
Selain usaha keras yang berterusan, pelakon Amir Ahnaf percaya rezeki dan kedudukan yang diraihnya ketika ini adalah berkat doa ahli keluarga lebih-lebih lagi adik-beradiknya.
Menurut Amir, sebagai anak sulung daripada sembilan orang adik beradik, dia akan memanfaatkan segala perkara baik yang dikurniakan kepadanya untuk memberikan kesenangan kepada keluarga.

“Setelah tamat sekolah, saya hanya bemimpi untuk menyambung pelajaran sahaja. Kemudian, bekerja dan cari duit untuk menjaga ibu ayah dan adik beradik. Tahu-tahu sahaja, saya jadi pelakon.
“Adik beradik saya tak sangka abang sulungnya akan sampai ke tahap ini. Mereka juga bersyukur kerana abang mereka tidak melupakan mereka.
“Sejak sekolah menengah, saya sudah bersekolah di asrama dan kemudian, saya masuk pula ke universiti. Jadi, jarak diantara kami itu agak besar.
“Disebab rezeki saya sekarang inilah saya dapat merapatkan lagi hubungan kami. Saya percaya doa dan harapan adik-adik saya yang membawa saya ke tahap ini. Disebabkan rezeki ini, saya boleh berkongsi dengan mereka,” katanya kepada MH.
Amir berkata berkata sedemikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Tarung: Unforgiven, baru-baru ini.
Terbuka Adik Tunjuk Minat Dalam Seni
Malah Amir turut menambah, salah seorang adiknya juga ada menunjukkan minat untuk bergelar pelakon, namun, Amir terpaksa berkongsi realiti sebenar jika dia benar-benar mahu menceburi bidang seni.

Amir secara berseloroh berkata, persaingan dalam industri akan menjadi lebih sukar sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai wajah seiras dengannya.
“Salah seorang adik saya ada beritahu mereka berminat nak jadi pelakon. Cuma saya dah pesan awal-awal yang menyanyi susah tetapi berlakon lebih sukar.
“Tapi saya tak halang kalau mereka nak hadiri uji bakat, peragaan atau menceburi bidang seni, saya okey saja.
“Cuma, saya beri tamparan realiti kepada mereka bahawa industri hiburan ini memang susah, tambahan pula kalau wajah sama dengan saya, memang mencabar,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Amir mendedahkan adiknya itu pernah mencuba untuk terlibat di dalam filem Kahar: Kapla High Council namun, namanya tidak terpilih.

“Pihak produksi mahukan perkara yang pasti. Perkara yang pasti itu ia melibatkan pengikut dan ‘engagement’ di media sosial. Dahulu, saya tidak punyai jumlah pengikut yang ramai.
“Sebelum terlibat di dalam filem Projek: High Council, saya hanya ada 3,000 pengikut. Untuk Astro percaya muka orang kampung macam saya dan Mierul Aiman untuk bawakan watak utama, ia agak sukar.
“Kita kena harungi juga stigma masyarakat itu,” akhirinya.
Amir yang juga bintang utama Tarung: The Unforgiven arahan Razaisyam Rashid, turut menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Aedy Ashraf, Sharifah Sakinah dan Azira Shafinaz.
Naskhah terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




