
Persoalannya kini bukan lagi siapa bakal menjulang trofi Premier League (PL) musim 2025/26, sebaliknya sejauh mana Arsenal mampu meraikan status mereka sebagai juara baharu liga Inggeris musim ini.
Selepas sekian lama menanti, skuad The Gunners akhirnya berjaya menamatkan dominasi Manchester City sekali gus mengubat kekecewaan penyokong yang sebelum ini beberapa kali terlepas gelaran di penghujung musim.

Kejayaan Arsenal mengesahkan kejuaraan lebih awal nyata menjadikan aksi terakhir liga kali ini lebih kepada pesta kemenangan buat para penyokong mereka.
Dalam masa sama, Manchester City pula pastinya mahu menutup kempen musim ini dengan kemenangan sebagai hadiah perpisahan buat pengurus legenda mereka, Pep Guardiola yang dilaporkan bakal meninggalkan kelab selepas 10 tahun menabur bakti.

Aksi terakhir EPL tetap dijangka berlangsung penuh sengit apabila kedua-dua pasukan mahu menghadiahkan penutup terbaik buat penyokong masing-masing.

Bersempena detik bersejarah itu, Astro tampil membawakan acara khas Astro BizOne Watch Party buat peminat bola sepak di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang bagi meraikan aksi penutup EPL musim ini dalam suasana lebih meriah.
Menariknya, para penyokong Arsenal kini boleh hadir meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka sambil menyaksikan aksi Crystal Palace menentang Arsenal secara langsung bersama komuniti peminat lain.
Astro BizOne Watch Party bukan sekadar lokasi untuk menonton bola sepak, sebaliknya menawarkan pengalaman tontonan secara kolektif yang menjadikan setiap detik perlawanan terasa lebih hidup dan penuh emosi.
Watch Party Di Tiga Lokasi Utama
Di Lembah Klang, sesi watch party akan berlangsung di Sideline dengan tayangan aksi Manchester City menentang Aston Villa.

Sementara itu, penyokong Arsenal pula boleh menyaksikan perlawanan menentang Crystal Palace di Big Ben’s serta Pickle by The Sea.

Kesemua acara dijadualkan bermula seawal jam 10 malam sebelum sepak mula rasmi pada jam 11 malam.
Baca Artikel Lain;
Anda mungkin berminat dengan
Astro BizOne Bantu Tarik Pelanggan Ke Premis Perniagaan
Acara seperti ini juga dilihat sebagai platform terbaik buat pemilik restoran, kafe, kedai mamak, lounge dan pusat hiburan untuk memahami bagaimana Astro BizOne mampu membantu menarik lebih ramai pelanggan menerusi tayangan sukan premium yang sah serta berkualiti tinggi.
Dengan langganan Astro BizOne, pemilik premis berupaya menawarkan pengalaman tontonan yang lebih selesa dan profesional kepada pelanggan, khususnya ketika berlangsungnya acara sukan besar seperti Premier League, UEFA Champions League dan pelbagai kejohanan antarabangsa lain.
Selain menyediakan akses kepada kandungan sukan premium, Astro BizOne turut membantu meningkatkan daya tarikan sesebuah premis perniagaan sekali gus membuka peluang kepada pengusaha untuk menjana lebih ramai pelanggan setia terutama pada hari-hari perlawanan besar.
Dalam masa sama, acara watch party ini dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak yang mahu merasai sendiri debaran aksi penentuan juara liga bersama penyokong lain dalam suasana penuh energi dan semangat kesukanan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

