Ads

“Jangan Masuk Campur Kalau Tak Tahu Konteks,” – Puteri Sarah Ulas Gurau Jet Peribadi, Minta Netizen Jangan Terlalu Serius

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan penjelasan susulan isu gurauan berkaitan jet peribadi yang disalah tafsir segelintir warganet.

Ia susulan dirinya yang terkandas di Jakarta Utara selepas jadual penerbangan pulang ke Malaysia dibatalkan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Puteri Sarah menjelaskan perkara tersebut hanyalah perbualan peribadi antara dirinya dan seorang rakan.

"Jangan Masuk Campur Kalau Tak Tahu Konteks," - Puteri Sarah Ulas Gurau Jet Peribadi, Minta Netizen Jangan Terlalu Serius

"Jangan Masuk Campur Kalau Tak Tahu Konteks," - Puteri Sarah Ulas Gurau Jet Peribadi, Minta Netizen Jangan Terlalu Serius

Namun, hantaran berkenaan kemudiannya diambil di luar konteks sehingga mencetuskan pelbagai andaian lalu menjadi satu isu.

Minta Netizen Jangan Buat Andaian

“Hari ini dah jadi berita. Haih…

Ads

“Saya hanya bergurau dengan rakan, tetapi entah bagaimana satu gurauan peribadi telah diambil di luar konteks, dipersoalkan, dan tanpa perlu dijadikan sesuatu yang serius.

“Pertama sekali, perbualan itu berlaku antara saya dan rakan saya. Jika anda tidak tahu konteksnya, jangan masuk campur atau membuat andaian sendiri.

“Dengan menjadikan isu daripada sesuatu yang anda sendiri tidak faham sepenuhnya, anda telah membuka ruang untuk orang lain salah faham terhadap situasi ini,” tulisnya.

Dalam hantaran berasingan, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak membesarkan sesuatu isu sehingga boleh memberi kesan kepada pihak lain.

"Jangan Masuk Campur Kalau Tak Tahu Konteks," - Puteri Sarah Ulas Gurau Jet Peribadi, Minta Netizen Jangan Terlalu Serius

Ads

"Jangan Masuk Campur Kalau Tak Tahu Konteks," - Puteri Sarah Ulas Gurau Jet Peribadi, Minta Netizen Jangan Terlalu Serius

“Kepada mereka yang sengaja membesarkan keadaan ini, ingatlah bahawa cara kita menyusahkan hidup orang lain boleh suatu hari nanti kembali kepada kita.

“Semoga Allah membimbing kita untuk fokus pada urusan sendiri dan melindungi kita daripada menyakiti orang lain tanpa sebab,” kongsinya lagi.

Gurauan Jet Peribadi Jadi Perhatian

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan dirinya terkandas di Jakarta selepas penerbangan pulang ke Malaysia dibatalkan berikutan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta susulan letusan Gunung Anak Krakatau.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

"Jangan Masuk Campur Kalau Tak Tahu Konteks," - Puteri Sarah Ulas Gurau Jet Peribadi, Minta Netizen Jangan Terlalu Serius

"Jangan Masuk Campur Kalau Tak Tahu Konteks," - Puteri Sarah Ulas Gurau Jet Peribadi, Minta Netizen Jangan Terlalu Serius

Sebelum itu, bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof berkenaan mencuri perhatian warganet apabila berseloroh mengenai penggunaan jet peribadi untuk pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, gurauan tersebut telah disalah tafsir oleh segelintir netizen di platform Threads sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Evolusi KL Drift itu turut memohon agar orang ramai tidak terus menjadikan perkara berkenaan sebagai satu isu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nyanyi Lagu Ketuhanan Kata Raih Simpati, Lagu Rancak Kata Bersuka Ria,”...

Pelakon Amyza Aznan terkilan apabila persembahannya pada konsert minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti (KES) menerusi lagu Ya Illahi Ranni menerima kritikan segelintir pihak.