Ads

KE Selebriti: Zila Bakarin Unggul Dengan 79.26%, Maria Tunku Sabri Di Tangga Terakhir, Namun Penyingkiran Masih Belum Diumumkan

Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES), Zila Bakarin muncul sebagai peserta terbaik apabila berjaya menduduki tempat pertama pada konsert minggu ketiga KES yang berlangsung malam tadi.

Menerusi lagu Puteri Kota, nyanyian asal Ratu Rock Ella, Zila meraih markah keseluruhan tertinggi sebanyak 79.26%, sekali gus memenangi anugerah Emas Berkilau Of The Week buat kali ketiga berturut-turut.

KE Selebriti: Zila Bakarin Unggul Dengan 79.26%, Maria Tunku Sabri Di Tangga Terakhir, Namun Penyingkiran Masih Belum Diumumkan

KE Selebriti: Zila Bakarin Unggul Dengan 79.26%, Maria Tunku Sabri Di Tangga Terakhir, Namun Penyingkiran Masih Belum Diumumkan

Dalam pada itu, Rashdan Baba, Khaty Azian dan Maria Tunku Sabri berada dalam kelompok tiga peserta tercorot dari segi kutipan markah dengan masing-masing memperoleh 55.71%, 55.66% dan 55.48%.

Bagaimanapun, masih tiada penyingkiran diumumkan bagi peserta KES pada minggu ketiga ini.

Ads

Persaingan dilihat semakin sengit apabila jurang markah antara peserta tidak terlalu jauh berbanding minggu-minggu sebelumnya.

KE Selebriti: Zila Bakarin Unggul Dengan 79.26%, Maria Tunku Sabri Di Tangga Terakhir, Namun Penyingkiran Masih Belum Diumumkan

KE Selebriti: Zila Bakarin Unggul Dengan 79.26%, Maria Tunku Sabri Di Tangga Terakhir, Namun Penyingkiran Masih Belum Diumumkan

Berikut ialah markah keseluruhan bagi semua peserta:

Ads

1. Zila Bakarin – 79.26%
2. Datuk Ahmad Tamimi Siregar – 70.18%
3. Datuk Jalaluddin Hassan – 68.86%
4. Amyza Aznan – 68.08%
5. Rahhim Omar – 63.12%
6. Fazlina Ahmad Daud – 59.57%
7. Mubarak Majid – 57.04%
8. Rashdan Baba – 55.71%
9. Khaty Azian – 55.66%
10. Maria Tunku Sabri – 55.48%

Naqiu Jadi Juri Jemputan Minggu Ketiga

Program realiti nyanyian itu dihoskan oleh Raja Azura bersama Keanu Azman selaku pengacara utama, manakala kerusi juri tetap menampilkan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU.

KE Selebriti: Zila Bakarin Unggul Dengan 79.26%, Maria Tunku Sabri Di Tangga Terakhir, Namun Penyingkiran Masih Belum Diumumkan

KE Selebriti: Zila Bakarin Unggul Dengan 79.26%, Maria Tunku Sabri Di Tangga Terakhir, Namun Penyingkiran Masih Belum Diumumkan

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Bagi minggu ketiga, juara Gegar Vaganza musim keenam iaitu penyanyi Naqiu, diundang sebagai juri jemputan.

Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan oleh panel juri profesional, manakala baki 20 peratus lagi diperoleh menerusi undian penonton secara dalam talian.

KES 2026 Bersiaran Selama Tujuh Minggu

Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Saksikan LIVE Kilauan Emas Selebriti, mulai 22 Ogos 2026, setiap Sabtu, 9 malam dengan melanggani Astro X3 atau aplikasi Sooka #KilauanEmasSelebriti #MHnews #MediaHiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Raja Azura Niat Bekerja Demi Cari Rezeki & Besarkan Anak-Anak, Maafkan...

Pengacara dan pelakon Raja Azura, atau lebih mesra disapa Kak Engku, memaklumkan dia sudah memaafkan mana-mana pihak yang mengkritik serta melemparkan komen berbaur negatif terhadap dirinya di media sosial susulan isu pengacaraan pada minggu pertama program realiti Kilauan Emas Selebriti (KES) sebelum ini.