Ads

“Beliau Merupakan Sahabat…,” – Aishah Hampir Mengalah, Kata-Kata Nourul Depp Jadi Suntikan Semangat Jayakan Konsert Solo

Aishah
Aishah

Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah melalui detik paling sukar sehingga hampir berputus asa untuk meneruskan penganjuran konsert solonya, Aishah: 40 Chapters Of Love.

Menurut Aishah, ketika semangatnya mula luntur, kata-kata sokongan daripada rakan artis yang juga penyanyi, Nourul Depp, menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah sekali gus merealisasikan impiannya mengadakan konsert solo tersebut.

“Saya Akan Buktikan Pada Usia 61 Tahun, Saya Masih Boleh Menyanyi”

“Beliau Merupakan Sahabat…,” – Aishah Hampir Mengalah, Kata-Kata Nourul Depp Jadi Suntikan Semangat Jayakan Konsert Solo “Beliau Merupakan Sahabat…,” – Aishah Hampir Mengalah, Kata-Kata Nourul Depp Jadi Suntikan Semangat Jayakan Konsert Solo

“Ketika saya ingin mengadakan konsert, ada sahabat yang datang menyuntik semangat saya. Beliau merupakan sahabat artis yang tidak dapat hadir pada malam ini.

“Beliau juga baru sahaja mengadakan konsert solonya baru-baru ini. Ketika saya sudah berputus asa, beliau memberikan saya kata-kata semangat.

“Ketika itulah, saya sedar yang saya mampu untuk menjayakan konsert ini. Saya akan buktikan kepada mereka, pada usia 61 tahun, saya masih boleh menyanyi lagu-lagu saya sendiri.

“Terima kasih Nourul untuk kata-kata yang baik dan menaikkan semangat saya,” katanya ketika berucap di atas pentas.

Terdahulu, Aishah berjaya menghiburkan hampir 3,000 peminat setia yang hadir menyaksikan konsert Aishah: 40 Chapters Of Love yang berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

“Beliau Merupakan Sahabat…,” – Aishah Hampir Mengalah, Kata-Kata Nourul Depp Jadi Suntikan Semangat Jayakan Konsert Solo

Ads

Konsert istimewa itu secara tidak langsung menjadi penghargaan penuh bermakna terhadap sumbangan seorang ikon yang telah mencorakkan landskap muzik tanah air sepanjang lebih empat dekad.

Pada malam penuh nostalgia itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 61, membawa penonton menelusuri perjalanan karier seninya menerusi rangkaian lagu-lagu hit yang cukup dekat di hati peminat.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/saya-menangis-kami-sudah-kerja-keras-tiket-konsert-disangka-sold-out-tapi-sebaliknya-ini-jelas-aishah/

Peminat Berdiri ‘Sing Along’, Beri Standing Ovation

Antara lagu malar segar yang dipersembahkan ialah Melukut Di Tepi Gantang, Wajah, Kau Sahabat Kekasih Teman dan Camar Yang Pulang.

Ads

“Beliau Merupakan Sahabat…,” – Aishah Hampir Mengalah, Kata-Kata Nourul Depp Jadi Suntikan Semangat Jayakan Konsert Solo

Aishah turut menghiburkan peminat menerusi segmen tradisional dengan membawakan lagu Tari Silat Melayu, Lambaian Nogori dan Bahtera Merdeka.

Suasana dewan turut bertukar hiba apabila beliau menyampaikan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu yang didedikasikan khas buat arwah ibunya.

“Beliau Merupakan Sahabat…,” – Aishah Hampir Mengalah, Kata-Kata Nourul Depp Jadi Suntikan Semangat Jayakan Konsert Solo

Lebih menarik, Aishah membawa penonton mengimbau era bersama kumpulan The Fan Club menerusi lagu rancak Call Me, sekali gus membuatkan sebahagian penonton bangun dan menari bersama.

Ads

Tidak hanya itu, demi memenuhi permintaan peminat, Aishah turut mendendangkan dua lagu raya popularnya iaitu Pulanglah dan Setitis Cahaya Di Aidilfitri.

Anda mungkin berminat dengan

“Beliau Merupakan Sahabat…,” – Aishah Hampir Mengalah, Kata-Kata Nourul Depp Jadi Suntikan Semangat Jayakan Konsert Solo

Konsert Aishah: 40 Chapters Of Love turut diserikan dengan kehadiran artis jemputan, Ara Johari.

Aishah dan Ara menampilkan persembahan bertenaga dengan kualiti vokal yang mantap ketika berduet menerusi lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah.

“Beliau Merupakan Sahabat…,” – Aishah Hampir Mengalah, Kata-Kata Nourul Depp Jadi Suntikan Semangat Jayakan Konsert Solo

Aishah menutup tirai konsertnya dengan lagu popular Janji Manismu, menyaksikan seluruh dewan berdiri dan ‘sing along’ bersama-sama.

Sebaik sahaja konsert melabuhkan tirainya, Aishah menerima standing ovation serta tepukan gemuruh daripada para peminat sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangannya yang tidak ternilai dalam industri muzik tanah air.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Yad-Z

“Saya Sudah Tiada Ibu Dan Ayah,” – Yad-Z Akui Kontroversi Jadi...

Bintang baharu, Yad-Z menyifatkan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi, Hussain sebagai satu proses pembelajaran dalam perjalanan membina nama dalam industri seni.
error: Hello. Cannot.