Ads

“Mohon Maaf, Khilaf Saya…,” – Ikmal Amry Terima Baik Teguran Isteri, Usaha Perlahankan Aksi Tayang Badan

Pelakon Ikmal Amry mengakui ada menerima teguran daripada isterinya, Najla Shamsul, yang kurang bersetuju dengan tindakannya kerap memuat naik foto dan video tidak berbaju di media sosial, kebelakangan ini.

Menurut Ikmal, sebagai seorang suami, dia menghormati nasihat isterinya itu dan akan cuba memperbaiki kelemahan diri pada masa akan datang.

“Mohon Maaf, Khilaf Saya…,” – Ikmal Amry Terima Baik Teguran Isteri, Usaha Perlahankan Aksi Tayang Badan

“Isteri saya sebenarnya tak okay bila saya buat sebegitu. Selepas berkahwin, ada banyak perkara yang dia nasihatkan saya supaya tak perlu buat.

“Namun, saya pula memang sudah berada di dalam bidang fitness dan lakonan. Kadang-kadang, bila saya di gimnasium, ada kawan-kawan yang ambil video dan kita tak boleh elak.

“Mungkin saya akan perlahankan tindakan seperti itu. Lagipun, sampai bila sahaja saya mampu kekal dengan badan sebegini.

“Mungkin di usia 40 tahun, badan saya sudah tidak seperti ini lagi,” katanya kepada MH.

Bintang Hero Remaja 2017 itu berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan gala filem The Furious: Pertarungan Maruah, baru-baru ini.

Ads

Tuntutan Watak, Ikmal Bukan Mahu Menunjuk

Jelas Ikmal lagi, adegan yang memaparkan dirinya tidak berbaju bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya dilakukan demi memenuhi tuntutan watak dalam lakonan.

“Mohon Maaf, Khilaf Saya…,” – Ikmal Amry Terima Baik Teguran Isteri, Usaha Perlahankan Aksi Tayang Badan

“Saya merasakan industri kita sekarang sudah menuntut kita bergerak ke arah itu.

“Kita ada banyak adegan aksi dan berlawan. Ada sahaja babak yang tidak memerlukan kita membuka baju. Namun dalam filem The Furious, inilah realiti sukan tinju.

“Tengok sahaja mana-mana filem tinju, mana ada pelakon-pelakonnya pakai baju. Tuntutan watak memerlukan saya sebegitu. Kalau babak yang tidak perlu, saya tidak akan buka baju pun,” ujarnya.

Ads

Akui Terima Kecaman, Mohon Maaf

Dalam masa sama, Ikmal turut mengakui hantaran sedemikian membuka ruang kepada segelintir pihak untuk meninggalkan komen negatif terhadap dirinya.

Lantaran itu, bapa kepada dua cahaya mata itu tampil memohon maaf sekiranya tindakannya sebelum ini menyinggung perasaan mana-mana pihak, khususnya peminat.

“Mohon Maaf, Khilaf Saya…,” – Ikmal Amry Terima Baik Teguran Isteri, Usaha Perlahankan Aksi Tayang Badan

“Saya sudah banyak kali terima komen-komen sebegitu. Sejak dari zaman remaja lagi. Apa yang saya tunjukkan di media sosial itu adalah kehendak sendiri.

Ads

“Kalau di dalam filem, saya ikut tuntutan watak. Saya mohon maaf. Itu adalah khilaf saya. Saya akan cuba perbaiki lagi selepas ini,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Menurut Ikmal lagi, selepas menerima pelbagai teguran, dia kini sudah mula mengurangkan aksi membuka baju, terutama ketika menyertai acara sukan seperti Hyrox.

“Mohon Maaf, Khilaf Saya…,” – Ikmal Amry Terima Baik Teguran Isteri, Usaha Perlahankan Aksi Tayang Badan

“Saya sudah sembilan kali menyertai acara sukan Hyrox. Empat edisi saya buat sampai buka baju. Sejak itu, saya dapat banyak teguran.

“Ketika ini, semua acara Hyrox yang saya sertai, saya langsung tak buka baju. Saya merasakan sudah tiba masanya saya perlahankan hal-hal seperti itu.

“Selepas ini, saya akan buat atas tuntutan kerja sahaja,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Itu Hantaran Yang Manis Dan…,” – Anna Jobling Hargai Hubungan Akrab...

Pelakon Anna Jobling menyifatkan hantaran romantis dimuat naik pelakon dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo, bersama dirinya yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini sebagai satu...
error: Hello. Cannot.