Ads

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” – Cetus Fenomena! Ribuan Peminat Banjiri House of KUDRAT, Jalin Kolaborasi Eksklusif Bersama Christy Ng

Screenshot

KUDRAT 1968: High Council terus mencipta impak luar biasa apabila pengaruh siri premium Astro Original itu bukan sahaja hangat diperkatakan penonton, malah mula berkembang menjadi satu budaya ‘fandom’ tersendiri.

Lebih menarik, meskipun baru dua episod ditayangkan, siri premium terbitan Astro Shaw itu sudah meraih lebih 90 juta tontonan menerusi klip-klip di media sosial dalam tempoh 14 hari.

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” - Cetus Fenomena! Ribuan Peminat Banjiri House of KUDRAT, Jalin Kolaborasi Eksklusif Bersama Christy Ng

Bukan itu sahaja, siri yang mencuri tumpuan menerusi jalan cerita sarat dengan konflik, persahabatan, kuasa dan pengkhianatan itu turut mencatat sambutan memberangsangkan di platform Astro dan sooka, selain mendominasi carta 10 kandungan televisyen teratas.

Malah, KUDRAT 1968: High Council turut muncul sebagai siri nombor satu di Netflix Malaysia selama dua minggu berturut-turut.

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” - Cetus Fenomena! Ribuan Peminat Banjiri House of KUDRAT, Jalin Kolaborasi Eksklusif Bersama Christy Ng

Ads

Kini, peminat bukan sahaja mengikuti perkembangan jalan ceritanya, malah turut mencetuskan pelbagai perbincangan, perdebatan dan teori mengenai karakter serta perjalanan kisah KUDRAT 1968 di media sosial.

Ribuan Peminat Banjiri House of KUDRAT

Bagi menghargai jasa peminat yang tidak berbelah bahagi menunjukkan sokongan, Astro baru-baru ini membawa pengalaman siri tersebut keluar daripada skrin menerusi House of KUDRAT di Astro Experience Store, IOI City Mall, Putrajaya.

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” - Cetus Fenomena! Ribuan Peminat Banjiri House of KUDRAT, Jalin Kolaborasi Eksklusif Bersama Christy Ng

Malah, House of KUDRAT turut memperluaskan fenomena itu ke dunia fesyen menerusi kolaborasi bersama jenama tempatan, Christy Ng.

Ads

Kerjasama tersebut menghasilkan koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968 yang menampilkan barangan edisi khas seperti beg dan stokin yang diinspirasikan daripada dunia siri berkenaan.

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” - Cetus Fenomena! Ribuan Peminat Banjiri House of KUDRAT, Jalin Kolaborasi Eksklusif Bersama Christy Ng

Ribuan penonton turut membanjiri pusat beli-belah berkenaan demi menyaksikan kemeriahan House of KUDRAT, selain berpeluang bertemu secara eksklusif dengan barisan pelakon termasuk Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes dan ramai lagi.

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” - Cetus Fenomena! Ribuan Peminat Banjiri House of KUDRAT, Jalin Kolaborasi Eksklusif Bersama Christy Ng

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Sambung Tayangan, Filem Bakal Menyusul

Dengan momentum yang semakin memuncak, KUDRAT 1968: High Council akan meneruskan tayangan menerusi Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108), setiap Jumaat, jam 9 malam.

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” - Cetus Fenomena! Ribuan Peminat Banjiri House of KUDRAT, Jalin Kolaborasi Eksklusif Bersama Christy Ng

Episod ketiga akan ditayangkan pada 9 Oktober, diikuti episod keempat pada 16 Oktober ini.

Peminat juga boleh menonton episod lebih awal menerusi sooka atau Astro X3 bermula jam 12 tengah malam, manakala filem KUDRAT 1968 pula dijadualkan menemui penonton di pawagam pada tahun ini.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Berbelas Tahun Rasanya Tak Dapat Bercakap…,” – Tomok Mohon Bantuan Cari...

Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki bekas pemain bass kumpulan berkenaan, Syuk yang dikatakan sudah lama terputus hubungan dengannya.