Ads

Misha Omar Dedah Pernah Bawa Watak Tun Hasmah Waktu Muda, Kongsi Momen Peribadi Bersama ‘Ibu Negara’ – “Diberi Peluang Bertemu, Menemu Bual Allahyarhamah…”

Penyanyi Misha Omar mengakui dirinya turut terkesan dengan berita duka pemergian Almarhumah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali yang telah menghembuskan nafas terakhirnya, kelmarin.

Menurut Misha, dia bukan satu-satunya individu yang merasakan kehilangan tersebut, malah menyifatkan suasana hiba berkenaan turut dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Misha Omar Dedah Pernah Bawa Watak Tun Hasmah Waktu Muda, Kongsi Momen Peribadi Bersama ‘Ibu Negara’ - “Diberi Peluang Bertemu, Menemu Bual Allahyarhamah…”

Misha Omar Dedah Pernah Bawa Watak Tun Hasmah Waktu Muda, Kongsi Momen Peribadi Bersama ‘Ibu Negara’ - “Diberi Peluang Bertemu, Menemu Bual Allahyarhamah…”

“Rasanya saya bukan seorang sahaja yang terbungkam sepanjang hari. Ia seperti satu momen yang panjang dan berat untuk dilalui.

“Semalam (kelmarin) menjadi antara hari yang paling panjang dalam siri-siri sedih dalam hidup saya,” katanya kepada MH.

Misha berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual showcase Misha Omar, Aku & Lelaki di Altus Prohouse Office, Petaling Jaya, pada Selasa.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Pulangkan itu mendedahkan dia membesar dalam era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, selain melihat kedua-dua figura berkenaan sebagai ‘ibu bapa’ kepada rakyat.

Pernah Bawa Watak Tun Hasmah

“Kita membesar pada era itu. Kita bukan hanya melihat beliau sebagai pemimpin, tetapi seperti seorang ayah.

“Kita berada di bawah naungan mereka berdua,” jelasnya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Misha turut menzahirkan rasa bangga dan berbesar hati apabila berpeluang membawakan watak Tun Hasmah dalam pementasan Muzikal Tun Mahathir sekitar tahun 2011.

Menurut Misha, pengalaman tersebut membuka ruang untuknya mengenali keperibadian Almarhumah dengan lebih dekat menerusi sesi temu bual yang pernah diadakan di Menara Berkembar Petronas.

Misha Omar Dedah Pernah Bawa Watak Tun Hasmah Waktu Muda, Kongsi Momen Peribadi Bersama ‘Ibu Negara’ - “Diberi Peluang Bertemu, Menemu Bual Allahyarhamah…”

Misha Omar Dedah Pernah Bawa Watak Tun Hasmah Waktu Muda, Kongsi Momen Peribadi Bersama ‘Ibu Negara’ - “Diberi Peluang Bertemu, Menemu Bual Allahyarhamah…”

“Saya berasa sangat bertuah kerana pernah membawa watak Tun Hasmah ketika muda.

“Untuk menjayakan watak itu, saya diberi peluang bertemu dan menemu bual Allahyarhamah bagi memahami peribadinya,” ulasnya.

Ads

Mengulas lanjut, Misha menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang figura yang mempunyai keperibadian sangat mulia.

“Tun Siti is such an angel. Beliau layan saya dengan baik walaupun ketika itu, saya hanyalah seorang penyanyi baru dalam industri.

“Tiada jurang besar yang diciptakan walaupun hakikatnya jurang itu besar sekali.

“Saya sangat bangga mempunyai momen seperti itu bersamanya.

“Beliau merupakan ‘first lady’ negara, namun pertemuan itu terasa sangat tenang dan selesa. Segalanya berjalan dengan lancar,” kongsinya.

Kenang Nasihat & Gurauan Tun Hasmah

Malah, Misha turut mengimbau nasihat yang pernah diberikan Allahyarhamah kepadanya mengenai hubungan dan rumah tangga.

Ads

Misha Omar Dedah Pernah Bawa Watak Tun Hasmah Waktu Muda, Kongsi Momen Peribadi Bersama ‘Ibu Negara’ - “Diberi Peluang Bertemu, Menemu Bual Allahyarhamah…”

Anda mungkin berminat dengan

Misha Omar Dedah Pernah Bawa Watak Tun Hasmah Waktu Muda, Kongsi Momen Peribadi Bersama ‘Ibu Negara’ - “Diberi Peluang Bertemu, Menemu Bual Allahyarhamah…”

“Allahyarhamah pernah berpesan kepada saya, ’tidak kira siapa kita, kita perlu menghormati suami.

‘Kita perlu tahu peranan kita, sama ada berjalan di belakang atau seiring dengannya’,” pesan Tun Hasmah.

Selain itu, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun 2003 itu turut berkongsi satu momen istimewa apabila Tun Hasmah sempat bergurau senda dengannya.

“Saya masih ingat ketika mengajaknya bergambar, Tun sempat berseloroh meminta bayaran RM5.

“Memang beliau suka bergurau dan tidak mahu orang berasa kekok atau terasing,” akhirinya.

Terdahulu, Tun Dr Hasmah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Ada Kata Saya Tak Mampu Bertahan Jadi Anak Seni,” – Mimifly...

Penyanyi Mimifly menyifatkan kejayaan meraih lima trofi di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) baru-baru ini sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya berkualiti selepas ini.