
Pelakon dan pengarah, Nam Ron berpendapat pengiktirafan menerusi sesebuah anugerah bukanlah perkara paling utama dalam kerjaya seni seseorang anak seni.
Menut Nam Ron, apa yang lebih penting adalah peluang untuk seseorang pelakon terus mempamerkan bakat serta diberikan ruang untuk berkarya dalam industri seni.
Perkara itu dikongsikan Nam Ron menerusi satu hantaran di Threads susulan ketiadaan nama isterinya yang juga pelakon, June Lojong, dalam senarai pencalonan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).
“Walaupun tak tercalon di FFM35 dia tetap menang di hati saya.
“Berdasarkan pengalaman saya, anugerah hanya diraikan sehari dua selepas itu akan dilupakan.
“Apa yang lebih penting adalah peluang untuk pamerkan crafts dan ruang untuk berkarya,” tulisnya.
Nam Ron Hargai Sokongan Terhadap Bakat Isteri
Dalam pada itu, Nam Ron turut menyedari pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.
Malah, dia turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus mengiktiraf dan menghargai bakat lakonan isteri tersayang.
“Di media sosial banyak juga yang mempersoalkan kenapa dia tidak dicalonkan.
“Tragedi Oktober, Daylight Robberry, Pemenang Di Hati Kami dan macam macam lagi statement yang keluar.
“Terima kasih kepada yang menghargai bakatnya,” kongsinya lagi.



Baca Artikel Lain;
Anggap Dedikasi Peminat Sebagai Kemenangan
Dalam hantaran berasingan, pelakon filem Geran itu menyifatkan sokongan yang diberikan peminat sudah cukup bermakna, selaih menyifatkannya sebagai satu kemenangan.
“Sokongan anda semua sudah cukup bagi kami kerana itu adalah hadiah kemenangan tanpa bertanding.
“Calon-calon dalam top 5 pun bukan calang-calang hebatnya. Tahniah buat semua yang tercalon,” jelasnya.
Anda mungkin berminat dengan
Bagaimanapun, Nam Ron turut mengingatkan orang ramai agar menghormati keputusan barisan juri yang bertanggungjawab menentukan kelayakan setiap calon.
“Tolong hormati pemilihan dibuat oleh juri profesional diaorang lebih arif untuk menentukan siapa yang layak,” tulisnya lagi
Imbas kembali, June pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) menerusi filem lakonannya, Redha pada 2017.
June sebelum ini meraih perhatian menerusi lakonannya dalam filem seram, Polong arahan Zulkarnain Azhar apabila menjayakan watak Maria Hadi.
Menerusi watak berkenaan, June menghidupkan karakter seorang wanita yang pernah terjerumus dalam amalan ilmu hitam sebelum berusaha mencari keampunan pada penghujung hayatnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

