
Maestro muzik, Datuk Ramli MS tidak mahu melayan kenyataan penyanyi Man Bai yang didakwa mengkritik format pertandingan Gegar Vaganza (GV), baru-baru ini.
Malah dia turut mendakwa ia seolah-olah boleh menjatuhkan dan memalukan penyanyi.
Ramli yang juga ketua juri program realiti berkenaan menjelaskan apa yang ulas penyanyi terbabit sebagai tidak berasas.
“Sebenarnya saya memang malas nak layan tong-tong kosong ini.
“Dia ketuk dalam bunyi tak ada isi, malas nak melayan,” katanya dalam satu temubual bersama media.
GV Adalah Program Realiti
Dalam masa sama, Ramli turut memberikan maklum balas mengenai kenyataan lagu Kau Ilhamku itu yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai ketua juri dalam program nyanyian tahunan berkenaan.
“Ia reality program, konsep dan semua kandungan program adalah berlainan. Macam-macam yang dibawakan.
“Tapi kenapa baru sekarang nak bersuara, sepatutnya dari musim pertama lagi,” katanya lagi.
Terdahulu, Man Bai mendakwa GV bukan platform terbaik untuk penyanyi selain mengkritik format pertandingan yang dikatakan boleh menjatuhkan dan memalukan peserta yang bertanding.
Man Bai antara lain turut mempertikaikan kredibiliti Ramli selaku ketua juri apabila tidak menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada minggu keempat lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berbeza Kantung, Berbeza Uri,” – Gembira Dalam Syukur, Ainan Tasneem Dedah Kandung Anak Kembar Tak Seiras

Penyanyi Ainan Tasneem berkongsi berita gembira apabila mendedahkan kini hamil anak kedua dan dijangka bakal bersalin anak kembar, tidak lama lagi.
Pada usia kandungan yang sudah melebihi empat bulan, Ainan turut berkongsi anak yang bakal lahir juga mungkin bukan kembar seiras.
Khabar itu dikongsinya menerusi satu entri terkini di akaun Instagram, baru-baru ini.
Pada masa sama, dia sendiri tidak menyangka akan berpeluang merasai nikmat mempunyai anak kembar.
“Selamat Hari Raya AidilAdha everyone. Btw ramai yg tanya haritu tentang pregnancy Ainan kali ni.
“InshaaAllah It’s gonna be a fraternal twin! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
“Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung & berbeza uri. So gender pon boleh jadi antara boy and girl, both boys or both girls.
“Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat twin. Mula2 dapat tau news ni mcm terkejut sangat tapi excited!
“Salsabiela pon excited bila dpt tahu dia bakal dapat 2 adik,” tulisnya.
Lalu, bintang ini turut memohon doa akan kesejateraan kembar yang kandungannya daripada semua.
“Hari ltu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih.
“Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak.
“Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat & selamat. Ada ke followers Ainan kat sini yg pregnant twin?
“Jom share pengalaman spanjang pregnancy dgn Ainan,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92) on
Untuk rekod, Ainan dan suaminya, Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.
Foto: Instagram Ainan Tasneem
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidur Sebelah Sinki Dapur, Duit Hanya Ada RM5,” – Didie Alias Cerita Kisah Duka Bersama Anak-Anak

Pelakon senior, Didie Alias mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman pahit bersama anak-anak.
Malah, dirinya turut merasakan ia adalah sesuatu momen perit.
Kongsi Didie, ketika itu dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk menyara lima orang anaknya.
“Perkara yang paling sedih bagi saya adalah ketika dulu kami anak-beranak tidur di satu sudut sebelah sinki dapur di rumah (apartment) kakak angkat di Setapak, Kuala Lumpur.
“Ketika itu saya tidak bekerja dan tiada duit. Apabila saya lihat lima orang anak saya, saya berkata dalam hati “Ya Allah , mampukah aku untuk menjaga mereka?,” kongsinya ketika itu hanya mempunyai RM5 sahaja.
Didie ditemui di sidang media Lefest Mega Raya 2020 di Pelantaran 2, PWTC pada Rabu.
Tekad membesarkan anak-anak dengan sempurna, Didie yang juga merupakan artis Komedi Wanita Popular (ABPBH 2011) mahu mencari ‘jalan keluar’ untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya.
“Selepas setahun, saya berjanji dengan Allah dan diri sendiri untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik untuk mencari duit dan mencari kerja bagi membesarkan anak-anak.
“Setahun kemudian, ya memang benar Allah bagi. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat dan syarikat itu memberikan saya kereta Iswara, pada sebelah petang pula saya meniaga jual satay.
“Saya percaya itu rezeki dari Allah kerana amanah (anak-anak) kita jaga dengan baik dan Dia akan balas di kemudian harinya,” kata Didie kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on
“Ada dua orang anak saya tidak ke sekolah tadika kerana masalah kesempitan wang, mereka terus ke sekolah rendah.
“Tetapi disebabkan kakak mereka yang menjadi tunggak banyak memberi dorongan dan sokongan kepada adik-adik yang lain. Dia juga banyak membantu saya untuk menguruskan adik-adik sekolah,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Didie merupakan presiden Lefest Mega Raya 2020 yang merupakan sebuah karnival keluarga yang memfokuskan kepada usahawan bumiputra.
Jelajah tersebut bakal diadakan bermula tahun depan di beberapa lokasi terpilih bermula penghujung Mac dan berakhir pada Disember.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan karnival terbabit ialah seperti Rozita Che Wan dan suami, Ruhainies, Nana Mahazan, Aidil Aziz, Ozlynn dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by 🅻🅴🅵🅴🆂🆃🅾🆄🆁 (@lefestour) on
View this post on InstagramA post shared by 🅻🅴🅵🅴🆂🆃🅾🆄🆁 (@lefestour) on
Foto : Instagram Lefest Mega Raya 2020
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakit Bahu Saya 3 Kali Kena Hentak…,” – Air Mata Menitis…Zarina Zainuddin Menangis Dihentak Azil

Pelakon Zarina Zainuddin ada berkongsi beberapa potong video bersama salah seorang anak kembarnya yang menghidap autism, Muhammad Razil Azrai atau Azil.
Zarina memuat naik beberapa video menerusi Instagram merakamkan Azil yang mengamuk secara tiba-tiba. Difahamkan, Azil mahu mahu mengikuti kembarnya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal ke gimnasium.
“Sakit kena tanggung sendiri. Sakit bahu saya 3 kali kena hentak ..sabar la azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok oalau ibu dah takde..mudah mudahan azil pandai jaga diri,” tulisnya menerusi salah satu rakaman yang menyaksikan dirinya turut mengalirkan air mata.
“Dia nak ikut azal pegi gym ..dia berlari keluar kereta..saya kejar dia panggil dia masuk keta balik ngamuk nak ikut azal.
“Doktor ada bagi dia ubat tapi saya tak sanggup nak bagi dia ubat pagi2 kesian dia kesan ubat tu dia tak bermaya. Risiko anak autism bila besar tenaga dia kuat ..bila takde aktiviti dia jadi hyperaktif,” kongsi Zarina menerusi video terdahulu.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Zarina sebelum ini ada memuat naik sesi pertemuannya bersama doktor pakar di salah sebuah hospital di Subang Jaya.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI