Ads

Zaki Yamani Perjelas Hubungan Dengan Hussain, Nafi Dakwaan Hubungan Tak Baik – “Saya Tetap Sokong Dia.”

Penyanyi Zaki Yamani menegaskan hubungan dengan sepupunya yang juga penyanyi yang kini bersaing dalam program Big Stage Rocketfuel iatu Hussain, berada dalam keadaan baik sekali gus menepis spekulasi yang timbul di media sosial sebelum ini.

Menurut Zaki, dia sememangnya tidak gemar berkongsi hal peribadi kepada umum, namun perkara itu tidak bermaksud hubungan kekeluargaan mereka bermasalah.

Zaki Yamani Perjelas Hubungan Dengan Hussain, Nafi Dakwaan Hubungan Tak Baik - “Saya Tetap Sokong Dia.”

Zaki Yamani Perjelas Hubungan Dengan Hussain, Nafi Dakwaan Hubungan Tak Baik - “Saya Tetap Sokong Dia.”

“Saya dengan Hussain sebenarnya okay sahaja. Saya tetap sokong dia macam saudara sendiri. Cuma saya jenis yang tidak suka hebohkan benda-benda macam ini.

“Walaupun saya tak tunjuk, bukan bermaksud saya tak ambil tahu.

“Saya ada nombor dia, boleh sahaja berhubung. Cuma kebanyakan perkara itu saya buat di belakang tabir.

“Bagi saya, hubungan sebagai saudara itu tak perlu pun nak didedahkan kepada umum. ‘Low profile’ sahaja,” katanya kepada MH.

Zaki berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tiket Sehala yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, pada Rabu.

Ads

Salah Faham Isu Dengan Pak Hayat

Dalam pada itu, penyanyi lagu Aku Ada itu turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia tidak menyapa bapa Hussain, Jamilul Hayat atau lebih mesra disapa Pak Hayat, ketika menghadiri sebuah acara, sebelum ini.

Zaki Yamani Perjelas Hubungan Dengan Hussain, Nafi Dakwaan Hubungan Tak Baik - “Saya Tetap Sokong Dia.”

Zaki Yamani Perjelas Hubungan Dengan Hussain, Nafi Dakwaan Hubungan Tak Baik - “Saya Tetap Sokong Dia.”

 

 

Ads

“Itu memang salah faham. Saya ada salam Pak Hayat. Malah, saya sempat bertanya kepada dia sama ada sudah makan atau belum. Hubungan saya dengan mereka memang okay sahaja.

“Dia bapa saudara saya. Jadi, Hussain dan saya adalah sepupu. Apa yang diperkatakan di media sosial itu hanyalah spekulasi,” jelasnya lagi.

Hormat Perjalanan Kerjaya Hussain

Mengulas mengenai fenomena yang sedang dikecapi Hussain ketika ini, Zaki menyifatkan kejayaan tersebut sebagai rezeki dan tidak berhasrat untuk mencampuri urusan kerjaya nyanyian sepupunya itu termasuk memberikan nasihat.

Zaki Yamani Perjelas Hubungan Dengan Hussain, Nafi Dakwaan Hubungan Tak Baik - “Saya Tetap Sokong Dia.”

Zaki Yamani Perjelas Hubungan Dengan Hussain, Nafi Dakwaan Hubungan Tak Baik - “Saya Tetap Sokong Dia.”

Ads

“Pada saya, itu adalah rezeki dia dan saya pun ada rezeki sendiri. Kita masing-masing okay.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya rasa tidak perlu untuk saya beri nasihat sebab ayahnya sendiri pun seorang figura hebat dalam industri sebelum ini.

“Biarlah dia lalui perjalanan kerjaya dia sendiri. Saya tetap menyokong,” akhirinya.

Terdahulu, hubungan Zaki dan Hussain menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen selepas tular video yang memaparkan pertemuan di antarq dua bintang muda itu.

Dalam perkembangan lain Zaki kini teruja dan berdebar menantikan tayangan filem terbaharu, Tiket Sehala, yang sekali gus menjadi debut pertamanya dalam dunia lakonan.

Filem terbaharu terbitan Key Billions arahan Rahila Ali itu menggabungkan barisan pelakon tempatan dan antarabangsa lain seperti Sharifah Sakinah, Naufal Samudra, Ha Ju Young serta ramai lagi.

Tiket Sehala dijadualkan menemui penonton secara eksklusif di pawagam bermula 6 Ogos depan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Mungkin Sebelum Ini Saya Tak Bersyukur, Obses Dengan Dunia,” – Berkerusi...

Pelakon Sharifah Sakinah terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda ketika menghadiri tayangan gala filem Tiket Sehala, malam tadi selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh di rumah.