
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya didakwa menjadi antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media sosial.
Menurut Aliff, situasi itu kini semakin membimbangkan apabila ada scammer mulai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan video serta audio palsu yang menyerupai dirinya secara realistik.
“Muka saya memang antara yang paling banyak digunakan untuk tujuan scam di media sosial. Sekarang lagi bahaya sebab mereka sudah mula guna AI untuk tiru suara dan wajah saya dengan sangat realistik.
“Mereka buat video seolah-olah saya sendiri yang bercakap dan mengajak orang beli produk tertentu, padahal semuanya palsu. Saya risau ramai orang terutama golongan yang kurang faham teknologi akan mudah terpedaya,” katanya.
Risau Ramai Jadi Mangsa Penipuan
Pelakon filem Badang itu turut menambah, dia tampil memberi penjelasan kerana tidak mahu lebih ramai peminat menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit.
“Saya bukan cakap benda ini untuk publisiti. Saya cuma mahu orang lebih berhati-hati dan hanya membeli melalui platform rasmi sahaja.
“Kalau tengok iklan terlalu bagus sampai tak masuk akal, kena semak betul-betul dulu. Ada yang sanggup gunakan nama dan muka saya untuk tipu orang,” katanya lagi.
Malah dakwa Aliff lagi, terdapat juga mangsa yang terpedaya selepas melihat iklan palsu menggunakan teknologi AI sebelum menerima barang yang langsung tidak sama seperti dijanjikan.
“Ada yang beli sebab nampak muka saya dalam video AI. Bila barang sampai, bukan produk sebenar pun. Ada yang dapat kertas, lampin bayi dan macam-macam lagi.
“Paling teruk bila ada yang gunakan nama saya untuk cabutan bertuah palsu dan minta deposit ratusan ringgit. Saya sudah buat laporan polis, tetapi bila melibatkan sindiket luar negara seperti Vietnam dan China, agak sukar untuk diambil tindakan,” katanya.


Lihat Artikel Berkaitan; https://www.mediahiburan.my/saya-ingat-orang-dah-bencikan-saya-terima-rezeki-rm40000-hasil-jualan-bersama-aliff-syukri-azar-azmi-mahu-segera-langsai-hutang/
Lancar Kempen Mega, Nilainya RM300,000!
Dalam perkembangan sama, Aliff turut mengumumkan kerjasama pertama antara Dherbs Holdings dan GNI Pharma menerusi kempen Jualan Mega Terlajak Raya Aidiladha yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM300,000.
Menurut Aliff, kempen tersebut dianjurkan bukan sahaja sempena sambutan Aidiladha, malah sebagai usaha memastikan pelanggan membuat pembelian melalui saluran rasmi yang lebih selamat.
“Daripada orang tertipu dengan scammer, lebih baik sertai kempen rasmi ini. Saya mahu kongsi rezeki dengan pelanggan yang sentiasa menyokong saya selama ini.
“Belum pernah lagi kami tawarkan hadiah sebesar ini. Ada hadiah tunai, pakej umrah dan juga percutian,” katanya.
Kempen yang berlangsung dari 21 hingga 25 Mei itu turut memperkenalkan produk baharu Sabun Blue Peptide yang dihasilkan khusus untuk golongan berusia 30 tahun ke atas.
Menurut Aliff, produk berkenaan diformulasikan bagi membantu penjagaan kulit badan terutama buat mereka yang berdepan masalah kulit kusam, kering dan kurang anjal apabila usia semakin meningkat.
“Blue Peptide ini bukan sabun biasa. Ia membantu menyokong keanjalan kulit dan kolagen supaya kulit nampak lebih sihat dan segar.
Anda mungkin berminat dengan
“Sebab itu saya anggap ia sebagai produk penjagaan kulit badan premium dengan formulasi yang lebih berkualiti,” katanya lagi.
Antara hadiah yang ditawarkan menerusi kempen tersebut termasuk RM100,000 tunai untuk seorang pemenang utama, hadiah pembeli terpantas, pakej umrah bersama Aliff serta pakej percutian.
Pelanggan boleh menyertai kempen berkenaan dengan mendaftar menerusi waiting list dan membuat pembelian melalui pautan rasmi yang akan diberikan dalam saluran WhatsApp rasmi kempen.
Dalam pada itu, Aliff turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat transaksi menerusi akaun peribadi atau pautan tidak rasmi.
“Kalau bukan daripada media sosial rasmi saya atau GNI Pharma, jangan mudah percaya. Pembelian yang sah hanya melalui pautan rasmi yang diberikan dalam WhatsApp channel rasmi kami.
“Sebab itulah saya menjelaskan mengenai perkara ini sebab saya tidak mahu ada pembeli yang tertipu bila keluar kempen yang berkaitan sebab ia hanya akan dibuat menerusi satu laman sahaja iaitu Facebook ini, bukan di mana-mana platform lain,” tegas Aliff.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

