
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.
Menurut Mubarak, dia tidak berasa sedih, sebaliknya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menceburi bidang baharu.

“Saya rasa seronok kerana dapat menimba ilmu dalam dunia nyanyian ini. Saya pun tak sangka sebenarnya terpilih untuk masuk ke program ini. Tiba-tiba sahaja saya dipanggil untuk uji bakat dan alhamdulillah, diterima.
“Dari situlah bermulanya saya belajar untuk bergelar penyanyi. Di program ini, ada guru yang mengajar kami tentang vokal dan tarian.
“Saya tak sedih, lagipun saya merasakan nyanyian ini bukanlah bidang saya. Saya tidak berasa apa-apapun. Sebenarnya saya hanya berlakon sahaja di atas pentas itu.
“Saya hanya mencuba semampu saya. Alhamdulillah bertahan sehingga minggu keempat,” katanya kepada MH.
Mubarak berkata sedemikian ketika ditemui selepas tamat konsert minggu keempat KES, baru-baru ini.
Rindu Momen Bersama Rakan-Rakan Peserta
Mubarak berkata, antara perkara yang paling dirindukannya selepas ini sudah tentulah momen bersama rakan-rakan peserta, terutamanya Datuk Jamaluddin Hassan dan Datuk Tamimi Siregar.

“Saya rasa sangat seronok bila dapat berkumpul dengan kawan-kawan di program ini. Saya selalu bergandingan dengan Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Tamimi Siregar di dalam drama.
“Bila kembali dikumpulkan bersama, saya jadi terharu. Saya juga agak sedih kerana selepas ini kami tidak akan dapat bersama lagi di program ini.
“Namun, apa yang boleh kita buat? Ini adalah suratan yang sudah tertulis buat kita,” ujarnya.
Jelasnya lagi, dia juga akur dengan keputusan pihak juri yang lebih arif dalam menilai aspek-apsek persembahan sepanjang bertanding di KES.
Anda mungkin berminat dengan

“Pertandingan ini sudah pun ada jurinya. Mereka ini lebih arif dan tahu siapakah yang layak untuk mara ke peringkat seterusnya. Mungkin setakat ini sahajalah perjalanan saya,” akhirinya.
Terdahulu, Mubarak yang membawakan lagu Berdendang Sayang dilihat belum cukup untuk menambat hati apabila sekadar meraih tempat ke-9 dengan markah 51.59%.
Sementara itu, pelakon Khaty Azian turut diumumkan tersingkir selepas menduduki tangga tercorot dengan markah 48.72%.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

