
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan tampil memberikan reaksi susulan kenyataan seorang individu yang menyifatkan dirinya sebagai antara artis tempatan yang tidak mempunyai bakat sebagai penyanyi.
Mengulas mengenai perkara itu, Elizabeth mengakui dirinya tidak mempunyai kehebatan seperti penyanyi-penyanyi lain.
Namun, pada masa sama, dia merasakan suara yang dimiliki mempunyai keunikan tersendiri dan menjadi identiti dalam perjalanan seninya.

“Saya rasa tone suara saya mungkin unik sikit. Cuma saya memang tak pandai nyanyi sangatlah,” tulisnya.
Perkara itu disuarakan oleh penyanyi lagu Knock Knock itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Sedar Kemampuan Diri
Elizabeth yang mesra disapa Lizzy bagaimanapun sedar dengan kemampuan yang dimiliki sehingga memilih untuk tidak terlalu kerap tampil menyanyi.

“Yang penting saya sedar diri sebab itulah saya jarang menyanyi,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyifatkan Elizabeth mempunyai kualiti nyanyian yang tersendiri selain menasihatinya untuk mengabaikan kata-kata negatif.
Antara komen yang ditinggalkan termasuklah;
“Apapun, Lizzie tetap penyanyi kegemaran saya di Malaysia.”
“Knock Knock still a win Lizzy.”
“Lagu-lagu awak semuanya ikonik. Tak mengapa. Saya sangat menikmati bila lagu awak dimainkan.”
Anda mungkin berminat dengan
“Jangan berani kritik Elizabeth Tan ya. Suara dia menyanyi sedap dan unik sangat.”
“Bosanlah kalau suara semua merdunya sama. Saya suka suara Lizzie yang ada kelainan. Meramaikan suara dalam industri.”
Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 17,000 tanda suka dan dihujani ratusan komen.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Threads & Instagram Elizabeth Tan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

