Ads

“Dah Biasa Skrip Satu Tangan, Buku Satu Tangan…,” – Che Puan Sarimah Mahu Jadi Contoh Buat Anak, Pasang Impian Raih PhD

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berhasrat melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sebagai usaha menambah ilmu pengetahuan, selain mahu menjadi inspirasi kepada anak perempuannya.

Menurut Sarimah, dia mahu membuktikan kepada anaknya bahawa kehidupan sebagai selebriti yang dilihat glamor bukan alasan untuk seseorang berhenti menuntut ilmu.

"Dah Biasa Skrip Satu Tangan, Buku Satu Tangan...," - Che Puan Sarimah Mahu Jadi Contoh Buat Anak, Pasang Impian Raih PhD

"Dah Biasa Skrip Satu Tangan, Buku Satu Tangan...," - Che Puan Sarimah Mahu Jadi Contoh Buat Anak, Pasang Impian Raih PhD

“Alhamdulillah, kalau ada rezeki, saya mahu mendapatkan PhD. Sebelum ini, saya sudah menamatkan pengajian ijazah sambil bekerja.

“Bagi saya, kita perlu sentiasa belajar kerana ilmu itu tidak pernah terputus. Kita sentiasa boleh memperbaiki dan meningkatkan diri.

“Saya juga mahu menunjukkan kepada anak bahawa bukan kerana kita nampak glamor dan hidup selesa sekarang, bermakna kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang sama,” katanya kepada MH.

Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, baru-baru ini.

Mahu Jadi Inspirasi Buat Anak Perempuan

Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Itu berkenaan berkata, dia mahu anak tunggalnya melihat sendiri kesungguhannya dalam menuntut ilmu memandangkan sebelum ini, dia sudah menamatkan pengajian ijazah sebelum anaknya berpeluang menyaksikan proses tersebut.

Ads

"Dah Biasa Skrip Satu Tangan, Buku Satu Tangan...," - Che Puan Sarimah Mahu Jadi Contoh Buat Anak, Pasang Impian Raih PhD

"Dah Biasa Skrip Satu Tangan, Buku Satu Tangan...," - Che Puan Sarimah Mahu Jadi Contoh Buat Anak, Pasang Impian Raih PhD

“Anak saya tidak pernah melihat saya belajar kerana ketika itu, saya sudah pun menamatkan pengajian ijazah.

“Jadi, dia tidak pernah melihat saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

“Sekarang, Insya-Allah dia akan mendapat inspirasi apabila melihat ibunya belajar.

“Cara saya mendidik anak adalah dengan menunjukkan contoh. ‘Kalau Mummy yang nampak glamor pun masih boleh belajar, kenapa dia tidak boleh?’

Ads

“Jadi, kita mengajar dengan menunjukkan teladan,” ujarnya.

Sementara itu, Sarimah memaklumkan kesibukannya dalam bidang lakonan bukan penghalang untuk meneruskan pengajian kerana dia sudah terbiasa dengan rutin tersebut.

“Karier saya masih berjalan. Saya sudah biasa dengan skrip di satu tangan dan buku di satu tangan. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan buat saya.

“Baru-baru ini, saya selesai menjalani penggambaran drama Sampai Bila-Bila bersama Syamyl Othman yang dijangka ditayangkan pada Januari nanti.

“Jadi, apabila ada penggambaran, saya akan berehat seketika daripada belajar dan menyambung semula selepas selesai bekerja,” jelasnya.

Ikuti Pengajian Secara Berperingkat Menerusi Harvard

Mengulas lanjut mengenai perancangan akademiknya, Sarimah berkata dia kini mengikuti pengajian secara berperingkat menerusi Harvard dan bercadang untuk meneruskannya bersama sebuah institusi tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

"Dah Biasa Skrip Satu Tangan, Buku Satu Tangan...," - Che Puan Sarimah Mahu Jadi Contoh Buat Anak, Pasang Impian Raih PhD

"Dah Biasa Skrip Satu Tangan, Buku Satu Tangan...," - Che Puan Sarimah Mahu Jadi Contoh Buat Anak, Pasang Impian Raih PhD

“Kalau mahu mendapatkan PhD, prosesnya memang mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi apabila kita belajar secara jarak jauh.

“Jadi, saya mengambil satu subjek demi satu subjek. Saya juga mungkin akan bekerjasama dengan sebuah institusi di Malaysia supaya proses pengajian dapat dipercepatkan.

“Buat masa sekarang, saya sedang mempelajari hormon dan fisiologi, khususnya berkaitan perubahan yang berlaku pada tubuh wanita.

“Selepas ini, saya akan menyambung semula subjek psikologi. Pengajian ini juga mempunyai peperiksaan.

“Insya-Allah saya mampu untuk melakukannya. Doakan saya,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Kreativiti Helen Yap Melangkaui Pemikiran…,” – Adeep Nahar Anggap ‘Bercanda Emosi’...

Penyanyi dan guru vokal, Adeep Nahar mengakui lagu duet terbaharunya bersama Idayu berjudul Bercanda Emosi antara karya paling sukar untuk dinyanyikan sepanjang bergelar anak seni.