Ads

Evertts Gomes Ulas Isu Salah Eja Nama, Akui Emosi Dan Luah Di Threads – “Saya Bimbang Ia Boleh Menimbulkan Persepsi Kurang Tepat.”

Pelakon Evertts Gomes tampil memberi penjelasan berhubung satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads, susulan kekeliruan mengenai ejaan namanya yang dikaitkan dengan selebriti antarabangsa, Selena Gomez.

Menurut Evertts, atau nama sebenarnya Evertts McClane Gomes, dia berasa kurang senang apabila namanya dikaitkan dengan artis Hollywood berkenaan atas dakwaan tertentu.

Evertts Gomes Ulas Isu Salah Eja Nama, Akui Emosi Dan Luah Di Threads - “Saya Bimbang Ia Boleh Menimbulkan Persepsi Kurang Tepat.”

Evertts Gomes Ulas Isu Salah Eja Nama, Akui Emosi Dan Luah Di Threads - “Saya Bimbang Ia Boleh Menimbulkan Persepsi Kurang Tepat.”

“Seperti apa yang kita tahu, dalam dunia ini, terdapat seorang selebriti antarabangsa yang menggunakan nama Gomez dengan huruf Z di belakang iaitu Selena Gomez.

“Saya tidak mahu disamakan atau dikaitkan dengannya. Saya bimbang ia boleh menimbulkan persepsi yang kurang tepat. Itu perkara yang saya kurang gemar,” katanya kepada MH.

Evertts berkata demikian ketika acara ‘House Of Kudrat’ dan ‘Meet & Greet’ barisan pelakon Kudrat 1968: High Council di Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya, pada Ahad.

Nama Keluarga, Sensitiviti & Hantaran Dibuat Atas Emosi

Tambah Evertts, isu tersebut bukan sekadar melibatkan ejaan semata-mata, sebaliknya turut menyentuh sensitiviti keluarganya.

Ads

Evertts Gomes Ulas Isu Salah Eja Nama, Akui Emosi Dan Luah Di Threads - “Saya Bimbang Ia Boleh Menimbulkan Persepsi Kurang Tepat.”

Evertts Gomes Ulas Isu Salah Eja Nama, Akui Emosi Dan Luah Di Threads - “Saya Bimbang Ia Boleh Menimbulkan Persepsi Kurang Tepat.”

“Gomes ialah nama keluarga dan saya telah dibesarkan oleh datuk saya.

“Datuk sendiri tidak gemar apabila namanya disalah sebut atau dieja.

Ads

“Saya percaya ramai juga yang tidak gemar dengan perkara itu jika ia berlaku.

“Walaupun ada nama yang hampir serupa, perbezaan ejaan boleh membawa kepada salah faham dalam situasi tertentu,” jelasnya lagi.

Sementara itu, bekas finalis Hero Remaja itu turut mengakui hantaran yang dimuat naik sebelum ini dibuat atas dasar emosi sebelum mengambil keputusan untuk memadamkannya.

Malah, Evertts turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan hantaran berkenaan.

Ads

Evertts Gomes Ulas Isu Salah Eja Nama, Akui Emosi Dan Luah Di Threads - “Saya Bimbang Ia Boleh Menimbulkan Persepsi Kurang Tepat.”

Anda mungkin berminat dengan

Evertts Gomes Ulas Isu Salah Eja Nama, Akui Emosi Dan Luah Di Threads - “Saya Bimbang Ia Boleh Menimbulkan Persepsi Kurang Tepat.”

“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya perkongsian itu menimbulkan sebarang rasa kurang senang.

“Pada awalnya, hantaran tersebut dibuat secara emosi, sekadar meluahkan rasa geram.

“Bagaimanapun, selepas ‘target audience’ yang dituju telah melihat hantaran tersebut, saya memilih untuk menurunkannya.

“Individu berkenaan juga telah memohon maaf, jadi bagi saya, perkara ini sudah pun selesai,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Bella Astillah Kongsi Momen Sayu, Sidang Media Kahwin Dengan Syed Saddiq...

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama tunangnya, Syed Saddiq menangguhkan sidang media berhubung majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada semalam susulan berita duka pemergiaan ‘Ibu Negara’, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.