Ads

Elly Mazlein Perjelas Sebab Kurangkan Pengacaraan, Semuanya Demi Nyanyian – “Kalau Merajuk Di Saat-Saat Begini, Nampak Seperti Anak-Anak.”

Elly Mazlein
Elly Mazlein

Artis versatil, Elly Mazlein menafikan dakwaan dirinya merajuk dengan bidang pengacaraan susulan kelibatnya yang dilihat semakin kurang dalam mana-mana program termasuk yang disiarkan di televisyen (TV), sejak akhir-akhir ini.

Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, berkata, dia sengaja memperlahankan kerjaya dalam bidang pengacaraan buat sementara waktu kerana mahu kembali memberi tumpuan kepada bidang nyanyian yang menjadi pembuka laluan kerjayanya dalam industri seni tanah air.

“Minta maaf, kalau merajuk di saat-saat sebegini, nampak seperti anak-anak. Jadi, saya lebih kepada mahu memberi tumpuan kepada bidang nyanyian semula,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Bungaku Bawakali itu berkata demikian pada pelancaran kempen Beli Kain Dapat Emas 2026 anjuran Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Elly yang mesra disapa Kak Lina bagaimanapun menegaskan, dia sama sekali tidak merancang untuk meletakkan noktah terhadap bidang pengacaraan mahupun lakonan.

Bukan Bersara, Cuma Perlahankan Kerjaya

“Sebenarnya, saya bukanlah bersara dalam bidang pengacaraan ataupun lakonan. Cuma saya memperlahankan seketika kerana saya mahu memberi tumpuan kepada bidang nyanyian terlebih dahulu.

“Saya sudah lama tidak mengeluarkan lagu balada seperti Now U Know yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Jadi, saya rasa inilah masa yang paling tepat untuk saya tampil dengan lagu balada.

“Kepada semua peminat yang rindukan saya mengacara atau berlakon di TV, jangan risau,” katanya.

Ads

Elly menambah, dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali aktif sebagai pengacara, namun buat masa ini mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada bidang nyanyian.

“Saya akan muncul semula, tetapi buat masa sekarang saya memperlahankan kerjaya dalam bidang pengacaraan dan lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada nyanyian.

“Saya masih akan menerima tawaran sebagai pengacara untuk acara secara ‘one-off’ yang tidak memerlukan komitmen panjang.

“Kalau membabitkan komitmen yang lama, saya tidak akan ambil. Tetapi kalau ‘one-off’, saya akan pertimbangkan,” katanya lagi.

Ads

Elly Mazlein Perjelas Sebab Kurangkan Pengacaraan, Semuanya Demi Nyanyian - “Kalau Merajuk Di Saat-Saat Begini, Nampak Seperti Anak-Anak.” Elly Mazlein Perjelas Sebab Kurangkan Pengacaraan, Semuanya Demi Nyanyian - “Kalau Merajuk Di Saat-Saat Begini, Nampak Seperti Anak-Anak.” Elly Mazlein Perjelas Sebab Kurangkan Pengacaraan, Semuanya Demi Nyanyian - “Kalau Merajuk Di Saat-Saat Begini, Nampak Seperti Anak-Anak.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/kita-kena-raikan-tanpa-ada-perasaan-iri-hati-elly-mazlein-terbuka-bergandingan-dengan-hos-muda-perjelas-kenyataan-gantung-mikrofon/

Fokus Komitmen Perniagaan & Single Baharu

Dalam pada itu, Elly berkata, dia mahu memberikan perhatian kepada beberapa komitmen lain termasuk kerjasama bersama jenama tekstil, Jakel, selain memberi tumpuan kepada perniagaan serta membuat persiapan menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Ads

“Saya juga mahu memberi perhatian kepada Jakel dan jenama lain kerana kita tidak lama lagi akan menyambut Ramadan dan Hari Raya. Persiapan pun sudah mula dibuat sekarang.

Anda mungkin berminat dengan

“Selain itu, saya juga mahu memberi tumpuan kepada perniagaan saya. Insya-Allah, saya akan keluarkan (produk) tidak lama lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Elly bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Now U Know hasil kerjasama dengan Drama Band.

Menerusi video muzik (MV) yang akan dilancarkan, Elly juga bakal membuatkan kejutan dengan menampilkan beberapa pelakon terkenal di dalam MV tersebut nanti.

“Seronok bila dapat kembali masuk studio dan merakam lagu. Tajuknya pun mudah diingat dan memang ia sebagai antara gimik untuk memperkenalkan lagu ini,”katanya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial ‘Now You Know!’ Buat pertama kali, Elly Mazlein aka Lina Kepom perdengarkan single terbaharunya, takkanlah tidak! Lama tak tengok seorang Elly Mazlein menyanyi… 😍 Lepas rindu gitu. ‘Now You Know’ akan dilancarkan tak lama lagi, tak sabar! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Evertts Gomes Ulas Isu Salah Eja Nama, Akui Emosi Dan Luah...

Pelakon Evertts Gomes tampil memberi penjelasan berhubung satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads, susulan kekeliruan mengenai ejaan namanya yang dikaitkan dengan selebriti antarabangsa, Selena Gomez.