Ads

Jazmy Juma Tak Tersinggung Dilabel ‘Kayu’, Malah Bersyujur Syukur Ramai Ambil Berat Kualiti Lakonannya – “Dari Teguran Itu, Saya Boleh Perbetulkan Diri.”

Pelakon, Jazmy Juma mengakui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada pihak mengkritik kualiti lakonannya sehingga melabelkan dirinya sebagai ‘pelakon kayu’.

Menurut Jazmy, dia sebaliknya melihat teguran tersebut sebagai ruang untuk memperbaiki kelemahan diri, selain menghargai kejujuran individu yang berani memberikan pandangan secara terbuka.

Jazmy Juma Tak Tersinggung Dilabel ‘Kayu’, Malah Bersyujur Syukur Ramai Ambil Berat Kualiti Lakonannya - “Dari Teguran Itu, Saya Boleh Perbetulkan Diri.”

“Saya rasa gembira bila ada yang memberikan komen mengenai diri saya lebih-lebih lagi bercakap tentang kelemahan dan keburukan saya. Susah nak jumpa orang yang boleh berterus terang dengan kita.

“Kalau kita ada kawan dan dia tegur tentang kelemahan kita, saya sangat bersyukur. Saya tak rasa semua orang berani untuk bertindak sedemikian.

“Daripada teguran itu, saya boleh perbetulkan diri saya,” katanya kepada MH.

Bintang kelahiran program Hero Remaja 2020 itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Dua Nyawa yang berlangsung di Diamond Lounge, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Jazmy Juma Tak Tersinggung Dilabel ‘Kayu’, Malah Bersyujur Syukur Ramai Ambil Berat Kualiti Lakonannya - “Dari Teguran Itu, Saya Boleh Perbetulkan Diri.”

Ads

Kritikan Jadi Pemangkin Perbaiki Mutu Lakonan

Katanya lagi, tindakan mengabaikan teguran yang diterima hanya akan merugikan dirinya sendiri, apatah lagi kritikan tersebut mampu menjadi pemangkin untuk terus memperbaiki mutu lakonan dan keluar daripada zon selesa.

Jazmy Juma Tak Tersinggung Dilabel ‘Kayu’, Malah Bersyujur Syukur Ramai Ambil Berat Kualiti Lakonannya - “Dari Teguran Itu, Saya Boleh Perbetulkan Diri.”

“Bila ada yang memberikan teguran, saya sedar yang diri saya belum cukup hebat lagi berbanding pelakon-pelakon lain. Jadi, saya kena belajar dan perbaiki lagi mutu lakonan saya.

“Malah, teguran ini juga membuatkan saya tidak terus duduk di zon selesa. Jika saya abaikan segala teguran-teguran ini, diri saya yang akan rugi.

Ads

“Kenapa saya tak nak terima teguran sedangkan ia demi kebaikkan? Setidaknya saya boleh betulkan apa yang salah.

“Kita tak boleh nampak kelemahan kita melainkan bila kita tengok cermin. Sama juga bila orang melihat kita. Mereka nampak cacat cela kita,” ujarnya lagi.

Tak Tersinggung Dilabel ‘Pelakon Kayu’

Malah, Jazmy mengakui dirinya bersyukur apabila masih ada pihak yang mengambil berat terhadap perkembangan kerjaya seninya dengan memberikan teguran. Bagaimanapun, dia tidak menafikan kata-kata yang terlalu kasar mampu mengguris perasaannya.

Jazmy Juma Tak Tersinggung Dilabel ‘Kayu’, Malah Bersyujur Syukur Ramai Ambil Berat Kualiti Lakonannya - “Dari Teguran Itu, Saya Boleh Perbetulkan Diri.”

Ads

“Saya tidak tersinggung tapi lebih kepada bersyukur. Allah yang menggerakkan hati mereka untuk berikan teguran agar saya sedar di mata segelintir pihak, saya belum cukup bagus.

Anda mungkin berminat dengan

“Jadi, saya tidak ambil hati langsung. Bagaimanapun jika teguran itu melampau sehingga menggunakan kata-kata kesat, mungkin saya akan terkesan.

“Setakat label lakonan saya ‘kayu’, apalah sangat. Jika teguran itu kasar, saya tidak akan berikan reaksi apa-apa tapi sudah tentu saya sedih,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Jazmy bakal muncul menerusi drama terbaharu berjudul Dua Nyawa yang akan mula ditayangkan pada 13 November ini.

Jazmy Juma Tak Tersinggung Dilabel ‘Kayu’, Malah Bersyujur Syukur Ramai Ambil Berat Kualiti Lakonannya - “Dari Teguran Itu, Saya Boleh Perbetulkan Diri.”

Selain Jazmy, drama arahan Riza Abdullah itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Zarif Ghazzi, Vanida Imran, Kodi Rasheed dan Datuk Seri Eizlan Yusof.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“You Fikir You Kakak, Bolehlah Nak Cakap Apa You Nak Cakap...

Pelakon, Elisya Sandha mencuri perhatian apabila berkongsi satu hantaran yang mengejutkan ramai pihak menerusi aplikasi Threads, pada Rabu. Menerusi hantaran tersebut, Elisya seakan-akan meluahkan rasa...