Ads

“Siapa Yang Mulakan Panggilan Itu, Saya Belum Dapat Kenal Pasti,” – Ruhainies Kesal Digelar ‘Ruhanat’, Anggap Keterlaluan

Pelakon Ruhainies meluahkan rasa kesal terhadap gelaran berbaur penghinaan, ‘Ruhanat’ yang didakwa dilemparkan segelintir netizen sebelum menjadi ikutan lebih ramai pengguna media sosial sejak tiga tahun lalu.

Menurut Ruhainies, tindakan sedemikian disifatkan sebagai keterlaluan memandangkan nama yang diberikan oleh ibu bapanya membawa maksud yang baik, namun didakwa sewenang-wenangnya diubah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya agak terkilan kerana ada pihak yang mengubah nama saya kepada ‘Ruhanat’. Saya rasa hal itu agak keterlaluan.

Ibu bapa saya telah memberikan nama yang baik-baik dan membawakan maksud yang baik.

“Semudahnya mereka nak tukar. Siapa yang memulakan panggilan itu, saya belum dapat mengenal pasti. Hal ini pasti ada yang memulakan dan menjadi ikutan sampai sekarang.

“Pemula itulah yang kena tanggung. Kalau dia takut kepada Allah, dia tidak akan buat. Itu bermakna dia tidak takut. Disebabkan dia, semua orang memanggil saya dengan gelaran sama,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media bersama peguam di Restoran Cili Kampung, Sri Hartamas, pada Selasa.

Bersebab Tak Boleh Tangguh Tindakan

Dalam pada itu, Ruhainies menjelaskan, tindakan yang diambil ketika ini wajar dilakukan memandangkan isu berkenaan masih berterusan dan memberikan kesan terhadap dirinya.

Ads

Menurutnya, dakwaan segelintir pihak yang menganggap dia sengaja membangkitkan perkara itu pada waktu sekarang juga adalah tidak berasas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Ruhainies, Mohd Haizal Ayop daripada firma guaman EzriLaw Firm, menegaskan, anak guamnya tidak boleh menangguhkan tindakan terlalu lama kerana bimbang perkara itu menimbulkan persepsi seolah-olah pihaknya tidak serius dalam menangani isu berkenaan.

“Isu ini bermula pada 10 Oktober lalu. Andai kata kita tidak ambil tindakan sekarang atau tunggu lagi dua minggu, orang akan kata kenapa ambil tindakan ketika isu sudah reda?

“Pihak berkuasa juga mungkin boleh persoalkan dan anggap kita tidak serius. Ruhainies kena fikir dirinya juga,” katanya.

“Siapa Yang Mulakan Panggilan Itu, Saya Belum Dapat Kenal Pasti,” - Ruhainies Kesal Digelar ‘Ruhanat’, Anggap Keterlaluan

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/ruhainies-tuntut-pemfitnah-mohon-maaf-jika-gagal-berdepan-ganti-rugi-rm3-juta-sudah-tiba-masa-untuk-ambil-tindakan-undang-undang/

Saman Fitnah: Tiga Individu Diberi Tempoh Tujuh Hari

Seorang lagi peguam yang mewakili Ruhainies, Fakhrul Azman Abu Hasan, menambah, tindakan undang-undang berkaitan saman fitnah perlu diambil dalam tempoh yang munasabah.

Langkah itu bagi mengelakkan kelewatan bertindak menimbulkan tanggapan bahawa Ruhainies menerima atau tidak membantah dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Ads

“Dalam hal berkaitan saman fitnah ini, kita tak boleh menunggu lama. Kita ada prinsip penerimaan terhadap sesuatu kesalahan. Kalau kita biarkan perkara ini berlarutan, ia seolah-olah kita bersetuju dengan dakwaan itu.

Anda mungkin berminat dengan

“Fitnah yang pertama itu dapat dikenal pasti pada 10 Oktober lalu. Sebab itu kita bertindak sekarang dalam masa yang munasabah,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies telah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.

Kesemua individu berkenaan dituntut untuk membuat permohonan maaf, memberikan akur janji untuk menarik atau memadam segala kenyataan berunsur fitnah, berhenti mengulangi tohmahan serta menanggung kos guaman.

Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies bakal menuntut ganti rugi bernilai RM3 juta.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Vida Kongsi Pengalaman Hadir Majlis BASS – “Saya Pun Lambat Sampai,...

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bersetuju bahawa kehadiran ke majlis perkahwinan wajar berlandaskan niat untuk meraikan pengantin, tanpa terlalu memikirkan soal tempat duduk atau...