Ads

“Biarlah Testosteron Rendah Sekalipun, Cukup Adab Dengan Makanan Di Tahap Tertinggi,” – Ojen Aiwahhh

Usahawan dan pempengaruh, Ojen Aiwahhh kembali menjadi perhatian apabila tercetus perang mulut di platform Thread melibatkan dirinya dan atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali.

Kontroversi itu mula tercetus selepas atlet yang mesra disapa Jojo itu muncul dalam sebuah podcast dan mendakwa kunafa sebagai makanan ‘sampah’ kerana kandungannya yang dianggap tidak sihat.

Walaupun kenyataan tersebut dibuat secara umum, ada di antara netizen yang mula mengaitkannya dengan jenama Kunafa Aiwahhh milik Ojen atau nama sebenarnya, Zayn Rosli.

Menurut Ojen, dia mengakui berasa penat dan kecewa sepanjang hari memikirkan kontroversi terbaharu yang melandanya itu.

“Apa lagi yang tak kena? Ada saja yang tak puas hati dengan saya dan jenama Kunafa Aiwahhh. Terbaharu, Jojo pula boleh keluar kenyataan berunsur ‘ragebait’ atau umpan kemarahan serta provokasi dengan melabelkan kunafa sebagai makanan sampah.

“Tambah pula hari ini semua umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala sempena Hari Arafah. Esok pun kita nak sambut Hari Raya Aidiladha. Tapi kecoh pula dengan benda yang tak perlu,” katanya.

“Kalau Tak Suka Pun, Jangan Cela Makanan”

Ojen menambah, dia juga tidak kisah jika ada yang menyifatkan kunafa sebagai manisan yang tidak sihat, namun terkilan apabila makanan itu dilabel sebagai ‘sampah’.

“Kalau tak suka kunafa sekalipun, dia (Jojo) boleh cakap baik-baik dan jangan sewenang-wenang melabel sampah terhadap makanan termasuklah kunafa.

Ads

“Paling tidak pun janganlah cela makanan. Ia sumber makanan untuk yang meminati kunafa. Ia juga rezeki buat saya serta staf yang mencari rezeki dengan berniaga kunafa.

“Jojo juga sebenarnya ada menghantar mesej langsung ke akaun media sosial milik Saya dengan menulis kunafa semuanya sampah,” katanya.

Malah, Ojen mendakwa Jojo turut menyentuh soal perwatakannya, menyifatkan dirinya mempunyai testosteron rendah.

“Dia siap tulis biarlah ‘rate’ atau kadar bayaran dirinya rendah selepas tewas dalam kejohanan baru-baru ini daripada memiliki testosteron rendah.

“Saya balas balik kepadanya dengan menulis, biarlah testosteron rendah sekalipun, cukup adab dengan makanan di tahap tertinggi.

Ads

“Dalam Islam sendiri tak tekankan soal testosteron tinggi atau rendah. Kalau nak dipandang tinggi, tinggikan adab bukannya ego. Manusia ada adab. Melayu kaya dengan adab,” katanya.

“Biarlah Testosteron Rendah Sekalipun, Cukup Adab Dengan Makanan Di Tahap Tertinggi,” – Ojen Aiwahhh“Biarlah Testosteron Rendah Sekalipun, Cukup Adab Dengan Makanan Di Tahap Tertinggi,” – Ojen Aiwahhh“Biarlah Testosteron Rendah Sekalipun, Cukup Adab Dengan Makanan Di Tahap Tertinggi,” – Ojen Aiwahhh

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/bila-lagu-kita-sedap-ada-saja-orang-nak-bercakap-ojen-aiwah-all-out-sanggup-belanja-besar-untuk-lagu-raya-gembira-mv-raih-views-tinggi/

Tambah Ojen, Jojo juga didakwa memuat naik poster yang menggambarkan dirinya bakal bertarung Muay Thai dengan usahawan itu.

Ads

“Tentu dia akan menang besar dalam perlawanan itu. Tapi saya tak boleh melihat ‘kekalahan’ saat ada yang melabel sumber rezeki saya sebagai ‘sampah’,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Pernah Tawar Tajaan Kepada Jojo

Dalam pada itu, Ojen turut mendedahkan dia pernah menawarkan tajaan kepada Jojo, namun pelawaan tersebut ditolak kerana tidak sesuai dengan imej atlet berkenaan.

“Tapi hakikatnya, dia pernah mengakui minat dengan kunafa saya dan menjamahnya. Tak kisahlah sekalipun kalau dia tak mahu ditaja jenama kunafa milik saya. Itu hak dia.

“Tapi sekurang-kurangnya hormatlah saya yang pernah menaja lima ‘fighter’ termasuk Kabilan Jelevan. Kabilan sendiri ‘fighter’ yang bernaung di bawah Rentap Muay Thai dimiliki keluarga Jojo.

“Pembabitan saya menaja atlet Muay Thai tempatan dilakukan sebelum ini pun atas dasar mahu membantu dan menyokong arena sukan, bukannya semata-mata mengejar keuntungan.

“Malah saya juga menaja filem aksi Tarung: Unforgiven baru baru ini yang diterbitan Aedy Ashraf. Jadi tak bolehkah Jojo menunjukkan empati dan semangat positif bersama-sama? Dan bukannya menjatuhkan orang lain termasuk saya,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Dia Pergi Waktu Saya Nazak,” – Jal Arya Pernah Koma Akibat...

Dalam tempoh hanya dua hari selepas dilancarkan, lagu Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli terus mencuri perhatian apabila berjaya menembusi carta trending selain tular...
error: Hello. Cannot.