Finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui banyak belajar dari pengalaman serta meminta pandangan daripada bintang senior, Safura Ya’cob dalam seni.

Malah jelas bintang muda berusia 19 tahun ini lagi, dia turut pegang pesan Safura agar terus usaha meski jangan meletakkan harapan terlalu besar dalam industri hiburan.

“Safura merupakan ibu saudara saya dari belah ibu.

“Katanya, jangan terlalu beri harapan besar dalam industri ini sebab kita bukan selalunya berada di atas.

“Apa yang kita ada dan miliki sekarang ini, kita bersyukur sahaja.

“Apa pun, dia selalu berikan semangat buat saya untuk teruskan usaha kerana dia sendiri tahu, ini minat saya sejak sekian lama.

IKLAN

“Dulu saya ada juga temaninya ke set lokasi. Misalnya tengoknya berlatih teater dan sebagainya.

“Terima kasih buat Safura yang tidak pernah jemu titipkan nasihat,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia sedar akan peluang yang bakal diterima dalam dunia lakonan akan ada pasang surutnya, bintang asal Kuala Lumpur ini mempunyai pandangan sendiri.

Katanya, dia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di balik perjalanan seni ibu saudara sendiri sebagai pengajaran yang memotivasikan diri.

IKLAN
View this post on Instagram

This year is my year, blessed 19. #blessed #19

A post shared by 19 BA (@meerqeen) on

“Saya pun tahu, ada juga yang nasibnya tidak berapa baik dalam industri. Satu ketika dulu pernah terkenal dan kemudian jadi sebaliknya.

“Bagi saya ia pengajaran, termasuklah untuk saya yang masih baru. Apa pun, saya percaya kepada rezeki.

“Malah saya nampak sendiri apa yang pernah dilalui makcik saya, seolah-olah saya adalah saksi kepada makcik sendiri.

IKLAN

“Pada masa sama, saya juga terinspirasi dengannya kerana pada fasa yang sukar ketika ini, dia kuat dengan mencari sumber rezeki dengan berniaga,” akui anak sulung daripada empat beradik ini lagi.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen yang terlebih dahulu sudah pun berjinak-jinak dalam lakonan sebelum menyertai Hero Remaja baru saja selesai penggambaran telemovie, Kelaster di samping Achey dan Nora Danish.

Meerqeen bersama empat calon juara lainnya, Haziq, Jabir, Nadhir dan Umar bakal berentap di pentas akhir Hero Remaja 2020, 16 Julai ini bersiaran langsung di Astro Ria dan Ria HD.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI