Ads

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.

Rata-rata peminat turut memberikan reaksi yang baik, sekali gus membuktikan pentas Borneo Rising bukan sekadar medan pertandingan, sebaliknya menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat hebat dari Borneo.

Menariknya, kesemua 12 peserta Borneo Rising hadir dengan latar belakang serta perjalanan seni yang berbeza, sekali gus menjadikan persaingan kali ini lebih menarik untuk diikuti.

Jadi, MH bawakan lagi enam peserta untuk menyelami kisah, pengalaman serta sisi menarik mereka dalam mengejar impian dan mencipta nama di pentas Borneo Rising.

Harvard

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Berusia 23 tahun dan berasal dari Penampang, Sabah, Harvard Sandar merupakan anak tunggal berbangsa Dusun yang kini menetap di Petaling Jaya sejak lima tahun lalu.

Di luar bidang muzik, Harvard bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Hospital Picaso, Petaling Jaya. Dalam masa sama, dia juga optimis mahu mengejar impian dalam dunia nyanyian.

Malah, Harvard turut digelar sebagai ‘Pemburu Pertandingan Nyanyian’ kerana sanggup mempertaruhkan masa dan tenaga menyertai pelbagai pertandingan.

Antara pencapaian terbesarnya adalah berjaya mara sebagai finalis Sugandoi Negeri Sabah.

Rizzani

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Mohammad Nor Rizani, anak bongsu daripada empat beradik dan berasal dari Tawau, Sabah. Berbangsa Suluk dan beretnik Tidung, Rizani dikenali sebagai seorang yang ceria, peramah serta mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Rizani aktif menyertai pelbagai pertandingan sekitar Tawau, termasuk bergelar juara di Pertandingan Nyanyian Mega Food Festival pada April 2026 dan Pertandingan Nyanyian Balong Food Festival pada Mei 2026.

Rizani juga pernah membuat persembahan di Food Festival Tawau serta berduet bersama vokalis Projector Band, Iskandar Zulkarnain. Kini, Rizzani mahu mencabar diri apabila buat pertama kalinya dia bakal menyertai pertandingan nyanyian di luar Tawau.

Ads

Selain nyanyian, dia turut meminati bidang lakonan dan pernah menyertai uji bakat lakonan untuk TV RTM ketika berusia 10 tahun.

Afiq

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Mula menyanyi sejak sekolah rendah, Afiq yang juga anak jati Sandakan merupakan penyanyi berketurunan Brunei yang sudah memiliki pengalaman luas dalam pertandingan nyanyian.

Pernah mencuba nasib dalam pelbagai pertandingan dan pernah dinobatkan sebagai Naib Juara selain menerima Anugerah Vokal Terbaik di Pertandingan Nyanyian Hari Hutan Antarabangsa 2025.

Dia turut bergelar Naib Juara Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional FRSTIBU 2025 selain telah mempunyai tiga single sendiri iaitu Aku, Jasad Menangis dan Di Luar Nalarku.

Pengalaman persembahannya turut merangkumi Pre-Show Konsert 70 80 RTM 2026, termasuk tampil di Traditional Fiesta Sandakan dan Rhythm of Kinabalu.

Faris

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Peserta berusia 34 tahun, Mohd Faris Arif pula merupakan penyanyi dan pempengaruh dari Kuching, Sarawak yang mula mengenali dunia muzik sejak remaja.

Ketika di sekolah, peserta berbangsa Melayu ini juga aktif menyertai pertandingan tilawah dan pernah muncul sebagai Naib Johan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak.

Ads

Pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), perjalanan Faris sebagai anak seni bukanlah mudah apabila dia pernah menjadikan busking sebagai sumber pendapatan demi menyara keluarga.

Selain itu, Faris juga pernah berlakon dalam drama terbitan TVS serta mempunyai single sendiri berjudul Angguk yang kini meraih lebih 33,000 tontonan di YouTube.

Michele

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Michelle Mathew, 18, ialah gadis berketurunan Bidayuh dari Lundu, Sarawak yang kini masih menuntut di peringkat STPM di SMK Wira Penrissen.

Mempunyai minat mendalam dalam dunia ratu cantik, Michelle mula aktif menyertai pertandingan itu sejak 2022 dan sehingga kini sudah mengambil bahagian dalam lebih sembilan pertandingan pageant.

Antara pencapaian terkininya adalah meraih tempat ketiga Dayung Gaweq Tematu 2026, sekali gus dinobatkan dengan gelaran Miss Tourism.

Dalam bidang nyanyian pula, Michele pernah bergelar juara Pesta Benak Idol 2024, Tasik Biru Idol 2023 dan Agro Fest 2019.

Gabungan pengalaman dalam pertandingan nyanyian serta dunia ratu cantik menjadikan Michele seorang penghibur yang memiliki personaliti dan aura pentas tersendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Joy

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Mohammad Said Suhazrie, 23, berasal dari Sandakan, Sabah. Anak muda berketurunan Sungai ini merupakan seorang content creator, penyanyi busker, influencer serta usahawan sambal.

Joy ialah anggota kumpulan ID Sandakan Mawar Buskers yang ditubuhkan pada 2022 dan cukup dikenali dalam kalangan peminat busking di Sandakan.

Mempunyai kebolehan mencipta lagu, Joy sudah menghasilkan tiga single iaitu Ke Dua Kalinya, Kau Curangi Aku dan Berikan Aku, yang dihasilkan khas ketika dia bergelar finalis Bintang RTM 2024.

Joy juga mempunyai pengalaman apabila pernah berkolaborasi bersama Atu Zero dan Saiful Zero menerusi video parodi cover lagu Risk It All yang kini mencecah 141 juta tontonan di YouTube.

Borneo Rising merupakan program realiti pertama Astro yang diadakan sepenuhnya di luar Lembah Klang, iaitu di ITCC Grand Ballroom, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah.

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Program itu turut menampilkan gandingan selebriti terkenal Zizan Razak dan Sherry Alhadad selaku hos. Sementara itu, tiga penyanyi popular iaitu Shila Amzah, Noh Salleh dan Marsha Milan diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa! Dari Busker, Pembantu Perubatan Hingga Ratu Cantik, 6 Lagi Peserta Borneo Rising Bawa Kisah & Impian Luar Biasa!

Borneo Rising diterbitkan oleh Astro dengan RTM sebagai Rakan Penyiar Rasmi dan CelcomDigi selaku Penaja Utama.

Borneo Rising disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam menerusiAstro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146). Ia juga boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jangan Mudah Percaya,” – Dakwaan Tinggalkan Alpha Untuk Sambung Belajar Tidak...

Anggota boy band Alpha, Araff menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bakal meninggalkan kumpulan berkenaan bagi memberikan tumpuan untuk menyambung pengajian.