Ads

Meerqeen Ulas Babak Dukung Hannah Delisha – “Adegan Tersebut Merupakan Permintaan Skrip Dan…”

Pelakon Meerqeen menjelaskan adegan mendukung heroin, Hannah Delisha dalam siri terbaharu, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) dilakukan atas tuntutan skrip dan kehendak pengarah.

Menurut Meerqeen, adegan berkenaan juga mempunyai asas dari sudut logik penceritaan, malah tindakan yang dilakukannya dalam babak tersebut adalah berdasarkan situasi yang dibina dalam jalan cerita.

Meerqeen Ulas Babak Dukung Hannah Delisha - “Adegan Tersebut Merupakan Permintaan Skrip Dan…”

“Adegan tersebut merupakan permintaan skrip dan pengarah. Jika dibahas secara logik, jika hal seperti itu berlaku kepada isteri saya, saya akan buat perkara yang sama.

“Babak itu dijayakan dengan persetujuan antara saya, Hannah dan pengarah. Pada saya, dalam lakonan, semuanya perlu berlandaskan logik.

“Memang kehendak skrip yang memerlukan kami melakukan interaksi sedemikian,” katanya kepada MH.

Bintang Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara sidang media The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) yang berlangsung di TGV, Pavilion Damansara Height, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam masa sama, Meerqeen memaklumkan pelaksanaan babak itu telah pun dibincangkan terlebih dahulu bagi memastikan kedua-dua pihak berada dalam keadaan selesa untuk menjayakannya.

Ads

Meerqeen Ulas Babak Dukung Hannah Delisha - “Adegan Tersebut Merupakan Permintaan Skrip Dan…”

“Itu adalah sebahagian daripada kerja. Saya pun tak kata tindakan saya itu betul juga. Ia dijayakan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Saya juga ada bertanya kepada Hannah, okay ke kalau kita jayakan babak ini? Dia kata okay sahaja. Memang kehendak babak menuntut kami berbuat sedemikian,” ujarnya.

Meerqeen Mahu Babak Tidak Diulang Banyak Kali

Jelas Meerqeen lagi, dia juga perlu mempertimbangkan beberapa aspek sebelum bersetuju untuk melakukan babak berkenaan.

Meerqeen Ulas Babak Dukung Hannah Delisha - “Adegan Tersebut Merupakan Permintaan Skrip Dan…”

Ads

Katanya lagi, dia sebolehnya mahu babak itu tidak dilakukan berulang kali ketika penggambaran.

“Lakonan bukan soal selesa atau tidak. Saya hanya mengikut logik. Saya tak mau wujudkan salah faham. Saya juga ada buat pertimbangan sebelum menjayakan babak itu.

“Sebab itu saya kata kepada pengarah, saya tidak mahu mengulangi babak ini banyak kali ketika penggambaran. Sekali dua sudah mencukupi,” kongsinya lagi.

Ditanya sama ada dia risau dengan reaksi penonton, Meerqeen bagaimanapun mengakui sudah biasa menjadi perhatian setiap kali terlibat dalam sesebuah naskhah, khususnya apabila gandingannya bersama heroin turut menjadi tumpuan.

Meerqeen Ulas Babak Dukung Hannah Delisha - “Adegan Tersebut Merupakan Permintaan Skrip Dan…”

Ads

“Saya tidaklah risau. Saya rasa semua naskhah yang saya terlibat, pasti akan diperkatakan terutamanya tentang saya dan heroin. Saya cuma lebih kepada hati-hati.

Anda mungkin berminat dengan

“Kalau boleh, saya tidak mahu mengganggu momentum dalam lakonan atau perjalanan jalan cerita. Apapun, sebagai pelakon, kita kena bersedia untuk berhadapan dalam apa juga situasi,” akhirinya.

Dalam The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan), Meerqeen membawakan watak Syawal, suami kepada Nerina lakonan Hannah.

Diterbitkan sebanyak 12 episod, siri berkenaan meneroka sisi gelap keluarga, pengkhianatan dan dendam, sekali gus memperkenalkan dimensi baharu dalam penceritaan kandungan original Viu Malaysia.

Selain Meerqeen dan Hannah, siri berkenaan turut dibintangi Caitlin Halderman, Datin Seri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan Amerul Affendi.

The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) mula ditayangkan secara eksklusif di Viu pada 22 September lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Berat Hati Tinggal Anak, Tapi Suami Minta Nak Berdua,” – 15...

Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza berkesempatan bercuti di Turkiye bersama suami tercinta yang juga Norman Hakim, bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.