Ads

Aaron Aziz Titip Dedikasi Buat Danish Anaqi, Usia 16 Tahun Sudah Ke Luar Negara Demi Menuntut Ilmu – “Selamat Ulang Tahun Ke-22 Anakku.”

Pelakon, Datuk Aaron Aziz memanjatkan rasa syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada anak lelakinya, Danish Anaqi yang kini baru sahaja menginjak usia 22 tahun.

Menurut Aaron, sebagai bapa, dia amat mengagumi kesungguhan anaknya yang sanggup berjauhan dengan keluarga pada usia muda bagi melanjutkan pengajian di Jepun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“TabarakAllah. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, atas segala yang telah Kau lakukan untuk anak-anak saya.

“Di usia baru 16 tahun, anak lelaki saya sudah memulakan perjalanannya ke luar negara seorang diri demi menuntut ilmu dan memikul tanggungjawab,” tulisnya.

Ads

Luahan tersebut dikongsikan pelakon filem Ombak Rindu itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Titip Doa Buat Danish, Semoga Terus Dilindungi

Dalam masa sama, Aaron turut memanjatkan doa agar anak-anaknya terus dilindungi, selain berjaya di dunia dan akhirat.

Aaron Aziz Titip Dedikasi Buat Danish Anaqi, Usia 16 Tahun Sudah Ke Luar Negara Demi Menuntut Ilmu - “Selamat Ulang Tahun Ke-22 Anakku.” Aaron Aziz Titip Dedikasi Buat Danish Anaqi, Usia 16 Tahun Sudah Ke Luar Negara Demi Menuntut Ilmu - “Selamat Ulang Tahun Ke-22 Anakku.”

Ads

“Dengan harapan suatu hari nanti, Danish akan menjadi seorang pemimpin yang adil, dipercayai dan disayangi oleh ummah.

“Semoga ALLAH terus membimbing dan melindungimu kerana Dia Maha Mengetahui dan sebaik-baik pelindung.

Ads

“Selamat ulang tahun ke-22, anakku. Mama dan papa sayang dan rindu kamu sangat-sangat,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Sekadar informasi, Aaron mendirikan rumah tangga bersama Datin Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana, dan Dahlia Arissa.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Astro Jelaskan Konsep Kilauan Emas Selebtiti & Respon Isu Ketiadaan Hadiah...

Susulan kritikan segelintir pihak berhubung isu ketiadaan hadiah berbentuk wang tunai buat para pemenang program realiti Kilauan Emas Selebriti (KES), Astro tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.