Ads

Nota Ringkas Chester Bennington Buat Siti Nurhaliza Ditemui Semula Selepas 21 Tahun, Pengurus – “Surat Ini Sampai Ke Bilik Hotel Saya Dan Siti.”

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Sekeping nota ringkas daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang dikirimkan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menghadiri MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kembali menjadi sorotan.

Selepas 21 tahun, kiriman berkenaan masih disimpan pengurusnya, Rozi Abd Razak, sebelum ditemui semula ketika mengemas rumah, baru-baru ini.

Rozi menerusi perkongsian di Threads berkongsi, kisah tersebut pernah diceritakan kepada umum ketika sesi siaran langsung sebelum ini sehingga mencetuskan tular.

“Beberapa bulan lalu, saya cerita perkara ini ketika sesi ‘live’ bersama Siti. Tiba-tiba sedang kemas-kemas, saya jumpa semula surat daripada mendiang Bennington yang diterima kira-kira 21 tahun lalu.

“Surat ini sampai ke bilik hotel saya dan Siti. Saya simpan sampai sekarang,” tulisnya.

Berdasarkan surat yang dikongsikan itu, ia ditujukan kepada ‘Ms Siti Nurhaliza Binte Tarudin’ di bilik 1017.

Lebih menarik, nota ringkas Bennington itu mempunyai permintaan khusus buat Siti, iaitu supaya mengenakan topi yang diberikan ketika berada di atas pentas pada malam berkenaan.

Ads

“Kepada Ms Siti Nurhaliza Binte Tarudin. Harap dapat memakai topi di pentas malam ini. Terima kasih,” tulisnya.

Sekadar Kenangan 21 Tahun Lalu

Rozi menjelaskan, surat berkenaan sekadar menjadi kenangan lama yang disimpannya sejak acara tersebut berlangsung.

“Disclaimer, mengimbau sahaja, tiada tujuan lain,” kongsi Rozi lagi.

Nota Ringkas Chester Bennington Buat Siti Nurhaliza Ditemui Semula Selepas 21 Tahun, Pengurus - “Surat Ini Sampai Ke Bilik Hotel Saya Dan Siti.”

Ads

Nota Ringkas Chester Bennington Buat Siti Nurhaliza Ditemui Semula Selepas 21 Tahun, Pengurus - “Surat Ini Sampai Ke Bilik Hotel Saya Dan Siti.” Nota Ringkas Chester Bennington Buat Siti Nurhaliza Ditemui Semula Selepas 21 Tahun, Pengurus - “Surat Ini Sampai Ke Bilik Hotel Saya Dan Siti.”

Nota Ringkas Chester Bennington Buat Siti Nurhaliza Ditemui Semula Selepas 21 Tahun, Pengurus - “Surat Ini Sampai Ke Bilik Hotel Saya Dan Siti.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/siti-nurhaliza-dominasi-14-pencalonan-di-aim25-merangkumi-8-kategori-aisha-retno-mimifly-turut-cipta-sensasi/

Ads

Kenangan Manis di MTV ASIA Awards 2025

Untuk rekod, Siti mencipta kenangan tersendiri pada MTV Asia Awards 2005 apabila memenangi kategori Favourite Artiste Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Penyanyi yang bakal mengadakan konsert skala mega, Konsert Gema Bumantara 17 Oktober depan itu turut membuat persembahan pada acara terbabit dan diperkenalkan sebagai Voice of Asia oleh Alicia Keys selaku hos ketika itu. 

Bennington meninggal dunia pada 2017 ketika berusia 41 tahun dan mendiang merupakan vokalis utama Linkin Park, kumpulan rock dari Amerika Syarikat yang mencipta populariti global menerusi lagu seperti In The End, Numb dan What I’ve Done.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” – Cetus Fenomena! Ribuan Peminat...

KUDRAT 1968: High Council terus mencipta impak luar biasa apabila pengaruh siri premium Astro Original itu bukan sahaja hangat diperkatakan penonton, malah mula berkembang menjadi satu budaya ‘fandom’ tersendiri.