Ads

Zahnita Wilson Rancang Kembali Aktif Dalam Seni, Syukur Dikurnia Suami Penyayang & Ambil Berat – “Masih Ingat Momen Di Mana Saya Jatuh Hati Dengan Farouk.”

Selepas mendirikan rumah tangga, pelakon dan model, Zahnita Wilson mengakui kehidupannya kini lebih baik dan bahagia apabila dapat menjalani hari-hari mendatang di samping suami tercinta, Farouk Osman.

Menurut Zahnita, Farouk sentiasa memberikan perhatian serta menjaganya dengan penuh kasih sayang sehingga dia kini dapat menikmati kehidupan yang lebih tenang, aman dan membahagiakan.

Zahnita Wilson Rancang Kembali Aktif Dalam Seni, Syukur Dikurnia Suami Penyayang & Ambil Berat - “Masih Ingat Momen Di Mana Saya Jatuh Hati Dengan Farouk.”

“Kehidupannya saya kini sangat baik, gembira, bertenang dan aman damai. Saya mahu berterima kasih kepada suami kerana menjaga saya dengan baik.

“Terima kasih juga kepada mereka di luar sana yang memuji penampilan saya saat ini. Hal ini terjadi disebabkan suami saya. Saya banyak berhutang budi dengan dirinya,” katanya kepada MH.

Zahnita berkata demikian ketika ditemui pada acara Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Masih Dalam Fasa Mengenali Satu Sama Lain

Mengulas lanjut mengenai kehidupan rumah tangga, Zahnita berkata perkahwinan mereka masih di peringkat awal dan terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari bagi memahami antara satu sama lain.

Zahnita Wilson Rancang Kembali Aktif Dalam Seni, Syukur Dikurnia Suami Penyayang & Ambil Berat - “Masih Ingat Momen Di Mana Saya Jatuh Hati Dengan Farouk.”

“Banyak perkara yang kami baru tahu. Usia perkahwinan kami pun baru sahaja. Banyak lagi hal yang perlu kami pelajari tentang satu sama lain.

Ads

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan hidup bersama, sambil kita terus mengenali dan memahami satu sama lain dengan lebih baik setiap hari,” katanyq lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkara yang membuatkan dirinya jatuh hati terhadap Zahnita, Farouk secara berseloroh menyifatkan kemahiran isterinya memasak sebagai antara faktor yang membuatkan dia terpikat.

Zahnita Wilson Rancang Kembali Aktif Dalam Seni, Syukur Dikurnia Suami Penyayang & Ambil Berat - “Masih Ingat Momen Di Mana Saya Jatuh Hati Dengan Farouk.”

“Dia seorang yang pandai masak. Saya suka segala makanan yang dia sediakan. Kalau orang kata berat badan Zahnita semakin naik, begitu juga saya,” kongsinya.

Zahnita turut mengimbas kembali detik awal dia mula menyimpan perasaan terhadap Farouk, apabila suaminya itu pernah meluahkan kata-kata yang cukup menyentuh perasaannya.

Ads

“Saya masih ingat momen di mana saya jatuh hati dengan Farouk. Dia pernah bagitahu saya, sekarang kita sudah bersama dan kita ada satu sama lain. Sudah menjadi tugas saya untuk buat awak gembira.

“Kata-kata itu yang buat hati saya tersentuh dan mula jatuh cinta,” ujarnya.

Teruja Kembali Aktif Dalam Industri Seni

Zahnita Wilson Rancang Kembali Aktif Dalam Seni, Syukur Dikurnia Suami Penyayang & Ambil Berat - “Masih Ingat Momen Di Mana Saya Jatuh Hati Dengan Farouk.”

Beralih kepada perkembangan kerjaya, Zahnita memberitahu dia berhasrat untuk kembali aktif dalam industri seni dengan sokongan penuh daripada suami tercinta.

Menurutnya, Farouk sentiasa memberikan galakan dan mahu melihat dirinya terus berkembang serta mencapai lebih banyak kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya merancang untuk kembali lebih aktif selepas ini. Farouk sentiasa menyokong saya dan mahu lihat saya terus berkembang dan terbang tinggi.

“Disebabkan itu, saya datang ke acara ini. Terima kasih juga kepada majalah Nona. Mereka banyak membantu menaikkan semula kerjaya saya.

“Terima kasih kerana menjadi inspirasi buat saya dan beri saya platform untuk saya jadi seperti hari ini,” akhirinya.

Untuk rekod, Zahnita sah bergelar isteri kepada Farouk pada 26 September lalu menerusi majlis akad nikah yang berlangsung dengan sekali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Terdahulu, Zahnita pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005 sebelum mereka berpisah pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, Zahlia Syawwal dan Abd Zayden Ghouse.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Jauh Lagi Perjalanannya,” – Bella Astillah Masih Menyesuaikan Diri Dengan Kehidupan...

Selepas lebih sebulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengakui dia dan suami yang juga ahli politik, Syed Saddiq, masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.