Ads

“Kalau Tanya Sebabnya, Saya Pun Tak Tahu…,” – Zarul Hormat Keputusan Rakan Podcast Keluar Dari ‘Borak Dalam Galley’

Penyanyi, Zarul Umbrella akui turut terkejut apabila rakan pengacara, CK Faizal membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada program audio siar (podcast), Borak Dalam Galley (BDG), baru-baru ini.

Menurut Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, CK difahamkan telah menghantar notis berhenti dalam tempoh 24 jam selepas mereka selesai menjalani penggambaran episod khas Hari Raya.

Semua Terkejut

“Semua pihak memang terkejut dengan keputusan itu. Sebelum itu, kami ada menjalani penggambaran untuk episod Hari Raya.

“Selepas itu, tiba-tiba dia beri notis 24 jam. Saya pun terkejut. Namun, bila difikirkan semula, mungkin dia merasakan dirinya sudah terlalu lama dengan program podcast ini. Sampai orang ingat tiada job lain,” katanya kepada MH.

Zarul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Seribu Rahmat Umbrella yang berlangsung di Ideas Hotel pada Khamis.

Ads

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ramalan Ku Benar Belaka itu memaklumkan dia sendiri tidak mengetahui sebab sebenar CK memilih untuk meninggalkan program tersebut.

“Kalau nak tanya sebab yang sebenarnya, saya  pun tahu. Hanya CK yang boleh menjawab. Saya hormat keputusan dia.

“Saya teruskan sahaja program podcast ini dengan apa yang ada. Saya jalan sahaja,” ujarnya lagi.

Ads

Nafi Ada Isu

Pada masa sama, Zarul turut menafikan dakwaan kononnya mereka berdua mempunyai masalah atau berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan CK mengambil keputusan untuk berundur.

“Kami okay sahaja. Baru dua hari lepas kami berjumpa. Kami sempat bergurau lagi. Tiada sebarang pergaduhan atau isu yang timbul.

“Saya sayangkan dia. Disebabkan kehadiran CK juga, podcast BDG dikenali. Saya tidak akan lupa perkara itu,” akhirinya.

Ads

Terdahulu, pada 21 Mac lalu, CK atau nama sebenarnya, Che Kamarul Faizal Che Kamaruddin mengumumkan pengundurannya daripada BDG selepas tiga tahun menjadi sebagai pengacara bersama menerusi hantaran di Instagram.

Anda mungkin berminat dengan

Keputusan tersebut nyata mengejutkan ramai pihak, terutama peminat setia program audio siar berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Sebaik-Baik Manusia Ialah Yang Belajar Al-Quran,” – PU Riz Ajak Orang...

Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengajak masyarakat untuk hadir ke program Quranic Madani - Night Reset: Bersatu...
error: Hello. Cannot.