Ads

Global Station Ambil Tindakan Sewajarnya, Sedia Beri Kerjasama

Syarikat produksi, Global Station tampil mengeluarkan kenyataan rasmi susulan isu dakwaan salah laku serta aspek keselamatan pelakon di lokasi penggambaran drama terbitan mereka.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan pada Rabu, pihak Global Station memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum mengenai dakwaan serta kebimbangan yang dibangkitkan dan memandang serius perkara tersebut.

“Global Station maklum mengenai isu dan kebimbangan yang sedang diperkatakan di media sosial ketika ini.

“Kami memandang serius aspek keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat dalam produksi kami.

“Kami menghargai pihak yang tampil berkongsi, dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perkara ini,” jelas kenyataan yang kongsikan di media sosial.

Ads

Sedang Teliti Situasi, Ambil Langkah Sewajarnya

Dalam pada itu, pihak Global Station turut memaklumkan, pihaknya sedang mengambil langkah yang dirasakan wajar bagi memahami situasi sebenar yang berlaku sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan lanjut secara adil dan bertanggungjawab.

“Kami sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memahami keadaan yang berlaku, dan akan bertindak secara adil dan bertanggungjawab terhadap sebarang perkara di bawah bidang kuasa kami,” jelas kenyataan itu.

Malah, pihak produksi berkenaan turut mengambil maklum mengenai laporan polis yang telah dibuat selain menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Ads

“Kami juga mengambil maklum bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini.

“Sebagai pihak penerbit, kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan bagi membantu sebarang siasatan yang dijalankan,” tulis kenyataan itu lagi.

Seru Orang Ramai Hormati Privasi

Dalam pada itu, Global Station turut meminta orang ramai menghormati privasi semua pihak yang terlibat serta tidak membuat sebarang spekulasi atau mengaitkan isu berkenaan dengan mana-mana individu selagi perkara itu belum menemui penyelesaian.

Ads

“Kami memohon agar orang ramai menghormati privasi semua pihak yang terlibat dan tidak membuat sebarang spekulasi selagi perkara ini belum mendapat penyelesaian.

Anda mungkin berminat dengan

“Kami juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau mengaitkan perkara ini dengan mana-mana individu,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

Sumber & Kredit Foto: Instagram Global Station

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Pija, Sahri & Fatin Is Back! Kembali Warnai Industri Muzik Menerusi...

Bakat seni tidak pernah padam, namun tanpa peluang dan sokongan berterusan, penyanyi berkualiti berisiko dilupakan meskipun pernah mencipta nama serta memiliki kemampuan vokal yang...