini juga dipenuhi rasa rindu, memori dan sentuhan kampung halaman yang kuat, menjadikan keseluruhan karya seolah-olah membawa penonton pulang semula ke Borneo melalui gabungan muzik dan visual yang penuh emosi.

Anak Borneo kini boleh distrim di semua platform digital, manakala video muzik rasminya boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi T-Rex.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bapa Erysha Emyra Meninggal Dunia, Jenazah Akan Dikebumikan Esok Pagi

Bapa kepada pelakon, Erysha Emyra iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Jumaat.
error: Hello. Cannot.