
Penyanyi, Danial Kifli akui terkejut apabila dia mendakwa pernah menerima mesej yang bukan-bukan daripada individu yang tidak dikenali.
Menurut Danial atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Danial Kifli, 22, dia pernah menerima gambar alat sulit selain mesej berbaur seks menerusi mesej peribadi dalam media sosial miliknya.
Ambil Pendekatan Tak Melayan
“Memang saya terkejut, rasa takut pun ada. Tak sangka langsung ada orang berani dan tak rasa malu kirim gambar alat sulit mereka. Baik lelaki mahu pun perempuan, mereka tak rasa segan.
“Apa yang buat saya tak boleh hadam hingga terfikir-fikir hingga ke hari ini, bagaimana ada juga individu yang ajak saya buat perkara tak baik dan sanggup taja semua kalau saya setuju.
“Semua ini agak pelik dan janggal sangat. Mengucap panjang saya. Apa pun, saya tak layan mesej-mesej mereka dan buang (delete) terus. Saya tak kata saya ni baik sangat, tapi saya masih ingat Allah,” katanya.
Danial pada masa sama sentiasa mengingatkan dirinya untuk terus perbetulkan niat dalam mencari rezeki.
“Dalam apa jua yang saya lakukan, kita kena sentiasa ingat permulaan kita. Kenapa kita nak berjaya dan untuk apa kita nak berjaya. Apa yang paling penting, sentiasa ingat Yang Maha Esa.
“Macam saya sekarang tinggal dengan ibu. Ayah sudah meninggal dunia seawal usia saya 13 tahun. Oleh itu, saya sentiasa ingat pesan mereka supaya jaga diri dan jauhi kemungkaran,” katanya lagi.
Promosi Lagu & Percaya Rezeki
Berkongsi mengenai kerjaya seni, Danial kini sibuk mempromosi lagu baharunya berjudul Jauh, selepas muncul dengan lagu Permata Istimewa, Pergilah Cinta dan Musnah.
“Lagu Jauh mengisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan dua insan tersayang secara serentak. Itu membuatkan hidupnya jadi kosong, keliru dan sedih sentiasa.
“Lagu ini amat istimewa bagi saya kerana jalan ceritanya yang penuh tersirat. Selain tu, liriknya pun mendalam dan melodinya memang kena dengan jiwa saya.
“Saya tak harap lebih. Cuma berharap agar lagu Jauh dapat menambah impak positif lebih lagi berbanding lagu saya sebelum ini yang berjudul Musnah,” katanya.
Danial juga tidak menafikan namanya kurang dikenali berbanding barisan penyanyi seangkatan.
“Tipulah kalau tidak sedih kerana saya sudah berusaha sehabis baik tetapi hasilnya tak seperti yang saya impikan. Tetapi tidak mengapa, kerana saya percaya rezeki Allah itu ada.
“Lambat atau cepat, rezeki akan datang tepat pada waktunya,” katanya yang turut menyimpan impan untuk bekerjasama dengan Iera Milpan, Fieya Julia dan Dahlia Farhana selepas inil
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI