Ads

“Allah Makbulkan Doa Kita…,” – Selepas 7 Tahun Menanti, Datin Nelydia Senrose Sambut Cahaya Mata Lelaki, Hadiah Terbesar Dalam Hidup

Tahniah diucapkan kepada elakon, Datin Nelydia Senrose yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya iaitu seorang bayi lelaki, pada Ahad.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Datuk Hafez Halimi menerusi satu hantaran di Instagram, pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Hafez meluahkan rasa syukur dan menyifatkan isterinya sebagai wanita kuat selepas menyaksikan sendiri pengorbanan Nelydia sepanjang proses melahirkan putera sulung mereka.

“Wanita Paling Kuat Yang Pernah Saya Kenali”

“Sayangku Nelydia Senrose, semalam, 26 Julai 2026, saya telah menyaksikan wanita paling kuat dan paling indah yang pernah saya kenali.

“Melihat awak bertarung melalui setiap detik kesakitan dan setiap cabaran untuk membawa anak lelaki kita lahir ke dunia dengan selamat adalah sesuatu yang akan saya simpan dalam hati sepanjang hayat saya.

“Awak begitu berani, walaupun ketika segala-galanya tidak mudah. Melihat awak bergelar seorang ibu adalah perkara paling indah yang pernah saya saksikan,” tulisnya.

Hafez turut menzahirkan penghargaan terhadap segala pengorbanan isteri, selain akui detik menyaksikan kelahiran cahaya mata menjadi pengalaman paling bermakna dalam hidupnya.

“Sayang, terima kasih atas setiap pengorbanan yang awak lakukan, setiap titisan air mata, setiap kekuatan yang awak kumpulkan dan setiap degupan jantung yang membawa anak lelaki kita selamat ke dalam pelukan kita.

Ads

“Awak bukan sahaja melahirkan bayi lelaki kita yang begitu indah, tetapi awak juga memberikan saya hadiah terbesar yang tidak pernah saya sangka akan saya terima.

“Hari ini, awak telah melengkapkan keluarga kecil kita,” ujarnya lagi.

“Allah Makbulkan Doa Kita…,” – Selepas 7 Tahun Menanti, Datin Nelydia Senrose Sambut Cahaya Mata Lelaki, Hadiah Terbesar Dalam Hidup “Allah Makbulkan Doa Kita…,” – Selepas 7 Tahun Menanti, Datin Nelydia Senrose Sambut Cahaya Mata Lelaki, Hadiah Terbesar Dalam Hidup “Allah Makbulkan Doa Kita…,” – Selepas 7 Tahun Menanti, Datin Nelydia Senrose Sambut Cahaya Mata Lelaki, Hadiah Terbesar Dalam Hidup

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/doakan-saya-berjaya-hingga-ke-akhir-nelydia-senrose-sebak-kongsi-fasal-kehamilan-percaya-rezeki-allah/

Ads

Syukur Doa Dimakbulkan

Dalam pada itu, Hafez turut melahirkan rasa syukur apabila doa yang dipanjatkan mereka selama ini akhirnya dimakbulkan Allah SWT dengan kehadiran seorang bayi lelaki yang sihat.

“Alhamdulillah sayang, dengan rahmat-Nya yang tidak terhingga, Allah telah memakbulkan setiap doa yang kita bisikkan selama bertahun-tahun.

“Dia mengurniakan kita seorang bayi lelaki yang sihat dan paling penting, Dia menjaga keselamatan kamu berdua.

“Hati saya tidak pernah terasa sebegitu penuh dan saya rasa saya tidak akan pernah menemukan kata-kata yang cukup untuk berterima kasih kepada-Nya atas nikmat ini.

“Terima kasih kerana menjadikan saya suami yang paling bangga, dan kini, ayah yang paling bertuah,” kongsinya lagi.

Ads

Dalam masa sama, Hafez turut berjanji akan sentiasa menyayangi, melindungi dan berada di sisi isteri serta anak mereka dalam apa jua keadaan.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya berjanji akan menghabiskan sisa hidup saya untuk menyayangi awak, melindungi awak, dan sentiasa berada di sisi awak dalam setiap kegembiraan mahupun cabaran.

“Anak lelaki kita sangat bertuah kerana memiliki awak sebagai ibunya, dan saya lebih bertuah kerana dapat memanggil awak sebagai isteri saya.

“Saya mencintai awak lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih kerana memberikan saya keluarga yang selama ini saya doakan,” ujarnya.

Untuk rekod, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Fasha Sandha Pegang Prinsip ‘Never Explain Yourself’, Enggan Layan Kecaman Netizen...

Aktres Fasha Sandha mendedahkan dia lebih senang untuk mengamalkan prinsip ‘never explain yourself’ setiap kali berdepan kecaman atau komen negatif daripada netizen di media...
error: Hello. Cannot.