Penyanyi dan pelakon atau lebih sinonim dikenali sebagai Cik Manggis, mula mengenakan hijab sejak Ahad lalu.
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, menerusi Berita Harian bagaimanapun menjelaskan, dia tidak menghebahkan penampilan terkininya itu memandangkan soal penghijrahan bukanlah untuk tatapan ramai.
“Saya berhijab bukan untuk tatapan umum, sebaliknya untuk diri sendiri. Namun, saya tidaklah merahsiakan, siapa yang bertanya, saya kongsi.
“Soal mengapa saya berhijrah, saya pilih untuk simpan sendiri. Kalau saya berkongsi, saya fikir ia tidak istimewa. Saya mahu rasakan ia sebagai suatu nikmat buat diri sendiri,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia turut mengakui mendorong diri sendiri untuk berhijrah.
“Sebab kita semua hidup dalam proses memperbaiki diri. Setiap hari, kita mahu menjadi yang lebih baik.
Ads
“Jadi, saya mahu mendorong diri menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek,” katanya lagi.
Menyifatkan suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin sebagai insan paling gembira dengan imej baharu itu, Cik Manggis mendedahkan suaminya ‘terkedu’ apabila dia menggayakan tudung buat pertama kali untuk keluar.
“Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.
“Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya,” ulasnya.
Ads
Berkongsi perihal aktiviti seninya bersama De Fam pula, identiti dirinya dalam kumpulan berkenaan masih sama biarpun sudah bertudung.
“Penghijrahan saya tidak memberi kesan buruk pada kerjaya atau De Fam, melainkan kebaikan.
“Sebenarnya, sebelum kami menubuhkan De Fam, kami sudah berbincang bagaimana jika suatu hari nanti kami berhijab.
“Kami tidak fikir ini menggugat perjalanan De Fam. Azira dan Sophia sangat gembira atas penghijrahan saya,” katanya.
Ads
Cik Manggis percaya mereka tidak mempunyai halangan untuk terus berkecimpung dalam dunia muzik.
“Muzik dan persembahan itu dihasilkan kita. Cuma yang berbeza adalah imej,” katanya yang turut menambah De Fam bakal melancarkan single terkininya, September depan.
“Kami sedang menyiapkan single baharu, Sepatutnya, single ini dilancarkan bulan ini, namun, disebabkan penularan COVID-19, kami tidak dapat melakukannya,” katanya.
Terdahulu, Cik Manggis mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Oktober 2014.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Cik Manggis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan jangkitan wabak Covid-19 terhadap kanak-kanak di Malaysia yang sehingga kini mencecah angka 317 kes termasuk 22 bayi.
Menurut info, Selangor mencatatkan bilangan kes paling tinggi iaitu 48 kes.
“Bagi ibubapa yg mempunyai anak kecil & baby, pls read this!
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak yang mungkin dijangkiti Covid-19 ketika musim perayaan Aidilfitri.
“317 kanak-kanak termasuk 22 bayi positif Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 317 kes positif Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah sehingga hari ini.
“Selangor mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26),” kongsinya menyampaikan informasi.
Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia rela berkorban untuk mencukur licin misai demi menjayakan watak sebagai seorang lelaki lembut menerusi nakshah terbaru.
Mengakui mahukan watak yang berbeza dan segar, bintang Nur ini sanggup berbuat demikian, mendukung peranan sebagai Shiba menerusi telefilem, Shiba Shiba Doo.
“Saya harus mencukur misai bagi penampilan wajah yang lebih bersih. Bagi saya ia merupakan salah satu skrip yang bagus.
“Ia ketengahkan perihal golongan minoriti dalam kalangan masyarakat.
“Sebagai pelakon, saya berbangga apabila diberi peluang menjayakan watak sedemikian dan ini adalah pengalaman baru buat saya,” jelasnya.
Menerusi drama tersebut, Shiba digambarkan sebagai seorang peguam.
Tidak gentar dengan kritikan yang bakal diterima, Syafiq menjelaskan, penerimaan watak ini antara lain membawa dimensi berbeza dalam kerjayanya sebagai pelakon.
“Saya berani menerima watak ini kerana ia adalah cabaran dan kelainan yang peminat mahu lihat.
“Untuk watak ini, pihak produksi beri rujukan karakter seseorang yang cukup terkenal sebagai inspirasi watak berkenaan,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, pelakon TV Lelaki Popular ABPBH Ke-31 ini bakal muncul dalam filem Pusaka sebagai pegawai penyiasat yang berhadapan dengan perkara mistik.
Filem yang turut dilakonkan Mimi Lana, Sweet Qismina dan Faizal Hussien itu bakal ditayangkan 31 Oktober depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sekiranya kita punyai waktu yang terluang walaupun sekejap ketika di tempat kerja, rasanya perkara apa yang akan kita lakukan? Power nap, melayari internet dan sosial media ataupun bersembang dengan rakan-rakan sekerja?
Namun, alangkah lebih baiknya jika kita memanfaatkan waktu-waktu tersebut dengan memperbanyak amalan agama seperti berzikir ataupun membaca Al-Quran.
Sama seperti perkongsian daripada pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham, dia menzahirkan rasa kagum selepas melihat rakan seperjuangannya yang juga merupakan penyampai radio Era, Nabil Ahmad yang khusyuk membaca Al-Quran ketika sedang berehat daripada on air.
Menurut Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, seawal jam 7 pagi, Nabil memang rajin untuk mengaji di dalam konti.
“Jam 7 pagi, mari tengok Nabil buat apa? Mengaji dalam konti. Sebab itulah aku suka dan minat dengan Nabil punya perjuangan,” tulisnya.
Video tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio bagi segmen Gegar Pagi itu menerusi laman Tik Tok miliknya.
Katanya lagi, istiqomah Nabil di jalan agama ini akan sentiasa menjadi inspirasi buat dirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan rasa yang sama selain turut memuji usaha Nabil mencari waktu untuk membaca Al-Quran meskipun ketika di tempat kerja.
“Dia tahu agihkan masa untuk dunia dan juga akhirat. Pesanan untuk diri sendiri juga.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Jika kita dah tanamkan rasa cinta kita pada Allah. Kita sanggup buat apa sahaja untuk Allah.
“Nabil ni buat kebaikkan tak menunjuk cuma kawan-kawan yang viralkan tu. Apapun terus istiqomah.
“Semoga penghijarahan saudara Nabil menjadi inspirasi dan motivasi kepada yang ingin menuju jalan reda Allah.
“Inilah contoh berjaya dunia akhirat. Cari dunia hanya dapat dunia. Cari akhirat dapat keduanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini video tersebut telah pun meraih hampir dua juta tontonan di aplikasi Tik Tok.
Terdahulu, Issey merupakan penyampai yang mengendalikan segmen Gegar Pagi di stesen radio Gegar bersama gandingannya Shah Gegar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan juga finalis rancangan Maskulin Who’s Your Bro (WYB), Theebaan G atau nama sebenarnya Theebaan Govindasamy berkongsi nasihat tentang sikap manusia yang suka...