Ads

Bila Kau Dapat Mentua Mafia! Lakonan Zahiril & Siti Hariesa Dalam Siri Terbaru Astro ‘Bapa Mentuaku Mafia’

Zahiril Adzim
Zahiril Adzim

Pernah tak anda terfikir, pada saat menjalani kehidupan yang tenang dan bahagia, tiba-tiba segalanya berubah menjadi kacau bilau hanya kerana berada di tempat dan waktu yang salah?

Itulah situasi yang dialami oleh Ustaz Takdir, watak lakonan Zahiril Adzim menerusi drama terbaharu Astro, Bapa Mentuaku Mafia.

Bila Kau Dapat Mentua Mafia! Lakonan Zahiril & Siti Hariesa Dalam Siri Terbaru Astro ‘Bapa Mentuaku Mafia’

Takdir ialah ustaz muda berpengaruh yang sentiasa berpegang pada prinsip hidup sederhana.

Namun, kehidupannya berubah 180 darjah apabila dia tiba-tiba diculik sebelum dipaksa berkahwin dengan Melissa (Siti Hariesa), anak perempuan kepada ketua mafia berpengaruh bernama Zack (Razak Ahmad).

Bila Kau Dapat Mentua Mafia! Lakonan Zahiril & Siti Hariesa Dalam Siri Terbaru Astro ‘Bapa Mentuaku Mafia’Konflik menjadi semakin huru-hara apabila Takdir diculik hanya beberapa jam sebelum dia sepatutnya melangsungkan pernikahan bersama cinta hatinya, Murni lakonan Auni Yusry, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Bila Kau Dapat Mentua Mafia! Lakonan Zahiril & Siti Hariesa Dalam Siri Terbaru Astro ‘Bapa Mentuaku Mafia’

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/dulu-orang-kata-saya-pendek-tak-kacak-zahiril-adzim-mahu-lebih-ramai-firdaus-karim-dalam-industri-bukti-pelakon-tanpa-pakej-punya-bakat-besar/

Perkahwinan Demi Bersihkan Nama?

Apa yang lebih menarik, perkahwinan tersebut bukan sekadar penyatuan dua individu, tetapi dikatakan sebagai usaha untuk ‘membersihkan’ masa silam keluarga mafia itu sendiri.

Daripada seorang lelaki yang hidupnya tenang, Takdir kini perlu menyesuaikan diri dalam dunia baharu yang penuh rahsia, tekanan serta konflik keluarga, sambil cuba mempertahankan prinsip hidup dan nilai agama yang dipegangnya selama ini.

Ads

Dakwah Santai, Komedi Kekeluargaan Jadi Tarikan

Menariknya, meskipun membawa elemen dakwah, drama ini tidak tampil terlalu ‘berat’ atau bersifat menghakimi.

Sebaliknya, mesej yang ingin disampaikan diterapkan secara lembut menerusi jalan cerita yang ringan dan mudah didekati penonton.

Ads

Bila Kau Dapat Mentua Mafia! Lakonan Zahiril & Siti Hariesa Dalam Siri Terbaru Astro ‘Bapa Mentuaku Mafia’

Anda mungkin berminat dengan

Selain itu, gabungan elemen komedi kekeluargaan, hubungan suami isteri, konflik mertua serta sisi kehidupan keluarga mafia yang tidak terlalu gelap menjadikan drama ini sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan gabungan elemen romantik, kekeluargaan, komedi serta pengajaran yang disampaikan secara santai, Bapa Mentuaku Mafia dilihat berpotensi menjadi antara drama hiburan yang mampu mencuit hati penonton sambil menyampaikan nilai positif menerusi penceritaannya.

Bila Kau Dapat Mentua Mafia! Lakonan Zahiril & Siti Hariesa Dalam Siri Terbaru Astro ‘Bapa Mentuaku Mafia’

Selain Zahiril, drama ini turut dibintangi Razak Ahmad, Siti Hariesa, Auni Yusri, Shweta Sekhon dan Nafiez Zaidi.

Bapa Mentuaku Mafia sudah mula ditayangkan bermula 13 Mei, pada setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam dan boleh distrim menerusi platform Astro One dan sooka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Aedy Ashraf

Aedy Ashraf Syukur Sambutan Luar Biasa Tarung: Unforgiven, Kaut RM10.5 Juta...

Filem aksi tempatan yang sedang hangat menggegarkan pawagam, Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM10.5 juta selepas seminggu ditayangkan.
error: Hello. Cannot.