Ads

“Orang Nampak Kita Senang, Tapi Hanya Kita Dua Tahu Macam Mana ‘Struggle’…,” – Black Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri, 14 Tahun Sehidup Semati

Black Hanifah
Black Hanifah

Penyanyi Black Hanifah menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta, Naquia Yasirah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14, kelmarin.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Black berkongsi luahan penuh makna selain mengimbau kembali perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, foto yang dimuat naik mempunyai simbolik tersendiri selain disifatkan sebagai ‘sempurna’ di matanya.

“Orang Nampak Kita Senang, Tapi Hanya Kita Dua Tahu Macam Mana ‘Struggle’…,” - Black Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri, 14 Tahun Sehidup Semati

“Orang Nampak Kita Senang, Tapi Hanya Kita Dua Tahu Macam Mana ‘Struggle’…,” - Black Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri, 14 Tahun Sehidup Semati

“Selamat Ulang Tahun perkahwinan yang ke 14 Tahun Sayang.

“Daddy tahu, mummy mesti tanya dalam banyak gambar kenapa gambar ni? Sama macam kita.. dalam banyak pilihan kenapa mummy?

“Gambar ni di mata daddy perfect! Sama macam mummy, di mata daddy perfect,” luahnya.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

Hanya Black & Isteri Tahu Perjalanan Sebenar

Dalam hantaran sama, penyanyi lagu Teman Pengganti itu mengakui hanya mereka berdua yang memahami segala keadaan, sama ada susah atau senang, yang dilalui bersama.

“Orang Nampak Kita Senang, Tapi Hanya Kita Dua Tahu Macam Mana ‘Struggle’…,” - Black Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri, 14 Tahun Sehidup Semati

“Orang Nampak Kita Senang, Tapi Hanya Kita Dua Tahu Macam Mana ‘Struggle’…,” - Black Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri, 14 Tahun Sehidup Semati

“Orang nampak kita senang, tapi kita dua je tahu macam mana struggle nak senang.

Ads

“Orang kata kita sombong? Siapa yang kenal kita je tahu kita macam mana..

“Orang kata kita ni apapun, yang pasti mereka hanya boleh kata saja, tapi mereka tak tahu apa-apa. Sebab kita dua je yang hadap macam-macam sama-sama..,” kongsinya.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/rider-nak-jadi-penyanyi-manager-berhenti-kerja-demi-bengkel-ambil-inspirasi-perjalanan-seni-black-hanifah/

Sementara itu, Black turut berkongsi prinsip yang menjadi pegangan dalam rumah tangga mereka.

Ads

“Orang Nampak Kita Senang, Tapi Hanya Kita Dua Tahu Macam Mana ‘Struggle’…,” - Black Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri, 14 Tahun Sehidup Semati

Anda mungkin berminat dengan

“Orang Nampak Kita Senang, Tapi Hanya Kita Dua Tahu Macam Mana ‘Struggle’…,” - Black Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri, 14 Tahun Sehidup Semati

“Benda yang kita dua pegang, jangan aniaya orang, jangan ambil duit orang, dan jangan kisah dengan orang dan sebenarnya banyak lagi tapi nanti macam puisi pula caption ni.

“Ok malas type banyak sebab tujuan post untuk anniversary kita…done! Happy Anniversary Hanifah & Naquia,” akhirinya.

Untuk rekod, bintang berkenaan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Naquia Yasirah pada 13 September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“90 Juta Tontonan Dalam 14 Hari,” – Cetus Fenomena! Ribuan Peminat...

KUDRAT 1968: High Council terus mencipta impak luar biasa apabila pengaruh siri premium Astro Original itu bukan sahaja hangat diperkatakan penonton, malah mula berkembang menjadi satu budaya ‘fandom’ tersendiri.