Instafamous yang juga merupakan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ada membuat satu permintaan terhadap ibunya itu.
Menerusi satu perbualan Whatsapp yang dikongsikan di laman Twitter, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen meminta ibunya itu untuk memberikansebuah kenderaan ‘Sport Utility Vehicles’ (SUV) keluaran Mercedes.
Perkara tersebut nyata disambut baik oleh ibunya itu tetapi dengan satu syarat.
“Cik B, nak kereta ni? Tahu kereta pa?
“Model apa nama? Mama beli untuk Cik B nak?
Ads
“Asal Cik B kurus & putih ye,” kata DSV.
Lalu, perkara tersebut dimuat naik oleh Cik B di laman Twitter untuk bertanya pendapat netizen bagaimana cara terbaik baginya untuk menguruskan badan
Ads
Sticker tu bukan mama ambil gambar saja2 tu mama tengah buat video pastu garu kepala..
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perbualan anak beranak tersebut selain turut mencadang beberapa cara yang boleh lalukan Cik B untuk menguruskan berat badannya itu.
Terdahulu, Cik B dikhabarkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam muzik video terbaru penyanyi, Kucaimars yang berjudul Mudah Bagimu.
Sumber: Twitter Cik B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi memberikan kelainan, Siti Nordiana yang bakal muncul dengan single terkini berjudul Angkara ada memberikan buah tangan yang cukup istimewa buat para peminatnya.
Sebelum melancarkan single hasil ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan dirinya sendiri itu, bintang yang sinonim disapa Nana terlebih dahulu menghadiahkan peminat dengan video muzik (MV) Angkara yang dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.
Drama pendek hasil sentuhan Khairul Hazwan itu mengandungi empat episod yang mana pada episod akhir segala persoalan bakal terjawab.
Menariknya, episod keempat itu juga adalah MV penuh Angkara.
Episod pengenalan sudah pun ditayangkan 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Menurutnya, idea tersebut timbul selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, yang suka menonton filem pendek di YouTube.
“Saya terfikir saya tak pernah buat macam ini, selalunya ‘countdown’ saja dan terus keluar video muzik penuh. Bagi saya ia sudah biasa. Jadi, kali ini saya nak bagi ‘extra’ dan drama sikit pada peminat.
“Dalam video muzik ini peminat kena menonton drama pendek dulu baru boleh tahu video penuh.
“Saya mendapat idea ini sebab anak suka menonton drama dan filem pendek di YouTube. Dari situ saya cuba untuk gunakan konsep sama dalam video muzik kali ini,” katanya.
Nana yang juga pelakon Dia Semanis Honey berkata, idea jalan cerita yang dipaparkan adalah inspirasi daripada kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.
“Pada mulanya saya memberi idea jalan cerita kepada pihak produksi. Mereka suka dan kami terus melakukan perbincangan untuk menambah baik lagi. Dengan bantuan pengarah, syarikat 1711 Music dan syarikat saya sendiri, maka terhasillah video muzik ini.
“Disebabkan banyak pihak terbabit, jadi saya perlu mendapatkan pandangan mereka juga. Baharulah orang kata ada variasi,” katanya.
Teristimewa buat peminat Nana juga, MV Angkara ini turut menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim.
“Pengarah kalau boleh nak muka ‘bad boy’ dan ala-ala ‘playgirl’. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. Dia kawan yang sangat mudah nak bekerjasama. Berurusan dengan dia pun senang dan tak banyak kerenah.
“Pendek kata, dia sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Tapi, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.
“Dia pelakon yang sangat memberi. Kalau tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada,” katanya.
Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan pada 8 Julai dan ketiga pada 13 Julai ini, jam 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai. Serentak dengan itu, dilancarkan juga lagu Angkara.
Beberapa foto berkenaan Angkara turut dimuat naik Nana di Instagram miliknya.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan selebriti antarabangsa popular, David Beckham dan Victoria Beckham.
Terbaru, Victoria telah mengumumkan satu berita gembira bersama pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Victoria memaklumkan anak lelakinya, Brooklyn Joseph bakal berkahwin bersama pelakon Nicola Peltz.
“The MOST exciting news!! We could not be happier that @brooklynbeckham and @nicolaannepeltz are getting married!
“Wishing you so much love and a lifetime of happiness 🙏🏻We all love you both so much x @davidbeckham @romeobeckham @cruzbeckham #HarperSeven,” tulisnya.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1994 dan dikurniakan empat orang anak bernama Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven.
Foto: Instagram Victoria Beckham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Norman Hakim mendedahkan dia mempunyai ‘me time’ sendiri dan perkara itu sudah pun difahami isteri dan anak-anak.
Pelakon Gerak Khas itu turut memberitahu, ‘me time’ untuk dirinya adalah setiap Jumaat dan punya piliuhan untuk ke mana-mana.
Bagaimanapun, Norman lebih selesa untuk pulang ke hampung halamannya di Kuantan, Pahang bagi isi masa bersama ibu selain tidur di ruang tamu sebagaimana yang dilakukan sejak di zaman persekolahan.
“Minggu ni alhamdulillah dpt tido 1 malam kat rumah mak. Selalu ‘me time’ Jumaat, balik hari je. Minggu ni Allah bagi izin Jumaat & Sabtu.
“Tiap kali balik kalau dpt peluang tido,ni la the best ‘port’ tido. Dari zaman sekolah menengah mmg tido kat sini je. Bantal & selimut pun still dari zaman sekolah punya,” tulisnya.
Pada masa sama, suami kepada pelakon, Norman Hakim turut menjelaskan, ‘me time’ juga memberi ruang buatnya untuk mendengar luahan keluarga selain dapat berkumpul.
“Pilihan banyak utk pergi mana2, tapi decision terbaik adalah balik ke ‘sarang’, paling utama dpt ziarah ayah mak sambil dgr luahan rasa diorang yg terkumpul selama seminggu.
“Juga umpama utk discharged & recharge balik energy.Balik KL nanti tu yg mcm2 idea nak buat utk diri,keluarga & bisnes.
“Korang punya ‘me time’ mcmana pulak? Btw tq mak @kamariah.kamat for the pic. Fuhhh mak dah terer ambik gambar la,” tulisnya lagi.
Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan pelakon, Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Memey Suhaiza pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.