Pelakon dan usahawan, Ben Ali, mengimbau detik awal penghijrahannya ke Kuala Lumpur dari kampung halaman di Perlis ketika usianya baru mencecah 16 tahun.
Menurut Ben, pada waktu itu dia tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan terpaksa mengharungi kehidupan serba kekurangan demi mencabar diri untuk hidup berdikari.
“Saya ke Kuala Lumpur ketika usia 16 tahun dari Perlis. Cabar diri nak cuba hidup berdikari. Ada ketika terpaksa tidur di cyber cafe dan masjid.
Ads
“Semua masjid di Kuala Lumpur saya pernah tidur sewaktu umur 16 hingga 17 tahun. Pernah juga kena samun di merata tempat. Lepas satu-satu masalah datang kepada saya,” kongsinya.
Kenangan tersebut diceritakan bintang kelahiran program Hero Remaja 2012 itu menerusi sebuah hantaran di Threads, baru-baru ini.
Pahit Getir Kehidupan Membentuk Jati Diri
Jelas Ben lagi, segala kesusahan yang dilalui ketika zaman remaja itu banyak mematangkan dirinya serta mengajar erti kehidupan yang sebenar agar tidak terlalu mendongak ke langit.
Ads
“Dan sekarang 20 tahun kemudian, Alhamdulillah, saya tak menyesal dengan keputusan yang saya buat 20 tahun dahulu. Pengalaman dan kesusahan mengajar saya erti sebenar pahit getir dan realiti kehidupan,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, selepas aktif dalam bidang lakonan, Ben Ali kini turut mengembangkan kerjayanya sebagai penganjur program di bawah jenama Absolut Events & Management.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan sekadar figura televisyen yang dekat di hati masyarakat, malah sinonim dengan nilai positif, pendidikan dan keprihatinan sosial.
Komitmen berterusannya dalam pelbagai inisiatif kemasyarakatan turut menjadikan beliau antara personaliti yang diyakini untuk membawa mesej kesihatan dan kesejahteraan kepada semua orang.
Peranan itu terus diperkukuh apabila beliau melangkah ke tahun keenam sebagai duta jenama Eskayvie, satu kerjasama yang disifatkan lebih daripada sekadar hubungan profesional.
Dalam landskap kesihatan global yang semakin kompleks, keperluan terhadap solusi berteraskan ilmu, sains dan nilai kemanusiaan menjadi semakin kritikal.
Berlandaskan prinsip inilah Eskayvie terusmemperkukuh peranannya sebagai jenama kesihatan yang bukan sekadar berkembang dari sudut perniagaan, namun turut membawa makna serta impak sebenar kepada masyarakat.
Komitmen ini diterjemahkan menerusi penganjuran Eskayvie Grand Annual Dinner 2026 di Hotel Mandarin Oriental, yang menghimpunkan lebih 400 warga kerja, Usahawan Eskayvie Nexus serta rakan strategik pada 24 Januari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie merangkap Doktor Perubatan, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, menegaskan bahawa peranan Eskayvie hari ini melangkaui penghasilan produk, sebaliknya berfungsi sebagai satu ekosistem kesihatan yang bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran dunia moden.
“Dalam realiti hari ini, masyarakat berdepan peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, pencemaran alam sekitar, mikroplastik, virus baharu serta pengambilan makanan ultra-proses.
“Kesedaran gaya hidup sihat sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan yang selamat, berkesan dan boleh dipercayai,” kata Dr Syid.
Dr Syid menambah, jenama kebanggaannya itu dibangunkan berteraskan ilmu, kajian dan integriti profesional.
“Eskayvie bukan sekadar jenama. Kami adalah pasukan profesional yang terdiri daripada doktor, pakar nutrisi dan diet yang komited dalam mendidik masyarakat serta membangunkan formulasi produk kesihatan dan kecantikan berlandaskan sains.
“Misi kami jelas, membantu lebih ramai individu mencapai tahap kesihatan yang optimum dan berdaya tahan untuk masa depan.
“Kejayaan Eskayvie juga tidak diukur melalui angka semata-mata, tetapi melalui perubahan kualiti hidup, keyakinan dan kesejahteraan komuniti yang dibina bersama menerusi ekosistem Nexus,” katanya lagi.
Malah Dr Syid turut menzahirkan rasa syukur atas kerjasama yang terjalin bersama Datuk Aznil Nawawi sebagai duta jenama Eskayvie.
“Alhamdulillah, sudah memasuki tahun keenam kami bersama Pak Nil. Sejak awal, beliau sentiasa memberi sokongan yang konsisten dan dekat dengan masyarakat.
“Hubungan ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu ukhuwah yang kami harap akan terus kekal positif dan berkembang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed, menekankan bahawa Eskayvie secara konsisten memilih untuk bermula dengan anak-anak, kerana di situlah masa depan ummah dibentuk.
Menurut Dr Kartika, potensi anak bukan sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya perlu dibina hari ini melalui nutrisi, sokongan dan kesedaran yang betul.
“Jenama kami turut memperkenalkan OWI, maskot rasmi kempen yang berfungsi sebagai simbol potensi anak-anak serta medium komunikasi yang lebih mesra untuk menyampaikan mesej nutrisi dan perkembangan minda kepada kanak-kanak dan ibu bapa.
“OWI bukan sekadar maskot. Ia adalah simbol kepada potensi yang sedang menunggu untuk diserlahkan dengan sokongan yang betul, pada masa yang tepat,” kata Dr Kartika.
Majlis sama turut menyaksikan penyampaian Hadiah Utama Honda City 1.5V kepada pemenang Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2025, sebagai tanda penghargaan kepada sokongan berterusan pengguna.
Kempen yang berlangsung dari Februari 2024 hingga Disember 2025 ini mencatatkan lebih 350,000 penyertaan, dengan nilai keseluruhan hadiah melebihi RM300,000.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penganjur Havoc Festival terus komited dalam memanfaatkan platform mereka bagi membantu orang ramai termasuk para selebriti untuk menceburi bidang bisnes.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Festival, Datuk Firdaus Nadxaman akui terkilan dengan sikap segelintir selebriti yang didakwa sanggup menjual tapak yang telah dikhaskan buat mereka kepada orang lain demi mendapatkan wang mudah.
“Alhamdulillah daripada tahun 2019 sehingga 2025, hubungan kami dengan para selebriti sangat baik. Kami juga membantu para selebriti barniaga daripada kosong sehinggalah mereka jadi usahawan berjaya.
“Antara artis yang kami kerjasama seperti Fad Bocey, Shajiry, Syura dan Ojen Aiwah. Kami juga pernah dicop sebagai penganjur yang memilih artis.
“Namun, dalam setiap event, kami ada peruntukan untuk usahawan selebriti dan peniaga biasa. Kami juga perlu jual tapak untuk menampung kos dan keuntungan program.
“Kami pernah bagi peluang kepada artis veteran berniaga di Havoc Festival tapi ada yang difahamkan menjual tapak kepada orang lain untuk dapat wang mudah.
“Kami tak bercerita pun tapi itu kali pertama dan terakhir kita berurusan,” katanya kepada MH.
Firdaus berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Selangor Havoc Raya Fest 2.0 yang berlangsung di Setia City Convention Center, Setia Alam, baru-baru ini.
Selangor Havoc Raya Fest 2.0 bakal berlangsung selama 96 jam tanpa henti di Hall 1 dan 2, Setia City Convention Center bermula 12 hingga 16 Mac depan.
Dalam masa sama, Firdaus turut mengulas keluhan segelintir netizen yang menganggap harga-harga makanan yang dijual di acara food festival ini sebagai mahal dan cekik darah.
“Kami antara pelopor yang menggerakkan industri festival makanan ini. Walaupun penganjur majlis sudah semakin ramai namun, kami tetap berpegang kepada prinsip membantu usahawan.
“Bunyinya mungkin klise tapi inilah fokus utama kami. Setiap tahun kami cuba perbaiki program kami. Dalam tempoh lima bulan, kami akan menjelajah ke satu Malaysia.
“Kebanyakannya kami akan jelajah ke tempat yang sama. Setiap kali kami kembali semula, harga permit akan naik. Hal permit ini melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Pemilik tapak juga akan naikkan harga. Kenaikkannya bukan 10 atau 15 peratus tapi ada yang mencecah sehingga 60 peratus daripada harga sebelumnya.
“Kita sudah ada data dan budget mengikut program sebelum ini tapi bila kita buat kira-kira, pada hari permohonan permit, jumlahnya berbeza. Permit sahaja sudah mencecah puluhan ribu. Kita belum cerita soal tapak lagi,” katanya.
Sementara itu, Firdaus turut memaklum pihak Havoc sentiasa memantau kualiti dan harga-harga yang ditetapkan oleh pihak vendor untuk produk-produk jualan mereka.
“Dengan harga permit dan kos yang semakin meningkat, kami juga faham runguntan ini. Namun, bagi Havoc sendiri, kami mengutamakan gaya hidup, vibe, momen dan memori kepada pengunjung.
“Artis-artis yang kita panggil pun bukan tangkap muat sahaja. Ini yang pengunjung tidak faham. Itu semua mereka tak perlu bayar. Ada sahaja makanan murah yang dijual di Havoc Festival.
“Kami sentiasa mengawal selia harga makanan. Sebelum bermula program, kami akan adakan brainstorm dengan para vendor untuk kita bincang hal-hal seperti ini,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira dua bulan mendirikan rumah tangga.
Menurut laporan CNN Indonesia, permohonan cerai itu telah didaftarkan di Pengadilan Agama Tigaraksa pada 20 Januari lalu, sekali gus mencetuskan perhatian ramai memandangkan pasangan berkenaan baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 15 November 2025.
Difahamkan, prosiding sebutan pertama kes berkenaan telah berlangsung pada 27 Januari, namun butiran terperinci berkaitan punca perceraian masih belum didedahkan kepada umum. Pihak mahkamah setakat ini mengesahkan pendaftaran kes tersebut tanpa mengulas lanjut kandungan gugatan.
Sementara itu, pihak Rully Anggi Akbar melalui wakil peguamnya memilih untuk tidak mengulas mengenai permohonan cerai berkenaan.
Media tempatan melaporkan tumpuan pihak peguam ketika ini lebih terarah kepada urusan undang-undang lain yang sedang dihadapi Rully, yang tidak berkaitan secara langsung dengan kes perceraian tersebut.
Perkembangan terbaharu ini mengejutkan peminat dan pengikut industri hiburan Indonesia, apatah lagi perkahwinan Boiyen sebelum ini dilihat berlangsung dalam suasana meriah serta mendapat liputan meluas media.
Bagaimanapun, sehingga kini Boiyen juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung keputusannya untuk menamatkan perkahwinan berkenaan. Kes berkenaan dijangka akan diteruskan dengan prosiding seterusnya dalam masa terdekat, bergantung kepada ketetapan pihak mahkamah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur malam tadi bukan sahaja bergema dengan persembahan hebat penyanyi Shila Amzah, malah turut menjadi pentas penuh emosi yang...