Ads

“Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium…,” – Misha Omar Tangguh Konsert 25 Tahun, Pilih Raikan Peminat Menerusi Showcase ‘Aku & Lelaki’

Penyanyi Misha Omar mengakui dirinya teruja untuk menjayakan Showcase ‘Aku & Lelaki’, yang disifatkan sebagai satu pendekatan baharu dalam meraikan perjalanan seni yang sudah mencecah lebih dua dekad.

Menurut Misha, dia memilih untuk tampil dengan konsep berbeza bagi memberikan nafas baharu kepada persembahan berkenaan, sekali gus tidak hanya tertumpu kepada lagu-lagu daripada tiga album yang pernah dihasilkannya.

"Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium...," - Misha Omar Tangguh Konsert 25 Tahun, Pilih Raikan Peminat Menerusi Showcase 'Aku & Lelaki'

"Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium...," - Misha Omar Tangguh Konsert 25 Tahun, Pilih Raikan Peminat Menerusi Showcase 'Aku & Lelaki'

“Saya ada tiga buah album, dan kalau diulang-ulang, nanti konsert 25 tahun itu akan jadi bosan.

“Saya memang dikenali sebagai penyanyi yang orang kata memberi nuansa yang baharu.

“Jadi saya rasa walaupun dalam keadaan jerebu begini, kita masih boleh jadi kreatif,” katanya kepada MH.

Misha berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual showcase Misha Omar, Aku & Lelaki di Altus Prohouse Office, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta itu juga tidak menafikan ada barisan penyanyi lelaki tempatan dan antarabangsa yang banyak memberi impak besar dalam perjalanannya sebagai anak seni.

"Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium...," - Misha Omar Tangguh Konsert 25 Tahun, Pilih Raikan Peminat Menerusi Showcase 'Aku & Lelaki'

"Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium...," - Misha Omar Tangguh Konsert 25 Tahun, Pilih Raikan Peminat Menerusi Showcase 'Aku & Lelaki'

“Saya sebenarnya mengagumi ramai penyanyi lelaki.

“Sebelum ini, saya selalu diberikan peluang oleh rakan penyanyi lelaki yang hebat-hebat untuk muncul dalam konsert atau persembahan mereka.

Ads

“Antaranya Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Anuar Zain. Dari negara seberang pula, saya pernah bekerjasama dengan Afgan yang banyak memberi inspirasi.

“Ramai sebenarnya penyanyi lelaki ini yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus berkarya.

“Sebab itu saya pilih seleksi lagu-lagu daripada penyanyi-penyanyi itu untuk dibawakan nanti,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada dia bakal menjemput mana-mana penyanyi lelaki berkenaan untuk membuat penampilan khas dalam showcase itu nanti, ibu kepada tiga cahaya mata termasuk dua anak angkat itu mempunyai jawpaannya sendiri.

“Tiket akan menjadi lebih mahal kalau tambah penyanyi-penyanyi lelaki itu.

“Sekarang ini pun tiket masih belum habis terjual,” selorohnya.

Cabaran Bawa Lagu Lelaki Dalam Versi Misha Omar

Tambah Misha, idea membawakan lagu-lagu nyanyian asal penyanyi lelaki itu turut menjadi satu cabaran buat dirinya sebagai penyanyi wanita.

"Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium...," - Misha Omar Tangguh Konsert 25 Tahun, Pilih Raikan Peminat Menerusi Showcase 'Aku & Lelaki'

“Kita cuba sesuatu yang berbeza kerana kebiasaannya agak sukar untuk penyanyi wanita menyanyikan lagu lelaki.

Ads

“Namun, saya ingin menggalas cabaran tersebut dengan membawakan lagu-lagu berkenaan dalam versi Misha Omar.

“Sebelum ini, di YouTube, setiap kali saya membuat ‘cover’, jumlah tontonan selalunya tinggi.

“Saya melihat ada potensi di situ dan merasakan saya berada di landasan yang betul untuk membawa idea ini.

“Saya tahu, peminat-peminat mahu bertemu saya dan bernostalgia bersama.

“Jadi, apabila mereka mendengar lagu yang sudah biasa didengar, saya berharap ia dapat menjadi satu cabang baharu yang menarik dalam persembahan itu nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Misha menyifatkan showcase berkenaan sebagai satu bentuk penghargaan terhadap perjalanan seninya sepanjang 24 tahun dalam industri muzik.

“Saya rasa ini satu ‘tribute’ yang sangat besar buat saya. Nanti mungkin ada showcase Misha Omar Aku & Wanita pula.

“Apa yang menjadikan ‘rempah ratus’ Misha Omar itu, salah satunya adalah penyanyi lelaki yang banyak beri inspirasi, peluang dan sentuhan, kata-kata dan sebagainya” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Konsert 25 Tahun Ditangguhkan

Sementara itu, Misha turut memaklumkan perancangan untuk mengadakan konsert ulang tahun ke-25 terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

"Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium...," - Misha Omar Tangguh Konsert 25 Tahun, Pilih Raikan Peminat Menerusi Showcase 'Aku & Lelaki'

"Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium...," - Misha Omar Tangguh Konsert 25 Tahun, Pilih Raikan Peminat Menerusi Showcase 'Aku & Lelaki'

“Sepatutnya tahun depan adalah tahun ‘golden moment’ untuk saya sebab genap 25 tahun dalam industri.

“Memang impian saya nak buat di stadium, tetapi tahun depan dijangka banyak agenda lain.

“Saya fikir saya ini kecil sahaja, saya hanya mahu bergembira dengan peminat dan mahukan tahun yang tenang tanpa acara besar.

“Jadi saya ambil keputusan untuk tangguh konsert 25 tahun itu. Insya-Allah panjang umur, kita boleh sambut.

“Buat masa sekarang, saya bersyukur masih dapat berjumpa peminat menerusi showcase nanti,” akhirinya.

Terdahulu, Misha bakal mengadakan sebuah showcase ‘Aku & Lelaki’ sebagai pembuka tirai menuju konsert ulang tahunnya yang ke-25.

Tiket telah mula dijual pada 3 September 2026 yang lalu dan boleh didapati di laman ticket2u.com.

‘Aku & Lelaki Showcase’ bakal berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, pada 24 Oktober depan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Nora Ariffin Minta Cinta Di Akhir Garisan OG & 2.0 Dihargai...

Penyanyi Datuk Nora Ariffin meminta semua pihak agar tidak terus membandingkan lagu Cinta Di Akhir Garisan versi asal dan versi baharu yang dirakamkan kembali.