Ads

KES: Khaty Azian Tak Salahkan Pemuzik, Mungkin Sedikit Terleka & Hilang Fokus – “Namun, Saya Bangga Dengan Diri Sendiri Kerana…”

Pelakon senior, Khaty Azian menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada apabila perjalanannya dalam program nyanyian realiti, Kilauan Emas Selebriti (KES) terhenti pada saingan konsert minggu keempat, Sabtu lalu.

Menurut Khaty, dia tidak kecewa, sebaliknya bangga dengan kemampuan diri kerana berani melawan rasa takut untuk tampil di pentas berprestij berkenaan.

KES: Khaty Azian Tak Salahkan Pemuzik, Mungkin Sedikit Terleka & Hilang Fokus - “Namun, Saya Bangga Dengan Diri Sendiri Kerana…” KES: Khaty Azian Tak Salahkan Pemuzik, Mungkin Sedikit Terleka & Hilang Fokus - “Namun, Saya Bangga Dengan Diri Sendiri Kerana…”

“Saya tak rasa kecewa kerana gagal di dalam pertandingan ini kerana kerana pada permulaannya, saya memang tak terlalu berani nak masuk ke dalam program ini kerana saya merupakan seorang pelakon.

“Saya setuju pun disebabkan program kebajikan yang mereka tawarkan. Tak mengapalah, biarlah kawan-kawan yang meneruskan program kebajikan itu selepas ini.

“Namun, saya bangga dengan diri sendiri kerana dalam pada tidak berani, saya berjaya berdiri di pentas MBSA itu. Bukan semua orang terpilih,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Opah itu berkata demikian ketika ditemui sejurus saingan KES, Sabtu lalu.

Ads

Akui Hilang Fokus Ketika Persembahan

Berdepan masalah tempo yang akhirnya memberikan impak kepada persembahan, Khaty bagaimanapun menyifatkan kesilapan tersebut berpunca daripada dirinya sendiri kerana hilang fokus.

KES: Khaty Azian Tak Salahkan Pemuzik, Mungkin Sedikit Terleka & Hilang Fokus - “Namun, Saya Bangga Dengan Diri Sendiri Kerana…”

“Saya tidak salahkan pemuzik kerana ini adalah kepakaran mereka. Yang tidak pakar itu adalah saya. Saya tak pandai nak ikut tempo muzik itu.

“Mungkin ketika latihan, saya bersama orang lain. Ketika live, orang lain pula. Mungkin saya sedikit terleka. Kalau saya penyayi profesional, mungkin saya boleh ikut rentak muzik itu.

“Sama juga seperti berlakon. Jika pengarah minta saya menangis, sekelip mata saya boleh buat. Ini bukan bidang saya.

Ads

“Walaupun saya sudah ambil masa untuk belajar, saya tak mampu nak catch up. Dalam ear monitor, bunyinya sangat kompleks dan saya tak dapat cari tempo saya,” ujarnya lagi.

KES: Khaty Azian Tak Salahkan Pemuzik, Mungkin Sedikit Terleka & Hilang Fokus - “Namun, Saya Bangga Dengan Diri Sendiri Kerana…”

Mahu Berehat Sebelum Kembali Berlakon

Sementara itu, Khaty memaklumkan dirinya kini mahu berehat sebelum memulakan semula kerjayanya sebagai pelakon.

KES: Khaty Azian Tak Salahkan Pemuzik, Mungkin Sedikit Terleka & Hilang Fokus - “Namun, Saya Bangga Dengan Diri Sendiri Kerana…” KES: Khaty Azian Tak Salahkan Pemuzik, Mungkin Sedikit Terleka & Hilang Fokus - “Namun, Saya Bangga Dengan Diri Sendiri Kerana…”

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Segalanya sudah tertulis. Lagipun, saya memang sudah boleh merasakan sesuatu. Saya sudah pun bagitahu kepada anak yang saya sangat penat dan kalau tersingkir pun tak mengapa.

“Mungkin tuhan mendengarnya. Masa rehearsal semuanya okay, bila siaran langsung, lain pula jadinya bila ada ramai yang menonton.

“Saya tidak kesal atau marah sesiapa. Saya terima hakikat itu,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Khaty terpaksa meninggalkan pentas KES selepas sekadar meraih markah 48.72% sekali gus berada di kedudukan terendah.

Saingan minggu keempat itu turut menyaksikan kejutan apabila seorang lagi peserta yang juga pelakon veteran, Mubarak Majid, turut diumumkan tersingkir.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Azeva Serius Rakam Lagu Sejurus A. Aida Pulih Daripada Koma &...

Bintang meningkat naik, Azeva Natassha mendedahkan hatinya mula terdetik untuk serius menceburi bidang seni selepas melalui pengalaman mengejutkan apabila ibunya yang juga penerbit, Dato’...