
Selepas menerima sebanyak 600 pencalonan, acara muzik paling berprestij tanah air, Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) kini memasuki fasa seterusnya apabila Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengumumkan senarai ‘Top 5’ bagi kesemua 32 kategori yang dipertandingkan.
Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza terus membuktikan statusnya sebagai antara nama paling berpengaruh dalam industri muzik tempatan apabila mendominasi pencalonan dengan 14 kategori pada malam kemuncak AIM25.
Pencalonan berkenaan merangkumi lapan kategori, daripada pengiktirafan vokal menerusi Vokal Wanita Terbaik, sehinggalah kategori lagu, kolaborasi, album, susunan muzik dan rakaman.


‘Gema Bumantara’ Jadi Nadi Utama
Album Gema Bumantara menjadi antara nadi utama kepada pencapaian berkenaan.
Lagu Kesuma sahaja muncul dalam tiga pencalonan berbeza iaitu Vokal Wanita Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Rakaman Lagu Terbaik, manakala Pesanan Buat Diri turut menyerlah menerusi Lagu Tradisional Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Rakaman Lagu Terbaik.
Sementara itu, penyanyi dan komposer, Aisha Retno terus mencipta sensasi apabila meraih lapan pencalonan, manakala Mimi Fly pula menerima enam pencalonan.
Dalam masa sama, penyanyi dan komposer Hael Husaini turut berada dalam radar menerusi lima pencalonan, sekali gus mengukuhkan lagi persaingan sengit dalam edisi Jubli Perak AIM25 kali ini.
Dalam pada itu, kumpulan yang semakin meningkat naik, ALPHA turut mencuri perhatian apabila mengumpul empat pencalonan, sekali gus membuktikan kehadiran mereka semakin mendapat tempat dalam industri muzik tempatan.
Baca Artikel Lain;

AIM25 Catat Sejarah Di Sarawak
Calon Lima Akhir (Top 5) telah dipilih menerusi proses penjurian yang menyeluruh oleh barisan panel pengamal dan pakar industri muzik yang berkelayakan tinggi daripada pelbagai disiplin, diketuai oleh Ketua Juri, Ajai.
Edisi bersejarah ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi menerusi peruntukan sebanyak RM950,000 di bawah Dana Kandungan Digital (DKK) yang akan disalurkan kepada sejumlah 16 pemenang AIM25 melalui MyCreative Ventures.
Anda mungkin berminat dengan
Sementara itu, AIM25 juga menerima sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) menerusi Geran Acara Pelancongan bernilai RM1 juta.
AIM25 bakal mencatat sejarah apabila majlis anugerah ini dianjurkan di Sarawak buat pertama kali, bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada Sabtu, 26 September 2026.
AIM25 juga bakal dihoskan gandingan pengacara Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansur, akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi TVS di Saluran 122 (Astro) dan TVS Inspire.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

