Penyanyi dan pelakon Taiwan, Barbie Hsu, yang dikenali sebagai “Big S,” telah meninggal dunia pada usia 48 tahun akibat pneumonia yang disebabkan oleh komplikasi influenza.

Berita sedih ini disahkan oleh adiknya, Dee Hsu, yang menyatakan bahawa Barbie meninggal dunia ketika bercuti bersama keluarga di Jepun, dalam satu kenyataan kepada media tempatan.

“Terima kasih kepada semua atas keprihatinan anda! Semasa cuti Tahun Baru, seluruh keluarga kami bercuti ke Jepun. Kakak saya yang tersayang dan penuh kebaikan, Xiyuan, malangnya telah meninggal dunia akibat radang paru-paru berkaitan influenza.

“Saya bersyukur kerana dapat menjadi adiknya dalam kehidupan ini, saling menjaga dan menemani antara satu sama lain. Saya akan sentiasa berterima kasih kepadanya dan merinduinya selama-lamanya.

Ads

“Shan, berehatlah dengan tenang! Sentiasa menyayangimu – Bersama, kita akan mengenangmu selamanya,” kongsi Dee Hsu mengenang pemergian kakak tercintanya.

Pelakon Meteor Garden, Barbie Hsu, Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

Imbas kembali, Barbie Hsu mula dikenali dalam industri hiburan bersama adiknya, Dee Hsu, sebagai sebahagian daripada duo pop S.O.S yang menampilkan genre muzik yang menenangkan dengan latar muzik instrumental.

Ads

Namun, Barbie mula melonjak naik selepas membintangi drama popular Taiwan “Meteor Garden” pada tahun 2001, di mana beliau memainkan watak Dong Shan Cai, sekaligus menjadikannya bintang terkenal di seluruh Asia Timur.

Sepanjang kerjayanya, Barbie membintangi pelbagai drama terkenal seperti “Mars” (2004), “Corner with Love” (2007), dan “Summer’s Desire” (2010). Beliau juga berlakon dalam beberapa filem, antaranya “Connected” (2008) dan “Reign of Assassins” (2010).

Ads

Barbie berkahwin dengan usahawan China, Wang Xiaofei, pada tahun 2010, dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2021.

Kemudian, dia kembali menjalin hubungan dengan teman lamanya, pemuzik Korea Selatan, Koo Jun-yup (DJ Koo), dan mereka berkahwin pada tahun 2022.Perkahwinan terbaharunya ini tidak dikurniakan cahaya mata.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI