
Meskipun menerima jemputan untuk menghadiri sesi uji bakat daripada penerbit eksekutif dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina, pelakon Amir Ahnaf berpendapat dirinya masih belum bersedia untuk menggalas watak ikonik, Hang Tuah menerusi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).
Menurut Amir, pada usia yang masih muda, dia merasakan masih banyak perkara yang perlu dipelajari sebagai anak seni sebelum memikul tanggungjawab besar tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan untuk terlibat dalam pementasan itu pada masa akan datang.

“Banyak Lagi Perlu Belajar.”
“Saya mendapat jemputan daripada Puan Sri Tiara. Ketika itu, saya agak sibuk. Saya berjanji akan mencuba pada masa hadapan jika ada rezeki. Saya sendiri pun tak rasa yang watak Tuah itu adalah untuk saya.
“Saya baru 26 tahun. Ada banyak lagi perkara yang perlu saya belajar. Saya rasa belum sampai masanya lagi. Aqasha ialah calon yang sangat sesuai,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran Hero Remaja 2021 itu berkata demikian ketika ditemui di acara tayangan perdana filem The Furious: Pertarungan Maruah yang berlangsung di GSC Mid Valley pada Selasa.
Dalam masa sama, Amir menganggap sokongan netizen yang mencalonkan namanya untuk watak Hang Tuah sebagai satu bentuk kepercayaan, meskipun dirinya masih baru dalam industri seni.

“Saya menganggap komen-komen netizen itu sebagai simbul kepercayaan. Kita tunggu ketika usia saya 30 hingga 35 tahun nanti.
“Pada saya peluang dan kepercayaan akan sentiasa ada jika kita sentiasa mementingkan kualiti kerja. Saya akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti lakonan saya.
“Kalau hati saya kata Hang Tuah itu bukan milik saya, itu bermakna belum sampai masanya lagi,” ujarnya lagi.
Baca Artikel Lain;
Amir Ahnaf Simpan Impian Dukung Watak Hang Tuah
Amir turut mendedahkan, dia sememangnya menyimpan impian untuk membintangi pementasan teater ikonik sejak kecil kerana dunia teater merupakan titik permulaan cintanya terhadap seni lakonan.

Anda mungkin berminat dengan
“Saya lahir daripada dunia teater. Daripada situlah saya jatuh cinta dengan dunia lakonan. InshaAllah kalau ada rezeki, saya akan bawakan watak Tuah itu.
“Bagilah saya matang dahulu. Mungkin 10 tahun lagi. Pada saya, dalam masa 10 tahun, ramai pelakon-pelakon baharu akan dicipta selain pengarah yang betul-betul bercita-cita tinggi.
“Saya sangat suka dengan naskhah PGL. Saya membesar dengan naskhah seperti itu. Sebenarnya saya lebih suka karya ke arah Kemelayuan, folklore dan sejarah kita.
“Karakter-karakter itu memang saya impikan sejak kecil tapi belum sampai masanya lagi,” akhirnya.
Baru-baru ini, menerusi hantaran di Threads, Amir turut tampil memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jemputan menghadiri sesi uji bakat PGLM 2026.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

