Sejak semalam, nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meraih perhatian ramai setelah dia membantu bapa sahabat baiknya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman untuk membelikan sebuah kerusi roda.
Menurut Aliff, kerusi roda tersebut merupakan amanah daripada Sajjad atau lebih dikenali sebagai Sajat bagi memudahkan urusan bapanya itu untuk bergerak.
Menerusi hantaran yang sama, bapa Sajat turut menitipkan doa buat anaknya itu yang kini berada di Australia sekali gus mengundang rasa sebak di jiwa warga net.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada anak kesayangan ayah. Ayah doakan semoga Sajat gembira di sana. Selalulah ingat Allah dan dirikanlah solat.
“Ayah sentiasa berdoa agar Allah gembirakan Sajat di dunia dan akhirat,” titipnya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak selain turut merakamkan ucapan terima kasih buat Aliff kerana sudi membantu rakannya yang sedang bermasalah.
Terdahulu, Sajat menerusi siaran langsung di media sosial meminta bantuan untuk membelikan kerusi roda buat ayahnya yang jatuh sakit dan tidak mampu berjalan.
Juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS menyifatkan Aliff Aziz tidak berjaya mengawal jiwa lagu Arjuna yang dibawanya dalam saingan minggu keenam program itu, malam tadi.
Maestro muzik itu menambah, persembahan Aliff menerusi lagu asal Dewa 19 juga tidak fokus.
“Dia bersepah banyak benda, tak proper. You menyanyi tu… dia tidak sebati dengan muzik. Ia sesuatu yang teknikal. Jadi you sepatutnya control.
“Lagu ini… dia bukannya susah, tapi nak control jiwa dia dan nada itu. So banyak bersepahlah. Yang kali ini, tak okay,” katanya.
Ramli mengulas mengenai persembahan tersebut sejurus Aliff selesai membuat persembahan.
Aliff berada di kedudukan tiga paling corot dengan 62.00 % bersama-sama Noryn Aziz (63.00%) dan Zamani yang diumumkan sebagai bintang yang tersingkir kali ini (56.50%).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya mula melonjak ketika membintangi, Awan Dania dan masih kekal relevan dalam industri seni tanah air sehingga hari ini.
Siapa tak kenal dengan Scha Alyahya, isteri kesayangan Awal Ashaari yang sangat gorgeous and stunning! Malah, mereka digelar pasangan selebriti paling bergaya dan ikon fesyen di Malaysia.
Bekas Juara Dewi Remaja 2005 / 2006 ini yang juga merupakan suri hati kepada pengacara, Awal Ashaari ini baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-40 tahun pada 30 Mei lalu.
Wah, nampaknya Scha dah masuk 40 series! Tapi macam tak percaya je Scha dah masuk usia ‘emas’. Kalau cakap usia 20-an pun ramai yang percaya. Memang awet muda sungguh, tak makan dek usia apakah rahsianya?
MH berkesempatan menemubual Scha Alyahya di sebuah acara baru-baru ini dan mendapatkan pandangan serta rutin kecantikan beliau di usia 40-an. Ini respon yang diberikan oleh ibu kepada dua cahaya mata comel Lara Alana dan Lila Ameena ini.
Menurut Scha dia akui, apabila semakin berusia, dia juga tidak dapat lari dari menerima kesan penuaan seperti garis-garis halus pada wajah.
“Tak nampak ke kat mata saya dah ada garis-garis, dekat leher saya dah ada kesan penuaan, tapi lighting sekarang hebat.
“Memang ada nampak kesan penuaan tu, tapi Scha apa-apa pun, macam orang lain cakap lah, kena ada SPF, Scha itu je,” ujarnya.
Untuk pengetahuan Hijabi, antara kebaikan menggunakan produk yang mempunyai SPF pada wajah adalah bertujuan untuk melindung dan menjaga kesihatan kulit. Ini kerana SPF memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.
Malah, kandungan SPF yang sering digunakan dalam krim pelindung matahari (sunscreen) juga dapat mampu meremajakan kulit dengan memperlahankan kesan penuaan serta menjaga kecerahan dan kebersihan kulit setiap masa!
Ketika ditanya, adakah Scha masih percaya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami (Au Naturale), Scha menjelaskan bahawa dia percaya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama, katanya melakukan rawatan pemulihan kulit wajah seperti rawatan Facial di pusat kecantikan (SPA) juga merupakan rutin wajib yang diamalkan Scha iaitu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Of course masih percaya bahan-bahan alami dan semulajadi (Au Naturale), mereka kata kurangkan gula, jadi itu je yang Scha lakukan!”
“Facial kena buatlah, tipu lah kalau tak buat facial atau benda-benda tu. Kita tetap ada lakukan rutin tu, sebulan dua kali,” Jelasnya.
Untuk rekod, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasi perkongsian hidup berkenaan, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Lara Alana dan Lila Ameena.
Juri tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan persembahan kurang mantap daripada dua peserta, Suki Low dan Cliff Umar menjadi faktor yang membawa kepada penyingkiran mereka di ASGV, malam tadi.
Suki Low dan Cliff Umar berada di kedudukan dua tercorot dalam kalangan 16 bintang bersaing, masing-masing dengan markah sebanyak 56.25% dan 53.25%.
Mengulas mengenai penyingkiran itu, Syafinaz berkata, Suki Low misalnya membuat persembahan yang tidak menyeluruh.
“Mungkin pemilihan lagu kurang tepat untuknya. Bagi saya, dia berjaya sampaikan lagu tersebut namun ada beberapa bahagian yang sebaliknya. Jadi ia tidak menyeluruh bila dia menyanyi.
“Sebab kita sedia maklum, mereka semua memang boleh menyanyi. Cuma bila di dalam pertandingan, dia punya level lain, expectation berbeza.
“Kalau menyanyi setakat untuk menghiburkan parapeminat, saya rasa ia agak sukar buat mereka untuk berada pada kedudukan teratas. Sebab ia bukan hanya untuk peminat semata tetapi kena puaskan hati ramai pihak,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ramli MS pula melihat daripada sudut kesungguhan di dalam pertandingan.
“Kesungguhan di dalam pertandingan dia macam… semua nak, macam orang tamak. Pertandingan memang macam tu, mahu bagus dan nak itu nak ini.
“Tapi saya agak puas hati dengan kebanyakan peserta kerana banyak yang pamerkan kesungguhan. Malam ini sudah sudah tentu lebih baik berbanding minggu sebelumnya” katanya.
Terdahulu, kejutan apabila dua nama bintang itu diumumkan sebagai peserta awal yang tersingkir pada saingan minggu kedua ASGV)
Nama mereka diumumkan sejurus segmen Ada Lagu Ada Lagi yang bersiaran secara langsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Penyanyi Singapura, Hady Mirza muncul sebagai peserta yang menduduki markah paling tinggi dalam kalangan 16 peserta bersaing iaitu dengan 79.00 peratus.
Tempat kedua dan ketiga diraih Jaclyn Victor dan Azharina dengan masing-masing sebanyak 75.50 peratus dan 74.50 peratus.
Berikut ialah senarai markah penuh semua peserta bertanding;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.