Ads

“Lebih 36 Lagu, Dalam Keadaan Kesihatan Yang Tidak Begitu Baik,” – Linda Rafar Kagum, Awie Tetap Gagah Dalam Konsert Himpun 20,000 Peminat!

Linda Rafar
Linda Rafar

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar meluahkan rasa kagum melihat kemampuan bintang rock, Dato’ Awie meneruskan perjalanan konsert Awie Rock King: Last Man Standing meskipun sebenarnya berdepan masalah kesihatan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Linda memaklumkan dia menjadi saksi bagaimana Awie tetap berdiri di atas pentas dan memberikan yang terbaik buat para peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Rafar (@lindarafar)

“Buat Datuk Awie, malam tadi Linda saksi walaupun Datuk kurang sihat, Datuk tetap berdiri di atas pentas dan memberikan yang terbaik untuk semua yang hadir.

“Linda tahu mungkin ada yang tidak percaya, ada yang mempertikaikan keadaan Datuk.

“Tetapi orang yang benar-benar melihat dan merasai persembahan malam tadi tahu betapa kuatnya semangat Datuk untuk tidak mengecewakan peminat,” tulisnya.

Menurut Linda, bukan mudah untuk mempersembahkan 36 buah lagu dalam satu malam dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.

“Lebih 36 Lagu, Dalam Keadaan Kesihatan Yang Tidak Begitu Baik," - Linda Rafar Kagum, Awie Tetap Gagah Dalam Konsert Himpun 20,000 Peminat!

“Lebih 36 Lagu, Dalam Keadaan Kesihatan Yang Tidak Begitu Baik," - Linda Rafar Kagum, Awie Tetap Gagah Dalam Konsert Himpun 20,000 Peminat!“Lebih 36 buah lagu, dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu baik namun Datuk tetap memberikan sepenuh jiwa dan tenaga.

“Itu bukan sesuatu yang mudah. Itu adalah tanda seorang seniman sejati dan legenda yang sangat mencintai pentasnya,” kongsinya.

Ads

Linda Minta Awie Utamakan Kesihatan

Dalam hantaran sama, bekas anggota penyanyi kumpulan wanita Elite itu turut mengingatkan agar Awie tidak terlalu memikirkan kata-kata segelintir pihak yang mempertikaikan keadaannya.

“Datuk, jangan terlalu fikirkan kata-kata mereka.

“Kadang-kadang orang hanya melihat apa yang berlaku di atas pentas, tetapi tidak tahu apa yang Datuk lalui sebelum melangkah naik ke pentas.

“Sekarang, berehatlah dan jaga diri. Kesihatan Datuk jauh lebih penting,” kongsinya lagi.

Mengakhiri perkongsian, Linda menitipkan doa agar vokalis kumpulan Wings itu diberikan kesembuhan dan kekuatan.

Ads

Malah, pelakon filem Pesona Cinta itu turut merakamkan penghargaan kepada Awie atas dedikasi yang ditunjukkan sepanjang konsert tersebut berlangsung.

“Semoga Allah berikan Datuk kesembuhan, kekuatan dan kesihatan yang lebih baik.

“Terima kasih kerana tetap memberikan kami satu malam yang begitu indah walaupun Datuk sendiri sedang tidak berada dalam keadaan terbaik.

“Teruskan menjadi legenda, Datuk Awie. Kerana legenda bukan hanya tentang suara yang hebat, tetapi tentang hati yang tetap memberi walaupun diri sendiri sedang diuji.

“Semoga cepat sembuh, Datuk. Kami tetap menyokong dan mendoakan Datuk selalu,” akhirinya.

Ads

Baca Artikel Lain;

Anda mungkin berminat dengan

https://www.mediahiburan.my/ini-bukan-bisnes-keluarga-awie-bertegas-tak-kan-bawa-merrah-di-pentas-wings-enggan-buka-ruang-orang-mengata/

Awie Tetap Gagah Jayakan Konsert

“Lebih 36 Lagu, Dalam Keadaan Kesihatan Yang Tidak Begitu Baik," - Linda Rafar Kagum, Awie Tetap Gagah Dalam Konsert Himpun 20,000 Peminat!

Terdahulu, Awie dilaporkan mengalami masalah kesihatan pada malam Konsert Awie Rock King – Last Man Standing 2026 yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak menjadi penghalang legenda rock tanah air itu untuk menjayakan konsert solonya.

Konsert yang menghimpunkan kira-kira 20,000 peminat itu menyaksikan Awie tampil dengan energi luar biasa menyampaikan 36 buah lagu menerusi lima segmen iaitu Legasiku, Kita Bersama, Cinta dan Filem, Tribute: Last Man Standing (Don’t Forget) serta Tribute To Anak Seni Yang Telah Tiada.

Turut hadir sebagai artis jemputan bagi memeriahkan majlis adalah Erra Fazira, Akim, Stacy dan ramai lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ben Amir

“Sejujurnya Ia Sangat Menakutkan,” – Bau Asap Tiba-Tiba Kuat, Ben Amir...

Pelakon Ben Amir berkongsi detik mencemaskan apabila rumahnya hampir dijilat api susulan kebakaran yang berlaku di kawasan berdekatan kediamannya.