Ads

“Membenci Anak 13 Tahun Seolah Dia Melakukan Jenayah…,” – Ada Netizen Kecam Ammara, Eira Syazira Terkilan

Pelakon Eira Syazira terkilan dengan sikap segelintir pihak yang mengecam anaknya, Ammara Sofea Rose susulan prestasi persembahan pada saingan minggu ketiga Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), Ahad lalu.

Menurut Eira atau nama sebenarnya, Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, anak sulungnya itu kini sedang menyesuaikan diri untuk mencari keberanian dan pengalaman untuk berkembang di dalam dunia seni.

“13 tahun, usia di mana seorang anak sedang belajar mengenal dunia, belajar jadi berani dan mengejar impian.

“Jangan patahkan sayapnya hanya kerana emosi kebencian.

“Cara sesetengah orang menghukum dan membenci anak 13 tahun ini seolah-olah dia telah melakukan kesalahan atau jenayah yang besar.

“Sedangkan dia cuma seorang anak kecil yang sedang cuba mencari keberanian, pengalaman dan ruang untuk berkembang,” tulisnya.

Ads

Luahan itu dikongsikan oleh isteri kepada penyampai radio, Azad Jazmin itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Pohon Lebih Berhemah

Dalam masa sama, Eira turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika melontarkan pandangan di media sosial.

“Membenci Anak 13 Tahun Seolah Dia Melakukan Jenayah…,” – Ada Netizen Kecam Ammara, Eira Syazira Terkilan “Membenci Anak 13 Tahun Seolah Dia Melakukan Jenayah…,” – Ada Netizen Kecam Ammara, Eira Syazira Terkilan

“Biarkan dia terbang, belajar dan membesar menjadi versi terbaik dirinya. Kritik boleh, tapi janganlah sampai hilang rasa kemanusiaan.

Ads

“Kadang kita ni lupa untuk memanusiakan manusia. Terlalu sibuk menghakimi, menyindir dan mencari salah orang lain, hingga lupa diri sendiri juga manusia, penuh kekurangan dan tidak sempurna,” kongsinya lagi.

Menerusi hantaran sama, Eira turut berkongsi komen-komen melampau netizen yang kurang senang dengan prestasi semasa Ammara di program berkenaan.

Ada diantara mereka yang merasakan Ammara sepatutnya menjadi peserta pertama yang tersingkir dan bukannya Althea.

Ads

“Membenci Anak 13 Tahun Seolah Dia Melakukan Jenayah…,” – Ada Netizen Kecam Ammara, Eira Syazira Terkilan “Membenci Anak 13 Tahun Seolah Dia Melakukan Jenayah…,” – Ada Netizen Kecam Ammara, Eira Syazira Terkilan

Anda mungkin berminat dengan

Menerusi TTMM2, Ammara menyertai program tersebut bersama bapanya, Azad Jasmin selaku pengurusnya.

Minggu lalu, Althea dan Nana Mahazan diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir bagi musim kali ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber: Instagram Eira Syazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Dari Trimester Pertama Air Ketuban Kurang, Bayi Melintang,” – Indah Ruhaila...

Penyanyi Indah Ruhaila berkongsi perkembangan keadaan dirinya saat ini selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 11 April lalu.
error: Hello. Cannot.