Ads

“Bulan Ke-11 Paling Emosi…,” – Afifah Nasir Sebak Anak Menginjak Usia Setahun, Rasa Seperti Perpisahan Perlahan

Pelakon Afifah Nasir meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan anak sulungnya yang kini hampir mencecah usia setahun.

Malah, dia menyifatkan bulan ke-11 sebagai fasa paling emosional sepanjang perjalanan hidupnya sebagai seorang ibu.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Afifah mengakui dia teruja melihat perkembangan anaknya.

“Bulan Ke-11 Paling Emosi…,” - Afifah Nasir Sebak Anak Menginjak Usia Setahun, Rasa Seperti Perpisahan Perlahan

“Bulan Ke-11 Paling Emosi…,” - Afifah Nasir Sebak Anak Menginjak Usia Setahun, Rasa Seperti Perpisahan Perlahan

Namun, dalam masa sama, dia tidak dapat menahan rasa rindu terhadap setiap fasa kecil yang telah berlalu.

Menurut Afifah, dia sedar akan tiba suatu hari nanti apabila anaknya tidak lagi memerlukan dirinya seperti sekarang.

“Suatu hari nanti, mereka tak perlukan kita untuk tidur bersama, tak perlukan kita pakaikan baju, tak perlukan kita nyanyikan lagu tidur, tak perlukan kita suapkan makanan, tak perlukan kita memberikan ubat.

“Dalam sekelip mata, mereka tak perlukan kita dengan cara yang sama. Jadi, hargailah setiap momen selagi masih ada,” tulisnya.

Ads

Bulan Ke-11 Jadi Fasa Paling Emosi

Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Lara Aishah itu menyifatkan bulan ke-11 sebagai ‘bulan terakhir’ sebelum bayinya melangkah ke fasa seterusnya.

“Bulan Ke-11 Paling Emosi…,” - Afifah Nasir Sebak Anak Menginjak Usia Setahun, Rasa Seperti Perpisahan Perlahan

“Bulan Ke-11 Paling Emosi…,” - Afifah Nasir Sebak Anak Menginjak Usia Setahun, Rasa Seperti Perpisahan Perlahan

“Tiada siapa benar-benar bercakap tentang betapa emosinya bulan ke-11 ini.

“Kamu masih lagi bayi, tetapi ciri-ciri kebayian itu semakin hilang. Ia seperti perpisahan yang perlahan,” luahnya lagi.

Ads

Imbas Detik Menanti Cahaya Mata

Sementara itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu turut mengimbas kembali detik setahun lalu ketika dirinya masih menanti kelahiran cahaya mata, sebelum kini bersedia meraikan ulang tahun pertama anak kesayangannya.

“Bulan Ke-11 Paling Emosi…,” - Afifah Nasir Sebak Anak Menginjak Usia Setahun, Rasa Seperti Perpisahan Perlahan

“Bulan Ke-11 Paling Emosi…,” - Afifah Nasir Sebak Anak Menginjak Usia Setahun, Rasa Seperti Perpisahan Perlahan

“Pada waktu yang sama tahun lalu, saya menanti untuk bertemu kamu, si kecil saya. Dan kini, kita sedang meraikan ulang tahun pertama kamu.

“Saya raikan setiap versi baru diri kamu, sambil dalam diam merindui versi yang telah kamu tinggalkan.

Ads

“Tapi ketahuilah, saya sayang setiap fasa kamu,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Malah, Afifah turut berkongsi gambaran tentang masa depan yang pasti akan dilalui setiap insan.

“Suatu hari nanti, rambutnya mungkin menipis kembali, senyumannya mungkin kembali tidak bergigi, dan dia mungkin kembali memerlukan penjagaan…namun saya sudah tiada di sisi.

“Saya hanya berharap, sesiapa yang ada nanti akan menyayangi dan menjaganya sedalam mana saya menyayanginya,” luahnya.

Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Syed Hariz pada 5 Mei 2024.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Armand Mateen yang dilahirkan pada 21 September 2025.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Mula Rasa Fed Up,” – Zizan Razak Dedah Anxiety Pernah...

Selepas sekian lama meninggalkan dunia pengacaraan, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui pernah berdepan masalah anxiety atau keresahan sehingga membuatkan dirinya takut untuk berhadapan dengan khalayak.