Ads

Jadi Pilihan Selebriti & Usahawan, Bantu Ratusan Jenama Capai Jualan Luar Biasa

Pemilik kilang OEM terkemuka di Malaysia, Masha Group terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam kalangan selebriti dan usahawan tempatan apabila berjaya membantu melahirkan ribuan pengasas produk berjaya menerusi ekosistem pembangunan jenama yang komprehensif serta diyakini ramai.

Diasaskan lebih sedekad lalu, Masha Group kini dikenali sebagai antara syarikat OEM paling dipercayai serta menjadi pilihan ramai usahawan dan selebriti tempatan dalam membangunkan jenama sendiri.

Sepanjang tempoh itu, lebih 500 jenama berjaya dihasilkan meliputi produk penjagaan kulit, suplemen kesihatan, kosmetik dan solekan, penjagaan badan serta penjagaan rambut.

Pengasasnya, Enica Foong berkata, kejayaan yang dicapai hari ini bukan diperoleh dalam tempoh singkat, sebaliknya dibina dari bawah dengan visi untuk membantu lebih ramai individu membina empayar perniagaan sendiri.

Menurutnya, Masha Group bukan sekadar sebuah kilang OEM biasa, tetapi sebuah ekosistem lengkap yang membantu usahawan bermula daripada peringkat idea sehingga produk berjaya dipasarkan ke peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Ramai orang ada idea produk yang bagus, tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula terutama dari segi R&D, pengilangan, pensijilan KKM dan pemasaran.

“Sebab itu Masha Group diwujudkan bagi membantu usahawan fokus kepada penjenamaan dan jualan, manakala kami menguruskan segala aspek teknikal sehingga produk benar-benar bersedia untuk dipasarkan,” katanya.

Fokus Kualiti, Formulasi Eksklusif & Pengalaman Pengguna

Tambah Enica, antara kekuatan utama Masha Group ialah pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berpengalaman dalam menghasilkan formulasi eksklusif mengikut identiti dan visi setiap jenama.

Tambahnya lagi, syarikat itu tidak mengamalkan pendekatan formulasi “copy-paste” seperti kebanyakan kilang OEM biasa.

Ads

Sebaliknya, setiap produk dikaji secara teliti berdasarkan sasaran pengguna, fungsi produk dan pengalaman yang ingin dibawa oleh sesebuah jenama.

Katanya, setiap jenama mempunyai identiti tersendiri dan memerlukan pendekatan formulasi yang berbeza bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar berkualiti serta mampu memberi impak jangka panjang kepada pengguna.

“Bagi kami, produk yang berjaya bukan sekadar viral atau sold out sekali, tetapi produk yang pengguna mahu beli semula kerana benar-benar merasai manfaat dan kualitinya.

“Kami percaya OEM bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi membina kepercayaan pengguna melalui formulasi yang dibangunkan dengan teliti dan penuh tanggungjawab,” katanya.

Selain itu, setiap produk turut melalui proses penilaian dari sudut pengalaman pengguna termasuk tekstur, keselesaan penggunaan, bau, penyerapan dan keberkesanan bagi memastikan produk bukan sahaja berkualiti di atas kertas, malah benar-benar memberi pengalaman terbaik kepada pengguna akhir.

Ads

“Kami juga menyediakan MOQ serendah 500 unit bagi memberi peluang kepada usahawan baharu memulakan langkah dalam industri tanpa perlu mengeluarkan modal terlalu besar,” katanya.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/saya-tak-hakimi-mereka-yang-sanggup-berhabis-hak-masing-masing-adira-labur-masa-sebulan-hasilkan-haruman-eksklusif-ajak-peminat-berjimat-beli-minyak-wangi/amp/

Jadi Pilihan Selebriti & Usahawan, Bantu Ratusan Jenama Capai Jualan Luar Biasa

Jadi Pilihan Selebriti & Usahawan, Bantu Ratusan Jenama Capai Jualan Luar Biasa Jadi Pilihan Selebriti & Usahawan, Bantu Ratusan Jenama Capai Jualan Luar Biasa

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Bantu Usahawan Bina Jenama Lebih Profesional

Selain dikenali sebagai OEM halal manufacturer, Masha Group juga beroperasi mengikut piawaian antarabangsa termasuk pensijilan GMP, Halal, HACCP dan MESTI bagi memastikan setiap produk memenuhi standard industri serta keselamatan pengguna.

Dalam masa sama, Enica berkata pihaknya turut menggunakan data pasaran dan analisis trend pengguna termasuk melalui platform digital seperti TikTok bagi memahami perubahan tingkah laku pengguna serta membantu jenama menghasilkan produk yang relevan dengan pasaran semasa.

“Dunia bisnes hari ini bergerak sangat pantas. Kami menggunakan data semasa dan trend pengguna bagi membantu usahawan menghasilkan produk yang tepat mengikut kehendak pasaran semasa.

“Pendekatan ini antara faktor mengapa banyak jenama di bawah Masha Group berjaya mencipta jualan luar biasa dalam tempoh singkat selain mempunyai potensi repeat purchase yang lebih tinggi di kalangan pengguna,” katanya.

Bukan sahaja membantu dari segi pengeluaran produk, Masha Group turut menyediakan sokongan pembungkusan dan penjenamaan bagi meningkatkan nilai sesebuah produk di mata pengguna.

Kini, selepas lebih 10 tahun membina nama dalam industri OEM, Masha Group terus menjadi antara pilihan utama usahawan tempatan yang mahu membina jenama sendiri secara lebih profesional dan sistematik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zul Ariffin

“Saya Hanya Minum, Telan Air Liur, Marah Dan…,” – Zul Ariffin...

Pelakon Zul Ariffin sanggup menjalani rutin diet ekstrem demi mendapatkan bentuk badan ideal untuk membawakan watak Firdaus dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.
error: Hello. Cannot.